Hanya Guna 3 Bahan Je, Boleh Buat Biskut Untuk Bayi. Mudah Disediakan & Cair Dalam Mulut

Share

Memperkenalkan finger food bukan sekadar untuk  kenyangkan perut tapi sangat penting untuk perkembangan motor halus (fine motor skills)

BILA PERLU PERKENALKAN FINGER FOOD?

Pada usia 7-9 bulan mama boleh mula perkenalkan finger food berbentuk bite – sized. Potong makanan yang lembut dalam bentuk kiub-kiub kecil. Pada umur ni baby akan mula mengutip menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Inilah skill baru yang kita sebut “pincer grasp”.

Bagaimana nak sediakan finger food untuk anak? Mama boleh cuba resipi mudah ini.

First try buat biskut baby.. Resepi biskut baby cair di mulut, sesuai untuk bayi usia 7 bulan ke atas.

Bahan-bahan;

💕separuh buku butter unsalted
💕1 1/2 cawan tepung gandum
💕1/2 cawan tepung jagung

Cara penyediaan;

Biar butter cair di suhu bilik, gaul semua bahan, tepung masuk sikit-sikit agak-agak tak lekat kat tangan.. Tekap ikut acuan yang kita suka.


Guna air fryer, 160c selama 15 minit. Dah siap!

Kredit:Nora Syikin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN