Gara-gara tular kisah bayi yang tertukar selepas dilahirkan di sebuah hospital swasta baru-baru ini ramai yang mempersoalkan bagaimana procedure sebenar yang sepatutnya dilakukan oleh pegawai perubatan selepas bayi lahir.
Mungkin ada yang gusar selepas isu tersebut tular dan tertanya-tanya bagaimana sebenarnya procedure selepas kelahiran bayi. Ikuti perkongsian daripada doktor O&G ini.
Proses untuk ibu bersalin discaj bersama baby ( lebih kurang macam ni, lain tempat lain caranya, tapi asasnya tetap sama ):
1) postnatal round – Dr O&G check ibu, Dr Paeds check baby. Ada sesetengah hospital Dr yang check ibu tu akan check baby skali. Address all the concerns, start semula ubat si ibu makan sebelum mengandung, check penyusuan, tanya pasal family planning, tanya pasal darah nifas, pegang abdomen tengok rahim contracted ke tak. Baby pula check secara luaran, dan tengok sama ada baby da kencing atau belum. Kalau kuning kurang 24 jam tu – nak kena refer Dr paeds.
2) biasa saya check luka episiotomy dan buat swabbing sendiri. Ada sesetengahnya misi buat swabbing dan check episiotomy wound.
3) Injection BCG bagi kat baby. Ni biasa Misi buat – jururawat masyarakat (reben purple) atau jururawat terlatih (reben biru). Kalau kat private takde reben.
4) settle kan ubat si ibu perlukan. List ubat ni biasa dah siap-siap masa postnatal round. So misi akan maklumkan pada farmasi, ibu sekian nak discaj dia ada ubat sekian sekian. So farmasi akan siapkan ubat. Kalau ada ubat yang perlu diajar – contoh mcm insulin atau inhaler atau ubat cucuk cairkan darah farmasi akan naik wad untuk ajar camne nak guna. Kalau hanya ubat cuci luka, biasa ada stock wad – so farmasi tak naik la. Pakai je apa yang ada
Ads
5) document berikut akan diberikan pada ibu
✅Borang Pendaftaran Kelahiran / Kelahiran Mati JPN LM01
✅Borang Pengesahan Kelahiran (berwarna putih).
✅Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-kanak 0-6 tahun.
✅Buku Antenatal KIK/1(a)96 ( buku pink )
✅Kad Temujanji ( kalau ada appointment)
✅Borang Kepingan Caj Hospital jika berkenaan ( ni kena settle dgn unit hasil )
✅Borang Pemeriksaan Pengawal Keselamatan
6) Ada 3 checkpoints untuk baby discaj:
✋Pertama – kaunter misi.
Sini misi akan check nama mak dan IC, nama baby ( follow tag kaki ). Ada sorang lagi kat sini biasa misi juga yang jadi saksi. Bila 2 orang tengok beserta mak baby, so kurangla risk lakukan kesilapan. Pampers akan dibuka tuk tengok jantina baby betoi ke tak. So bila semuanya puas hati, baru la mak dan baby lepas ke checkpoint seterusnya.
✋Kedua – entrance wad
Kat sini ada guard jaga. So guard ni dah dilatih untuk selak kain baby tengok tag kaki, dan tag mak dan IC, juga check documents yang ada dan baru dilepaskan ke lift. So ibu boleh terus ke checkpoint seterusnya
✋Ketiga – lobby hospital ( sebelum keluar hospital )
Kat sini ada guard lagi. Guard sini check semula tag kaki baby dan tag mak beserta IC. Kan ada borang untuk pengawal keselamatan dapat dari wad tu, so ibu kena serahkan borang tu pada guard. Pada checkpoint ini, tag pada ibu dan tag pada baby akan dipotong.
