“Bila nampak percikan api di motosikal yang diletakkan di garaj, masa tu saya hanya teringat isteri dan anak sulung dalam rumah. Terus saya menjerit suruh isteri dan anak keluar menyelamatkan diri melalui pintu belakang dengan cepat,” cerita Hafiz Ahmad Hariri, 34, yang rumahnya terbakar 80 peratus dalam kejadian 1 Jun lalu.

Menurut Hafiz, kebakaran ini sangat mengejutkannya sekeluarga selepas seminggu menyambut Aidilfitri.

Hanya Ingat Isteri & Bayi Dalam Rumah. Sempat Jerit Suruh Keluar Ikut Pintu Belakang

“Tak sangka hanya disebabkan titisan minyak petrol dekat dengan motosikal, berlaku percikan api dan terus marak sehingga kami langsung tidak dapat menyelamatkan semua dokumen penting, kereta dan harta benda lain.

“Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan kami sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang,” ujarnya.

ARTIKEL MENARIK [Jangan Main Bagi Je Telur Pada Anak, Periksa Dulu, Doktor Kongsi Cara Bezakan Telur Lama & Segar]

Bercerita lebih lanjut, kebakaran itu berlaku ketika dia sedang memeriksa motosikal jenis Naza N50 di garaj depan rumah.

IKLAN

“Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan saya sendiri tidak tahu bagaimana api boleh tercetus pada motosikal hingga menyebabkan saya melecur pada dua jari dan betis kanan dan seterusnya marak.

Hanya Ingat Isteri & Bayi Dalam Rumah. Sempat Jerit Suruh Keluar Ikut Pintu Belakang

“Saya dalam keadaan panik tidak sempat berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit kepada isteri untuk bawa bayi kami keluar menerusi pintu belakang,” katanya.

Hafiz berkata, dia bersyukur isteri, Nurul Husna Najiha Zahari, 31 yang kini sedang hamil 2 bulan dan anak lelaki, Hafidh Naufal berusia lapan bulan terselamat dalam kejadian itu.

IKLAN

Hanya Ingat Isteri & Bayi Dalam Rumah. Sempat Jerit Suruh Keluar Ikut Pintu Belakang

Akibat kebakaran itu dia melecur di jari tangan dan betis kaki kanannya akibat terkena bahang api.

“Saya hanya menunggu di pintu belakang apabila pintu depan tidak boleh dilalui kerana api yang marak begitu cepat.

Hanya Ingat Isteri & Bayi Dalam Rumah. Sempat Jerit Suruh Keluar Ikut Pintu Belakang

IKLAN

“Saya sempat menghubungi pihak bomba. Kebakaran ini turut memusnahkan Perodua Axia dan kelengkapan rumah. Saya tidak tahu jumlah kerugian yang sebenar,” jelasnya.

Hanya Ingat Isteri & Bayi Dalam Rumah. Sempat Jerit Suruh Keluar Ikut Pintu Belakang

Hafiz menjelaskan, kebakaran ini turut menjejaskan kediaman jiran di kanan dan kiri dan dianggarkan musnah dalam 30 peratus terutama bahagian bumbung.

Berikutan itu, Hafiz yang bekerja sendiri kini menetap sementara di rumah ibu mertua di Sitiawan dan akan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan untuk mencari pekerjaan lain.

Sumber: Hafiz Ahmad Hariri & Sinar Harian

https://www.youtube.com/watch?v=I_Njtzm8d54

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI