Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.
Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli, 33, sempat melihat Farha, 34, bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya.
Kini, hanya anaknya, Falisha yang berusia setahun empat bulan menjadi peneman Muhammad Fadzli, malah dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu kepada puteri sulungnya itu.
Gambar kenangan Muhammad Fadzli yang mendukung Falisha di sisi Farha.
Sempat keluar bersama sehari sebelum pergi
Berkongsi kisah memilukan itu, Muhammad Fadzli berkata, Farha tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meninggalkannya malah, mereka sempat keluar bersama sehari sebelum pemergian mengejut itu.
Bagaimanapun, katanya, beberapa hari sebelum kejadian, isterinya yang mengandung tiga bulan 28 hari ada mengadu sakit perut dan sudah dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
Ads
“Saya tidak berlengah dan terus membawanya ke klinik apabila dia mengadu sakit dan pertama kali kami ke klinik pada Selasa minggu lalu (2 Ogos) serta dimaklum doktor bahawa isteri mengalami kencing kotor sahaja.
“Kali kedua ke klinik pada Khamis (4 Ogos) yang mana doktor ketika itu beritahu ada angin dalam badan tetapi katanya kandungan dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi.
Tiba-tiba alami pendarahan
Menurutnya, penjelasan doktor melegakan mereka untuk seketika hinggalah Farha tiba-tiba mengalami pendarahan pada keesokan harinya.
Ads
Tanpa berlengah, Muhammad Fadzli terus membawa Farha bersama Falisha ke Hospital Pontian namun, takdir Allah SWT menetapkan wanita kesayangan itu meninggal dunia sebelum mereka sempat tiba di hospital.
“Saya masih ingat lagi, saya genggam tangan isteri ketika dalam perjalanan ke hospital dan pada mulanya genggaman itu kuat. Lama kelamaan, tangannya jadi sejuk dan saya tahu ketika itu isteri sudah tiada lagi. Saya tetap membawanya ke hospital untuk pengesahan.
“Semuanya terjadi begitu pantas malah isteri tidak sempat mengungkap sepatah kata pun sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dalam kesakitan yang teramat,” katanya yang memberitahu isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pengkalan Raja, Pontian, kira-kira 6 petang Jumaat.
Masih terasa kehilangan arwah
Ads
Menurutnya, dia tidak kuat untuk menziarahi pusara isteri kerana kehilangannya sangat dirasai, malah tidak sanggup pulang ke rumah mereka di Taman Pulau Hijauan, Kangkar, Pulai disebabkan kenangan indah bersama.
“Sebelum ini kami bertiga dan bakal menimang anak yang mana kandungan isteri sudah cukup sifat. Kini hanya tinggal saya dan Falisha sahaja,” katanya yang menetap sementara di rumah mentua di sini.
Bagi meringankan beban rakyat, bermula 15 Januari 2025 lepas, kerajaan telah menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan kepada 700,000 penerima yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar.
Sumbangan ini berbentuk wang tunai yang disalurkan melalui MyKad atau kad pintar bantuan MyKasih, supaya penerima boleh beli barangan keperluan asas.
Bagi anda yang masih tertanya-tanya barangan jenis apa yang boleh dibeli melalui program MyKasih ini, berikut merupakan senarai lengkap berserta jenama yang diterima.
Setiap tahun tarikh 16 Mei, tarikh keramat bagi semua guru-guru. Walaupun setiap hari dianggap hari guru, ketibaan bulan Mei seolah-olah ada makna bagi mereka. Bukan mengharapkan hadiah dari anak murid tetapi cukup sekadar ucapan dari anak-anak murid.
Bagaimanapun, keterujaan setiap murid untuk memberikan hadiah sesuatu yang istimewa. Ia bukan paksaan tetapi dari hati suci anak-anak. Bagi yang berkemampuan mungkin tiada masalah namun untuk murid tak berkemampuan pasti terdetik di hati mereka untuk berikan sesuatu dan raikan bersama sebagai menghargai jasa guru.
Perkongsian Tiktok atas akaun zsickseeksix ini sangat menyentuh hati. Disebalik pelbagai hadiah yang diterima, ada sesuatu yang menarik perhatian. Dibungkus dalam plastik merah bila dibuka terdapat sebekas nasi goreng telur .
“Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku,” tulisnya. Tiada kad ucapan mahupun riben sebagai hiasan, hadiah yang diberikan kepada guru tersebut cukup ringkas tetapi bermakna.
Menerusi video berdurasi 19 saat, guru tersebut mengeluarkan sebuah bekas kecil yang mengandungi nasi goreng bersalut telur.
“Bila nampak nasi goreng tu, tiba-tiba rasa sebak. Betapa berusahanya mak dia bangun packing makanan untuk cikgu, hadiah daripada anak dia.
Perkongsian tersebut tular dan rata-rata warganet juga berasa sebak dan memahi kesungguhan ibu murid tersebut yang tetap memberi hadiah walaupun tidak berkemampuan.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sayu melihat kesungguhan anak murid dan keluarganya semata-mata untuk meraikan guru.
Pemberian ini dibuat dari hati yang ikhlas dengan membayangkan pelajar berkenaan dibesarkan dari keluarga yang bukan senang.
“Keikhlasan itu penting.”
“Allahu… sungguh kadang-kadang kita tak sangka pemberian yang sebegini sangat dalam isi tersiratnya.” Sebolehnya si ibu tetap nak anak dia ada sesuatu.”
“Semoga adik tu berjaya nanti…walaupun sekadar nasi goreng…dia nak juga bagi hadiah untuk cikgu dia…dia sayang cikgunya..sedih rasa.”
Seringkali wajah pelakon cantik ini, Mola Allen muncul di Instagramnya dengan berpakaian tudung lengkap. Namun rupanya hajat itu telah dilaksanakan sebaik bersalin anak pertamanya pada Ogos tahun lalu.
Ibu kepada Petra Pekin ini akhirnya tampil mendedahkan yang dirinya kini sudah pun berhijab sepenuhnya selepas bersalin.
Malah menurut Mona lagi, penghijrahan itu berlaku selepas dirinya bernazar sekiranya memiliki cahaya mata pertama tanpa pengetahuan Pekin.
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.
“Pekin tak pernah pun paksa saya untuk pakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar,” luahnya berkongsi.
Namun kata isteri kesayangan Pekin Ibrahim ini, suaminya terlebih dahulu berpesan agar tidak membuat pengumuman di media sosial berkenaan hal itu.
“Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya berkongsi.
Jelas wajah cantik dan jelita yang dimiliki Mona kelihatan makin terserlah dan ayu dengan penampilan bertudung ini. Nampak kemas dan cantik.
Tambah pula gaya pemakaian Mona yang simple dan kena dengan setiap yang digayakan. Memang cantik.
Kini sudah hampir enam bulan Mona bertudung malah si comel Petra Pekin, buah hati kesayangan Mona dan Pekin ini juga sudah pun berusia enam bulan selepas dilahirkan pada 31 Ogos tahun lalu.
Putera kesayangan Mona itu menjadi pelengkap bahagianya bersama suami dan kini masa lebih banyak diisi dalam memberi perhatian dan membesarkan Petra.
Terdahulu, Mona dan Pekin menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 31 Ogos tahun lalu selepas menanti cahaya mata selama empat tahun.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.