Ada sesetengah guard akan call ward dari lobby untuk confirmkan dengan misi kaunter – pesakit sekian sekian balik dengan baby. Just untuk double check, sebelum depa potong tag. Ada tu siap buka pampers nak confirmkan jantina baby 👍
Maka berangkatlah pulang si ibu dengan baby memasing. Semua proses ni kekadang ada PPK ( attendant ) atau misi yang ikut sama. Semua steps ni penting untuk pastikan baby yang betul kepada mak yang betul. Orang nak culik baby pun susah la kan, dengan 3-tier security macam ni
Ads
👉Hanya ibu sahaja boleh pegang baby. Mak Su, Mak teh, Mak long – takboleh. Suami pun takboleh pegang baby. Hanya ibu sahaja.
Zaman covid ni biasanya mmg ibu sorang la, dari admission sampai la proses discaj tu.
Ada satu kes dahulu, tag baby tertanggal dan terjatuh masa dari checkpoint 2 ke checkpoint 3.
Maka guard kat checkpoint 3 pelik la kan baby dah takde tag masa sampai kat dia
“Mana tag baby?”
“Eh tadi ada tau kat atas, maybe da tercicir”
So si suami pun bergegas naik semula carik tag. Sib baik jumpa. Saya kebetulan masa tu memang ada kat lobby, so saja la tengokkan bising-bising, ibaratnya ada pertelingkahan,
“Mak guard tu bising seolah-olah saya nak culik baby plak. Takut saya Dr”
Boleh nampak berpeluh dahi mak masa tu 😂
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Uri lambat keluar masa bersalin. Hari ke-6 ibu tumpah darah sehingga tak sedarkan diri. Cemasnya situasi, nyawa bagaikan di hujung tanduk!
adalah merupakan selaput dan saluran yang berkembang seiring dengan perkembangan si manja. Adakalanya kesukaran mengeluarkannya boleh menyebabkan ibu tumpah darah.
Uri adalah sokongan kepada bayi yang sedang berada di dalam kandungan. Ia bertugas sebagai tempat menyimpan bahan zat mineral seperti karbohidrat, protein, kalsium dan ferum yang di salurkan kepada bayi melalui aliran darah.
Uri mempunyai pelbagai fungsi kepada janin dalam kandungan. Namun kegagalan mengeluarkan uri selepas kelahiran boleh menyebabkan mudarat kepada ibu, malah lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian disebabkan oleh tumpah darah atau jangkitan kuman.
Apabila tiba waktu untuk bersalin, bayi akan keluar terlebih dahulu dan akan disusuli oleh uri. Uri akan bercerai dari dinding rahim dan bersedia untuk keluar seketika selepas proses kelahiran bayi berlaku. Namun kegagalan uri untuk keluar sejurus selepas kelahiran boleh menyebabkan tumpah darah!
Perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan ini boleh dijadikan panduan buat mama papa untuk memahami punca pendarahan selepas bersalin.
Tumpah Darah – Nyawa Ibu Dalam Bahaya!
Kes #1
Ibu 42 tahun, bersalin secara normal anak yang ke 8, hamil cukup bulan. Ibu tidak mempunyai masalah semasa mengandung dan semasa proses kelahiran bayi, walau bagaimanapun uri mengambil masa agak lama untuk dikeluarkan. Ibu dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari bersalin.
Ibu mengalami darah nifas seperti biasa sehingga hari ke 6 selepas bersalin, ibu secara tiba-tiba mengalami tumpahan darah nifas yang berlebihan sehingga ibu pengsan dan tidak sedarkan diri. Ibu tersebut terus dikejarkan ke hospital.
Kes #2
Seorang gadis 18 tahun, hamil anak luar nikah dan merahsiakan kehamilannya. Ibu muda ini tidak mempunyai pemeriksaan antenatal yang rapi kerana bimbang kehamilanya diketahui umum. Ibu muda ini secara tiba-tiba mengalami sakit bersalin di rumah sewanya dan telah melahirkan bayi secara sendirian. Beliau kemudian memotong tali pusat bayi menggunakan gunting dan merentap sendiri uri di mana sebahagian besar uri masih tertinggal di dalam rahim.
Disebabkan kebimbangan yang amat, beliau telah memberitahu teman lelakinya yang kemudiannya datang untuk membantunya. Pasangan muda ini masih takut untuk ke hospital sehingga 3 hari kemudiannya ibu muda ini mengalami tumpah darah nifas yang serius sehingga tidak sedarkan diri.
BAGAIMANA PENDARAHAN YANG SAYA JANGKAKAN SELEPAS BERSALIN?
Adalah menjadi kebiasaan untuk mengalami pendarahan selepas bersalin. Darah itu mungkin keluar daripada rahim ataupun koyakan perineum yang terjadi semasa proses kelahiran itu sendiri.
Pendarahan selalunya akan menjadi banyak sejurus sahaja selepas bersalin dan akan berkurang secara berperingkat dalam beberapa jam. Pendarahan akan berterusan dan akan berkurangan dalam beberapa hari lagi dan disertai dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat. Pendarahan ini dinamakan Lochia dan seharusnya berhenti apabila bayi anda berusia 6 minggu.
Pendarahan berterusan, berlebihan dari biasa adalah TIDAK normal dan dinamakan sebagai tumpah darah selepas bersalin (postpartum haemorrhage)
APAKAH TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN?
Pendarahan yang berlebihan dan luar daripada biasa selepas bersalin. Terdapat 2 jenis tumpah darah selepas bersalin yang dinyatakan seperti berikut :
Tumpah darah primer (Primary Postpartum Haemorrhage)
Kehilangan darah selepas bersalin lebih dari 500 ml dalam lingkungan 24 jam selepas bersalin, kadar kebiasaan berlaku pada 5 daripada 100 wanita yang bersalin.
Pendarahan yang teruk, melebihi 2 liter adalah jarang berlaku, dalam kekerapan 6 daripada 1000 wanita yang bersalin.
Tumpah darah sekunder (Secondary Postpartum Haemorrhage)
Kehilangan darah selepas bersalin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Berlaku pada kekerapan kurang daripada 2 daripada 100 wanita yang bersalin.
MENGAPAKAH TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN BERBAHAYA?
Jika anda kehilangan banyak darah selepas bersalin, akan mengakibatan keletihan yang luar biasa kepada anda, ditambah pula dengan keletihan yang sedia ada selepas bersalin.
Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan rawatan pihak doktor, akan menyebabkan anda hilang lebih banyak darah sehingga boleh meragut nyawa. Maka ianya perlu dikesan, dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.
8 KEADAAN TUMPAH DARAH MUDAH TERJADI
Tumpah darah primer – Siapakah yang berisiko?
Pernah mengalami tumpah darah kahamilan terdahulu.
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35kg/m2.
Pernah melahirkan 4 orang anak atau lebih.
Kehamilan kembar atau triplet.
Uri bawah (placenta praevia).
Uri lekang (placenta abruptio).
Tekanan darah tinggi.
Kekurangan sel darah merah (anemia).
Semasa bersalin
Kelahiran secara pembedahan caeserean
Proses kelahiran yang dipaksa (induction of labour
Cebisan uri tertinggal di dalam rahim
Kelahiran yang dibantu menggunakan Forceps atau Vacuum
Bayi yang besar, berat melebihi 4 kg
Melahirkan anak yang pertama apabila umur anda melebihi 40 tahun
IBU BERISIKO, AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA
Kebiasaannya, tiada apa yang boleh dilakukan kepada senarai risiko-risiko seperti di atas. Walau bagaimanapun langkah berjaga-jaga akan di ambil untuk mengurangkan risiko anda mengalami tumpah darah selepas bersalin ini, sekaligus mengurangkan keperluan untuk transfusi/penggantian darah.
Misalnya, jika anda mempunyai masalah kurang sel darah marah (anemia) ketika hamil, pengambilan zat besi tambahan akan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah, jika berlakunya masalah tumpah darah selepas bersalin.
PASTIKAN URI TIDAK MELEKAT PADA PARUT CAESAR SEBELUM INI
Jika anda sudah menjalani pembedahan caeserean pada kehamilan terdahulu, adalah amat penting untuk memeriksa sama ada uri pada kehamilan sekarang tidak melekat pada parut pembedahan caeserean yang lalu.
Jika masalah ini timbul, uri tidak akan tertanggal dengan mudahnya selepas bayi dilahirkan, dan menyebabkan tumpah darah yang sangatlah serius. Jika keadaan ini sudah dapat dipastikan, cadangan rawatan anda akan dirancang sebaik-baiknya melibatkan pelbagai pakar perubatan.
Anak kerap demam, ibu bapa kena jadi orang yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Lagi-lagi anak kecil yang masih belum boleh beritahu yang dia tak sihat. Apa yang membuatkan ibu bapa cepat panik adalah waktu malam bila suhu badan anak tiba-tiba naik.
Ditambah dengan kurangnya pengalaman nak ‘handle’ anak yang sering alami demam panas yang tinggi.
Dr Ezairy M. Sallih kongsikan tiga langkah penting yang boleh ibu bapa buat dan elakkan dari awal supaya anak tak selalu demam panas.
Sentiasa sediakan tuala yang direndam dengan air suam. Ibu bapa perlu ‘alert’ apabila ada di kalangan anak saudara, anak jiran atau sesiapa yang ada di dalam rumah sedang alami demam.
Jika anak kita nampak lemah, mulai ada tanda-tanda demam panas, segera letakkan tuala basah di badan dan kepala. Elakkan suhu menjadi lebih tinggi. Susah untuk dikawal. Bahaya!
Jauhkan anak-anak anda daripada mereka yang sedang alami gejala flu dan selesema atau batuk. Ini penting, sebab usia kanak-kanak amat mudah bagi jangkitan untuk merebak.
Ia akan menular secara udara akibat bersin, batuk atau juga secara sentuhan.
Anak kita boleh alami demam panas akibat beberapa sebab. Sama ada jangkitan virus, bakteria dan sebagainya. Demam akibat jangkitan virus pada tekak biasanya akan disertai dengan batuk, selsema dan tidaklah menyebabkan masalah demam yang lebih serius. Ia tidak perlu kepada antibiotik.
Namun ia berbeza sekiranya disebabkan jangkitan bakteria yang perlukan ubat antibiotik. Doktor akan memberitahu anda jenis jangkitan yang dialami. Sebab itu, apabila anda dapati anak anda ada tanda-tanda awal jangkitan, segera bawa periksa doktor. Jangan terlewat.
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir. Kira-kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran. Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya.
Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami jaundis disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara bayi kuning dengan susu ibu?
Bagaimana jaundis berlaku?
Jaundis berlaku apabila bayi mempunyai kadar bilirubin yang tinggi dalam darah mereka. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan sel darah merah yang telah tua.
Bilirubin kebiasaannya melalui hati yang memprosesnya untuk disingkirkan melalui usus. Walau bagaimanapun, dalam bayi yang baru lahir, hati selalunya belum cukup berkembang dan mungkin tidak dapat menyingkirkan bilirubin daripada darah. Apabila terlalu banyak bilirubin dalam darah, ia boleh menetap di kulit. Ini menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning.
Selain masalah menyingkirkan bilirubin melalui hati dengan berkesan, bayi juga tidak mempunyai pergerakan usus yang cukup kerap. Salah satu manfaat kolostrum atau susu pertama bayi ialah ia membantu membersihkan usus bayi anda. Walaupun kolostrum hanya sebanyak satu sudu teh, ‘susu pertama’ ini akan membantu bayi anda membuang air. Jadi, jika bayi anda dipastikan menyusu secukupnya, bayi anda akan menerima banyak kolostrum dan akan menyebabkan banyak pergerakan usus, yang akan membantu bilirubin disingkirkan dengan cepat.
Susu ibu dan jaundis
Terdapat dua jenis jaundis yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu jaundis susu ibu (breast milk jaundice)dan jaundis penyusuan susu ibu (breastfeeding jaundice).Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi. Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.
Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:
Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin.
Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin.
Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu.
Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu.
Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.
Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan.
Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya.
Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul.
Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.
Jaundis susu ibu (breast milk jaundice) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran. Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3 peratus bayi. Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundis susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.