Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal kerana kandungan dadah dalam badan, terpaksa ditidurkan berikutan keadaannya yang sangat lemah.
Ibunya yang berusia 36 tahun berkata, setakat ini keadaan anak bongsu dari tiga beradik itu tiada tanda positif dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.
Doktor terpaksa tidurkan kerana keadaan sangat lemah
Katanya, dia sempat meluangkan masa setengah jam malam tadi sambil menggosok tubuh anaknya.
Ads
“Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan kerana keadaannya yang sangat lemah kesan daripada dadah itu.
Gambar Hiasan – Bernama
“Pilu hati saya melihat keadaannya sebegitu dan walaupun dia tidak sedarkan diri, saya tetap berbisik di telinganya agar bukakan mata dan segera sembuh.
“Saya hanya inginkan anak sedar sahaja, tidak mengapa kalau dia tidak boleh berjalan atau ada kesan lain, itu sahaja yang saya harapkan,” katanya ketika dihubungi.
Wanita itu berkata, anaknya juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kerana mengalami masalah pertuturan (lambat) dan baru boleh berjalan.
Ads
Kredit: Harian Metro
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas dikesan terdapat dadah jenis methampethamine dalam badannya.
Susulan itu, seorang buruh yang juga bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan malam kelmarin untuk membantu siasatan.
Suspek yang memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 26 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menempuhi detik awal perkahwinan, mesti ramai yang akan terkenangkan susah payah yang dilalui. Perkongsian Imam Muda Asyraf ini amat menyentuh hati.
Perkahwinannya Imam Muda Asyraf dan isteri Nur Husna Yusof tatkala masing-masing masih bertatih memulakan kehidupan mencari rezeki ketika itu mereka masih bergelar pelajar. Kisah yang benar berlaku ini sungguh menyebakkan! Ia benar-benar berlaku, ketulusan seorang isteri sanggup bersusah payah bersama suami.
Gaji RM350, terpaksa berniaga & mengajar tuition untuk dapat duit tambahan. Basah kuyup bersama naik motor & tunggu bas bersama di Pudu untuk balik kampung.
“Ayang tak minta kemewahan, tapi cukuplah rezeki yang barakah”
Duduk rumah sederhana tidur beralaskan toto, lantai tidak beralas tikar. Almari zip koyak. Tapi itu detik bahagia & paling sakinah. Rumah sempit namun hati lapang.
Semua yang ada hari ini pemberian Tuhan, tidak sukar untuk dia ambil semula. Beringatlah wahai tuan badan
Bersyukurlah apa yang ada, sebelum menangis bila tiada.
Mereka terima saat kita bukan siapa-siapa & tiada apa-apa. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Memang banyak kita lihat kes-kes rogol yang melibatkan anak-anak yang masih kecil. Kadang terfikir mana pergi sifat kemanusiaan si pelaku, sanggup lakukan perkara sebegitu kepada kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa.
Sebagai ibu jika perkara ini berlaku kepada salah seorang anak, pastinya perasaan geram yang melampau akan menguasai diri. Seperti yang berlaku di Afrika Selatan yang mana seorang wanita dihadapkan ke mahkamah di sana kerana didakwa memotong alat sulit seorang lelaki yang disyaki merogol dan membunuh anak perempuannya berusia lima tahun.
Veronique Makwena, 23, bersama dengan kakak iparnya, Noxolo Maneli dan rakannya, Siyabonga Pakade, didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh lelaki itu selepas menemui mayat anaknya, Chantelle, di tandas awam di Port Elizabeth, Ogos lalu.
Chantelle ditemui dalam sebuah tandas awam setelah berhari-hari hilang dipercayai dirogol sebelum dibunuh
Peguam Fundile Matoto, yang bersetuju mewakili Veronique tanpa mengenakan sebarang caj guaman selepas kes itu mendapat banyak tumpuan berkata, pihaknya tidak menafikan serangan itu berlaku tetapi mahu tuduhan yang lebih ringan dikenakan terhadapnya.
Anak dilaporkan hilang dan ditemui di dalam tandas awam
Chantelle dilaporkan hilang dari rumahnya di Port Elizabeth pada Ogos tahun ini ketika ibunya pergi ke kedai yang agak jauh dari rumah.
Sebaik tiba di rumah, Chantelle yang ditinggalkan bersama rakannya tidak kelihatan.
Makwena berkata, dia menghabiskan masa sepanjang malam itu untuk mencari anak perempuannya, tetapi gagal menemui Chantelle.
Sehari selepas kejadian, mayat Chantelle ditemui dalam tandas awam dengan berlumuran darah oleh suami Makwena dan polis terus melancarkan siasatan.
Seorang suspek lelaki berusia 20-an yang dikenali keluarga mangsa disyaki terbabit dalam kes itu dan diarahkan menjalani ujian DNA. Tetapi polis tidak dapat menahannya selagi keputuan ujian DNA tidak diperolehi.
Veronique bersama kakak ipar dan seorang rakan berdepan dengan lelaki yang dipercayai perogol anaknya dan bertindak memotong alat sulit lelaki berkenaan
Nekad berdepan dengan pelaku
Sebulan kemudian, Makwena bersama dengan kakak ipar dan seorang lagi rakan didakwa berdepan dengan suspek dan mendakwa lelaki itu bertanggungjawab di atas kematian Chantelle. Lelaki itu diserang dan alat sulitnya dipotong.
Mangsa kemudian dihantar ke hospital di mana dia memberitahu pihak berkuasa bahawa Makwena, Manela dan Pakade telah menyerangnya. Mangsa terpaksa menjalani pembedahan untuk menyambung semula alat sulitnya.
Susulan kejadian itu, Makwena dan dua lagi suspek ditahan reman dua minggu sehingga pihak Enough is Enough tampil mengumpul dana bagi mengikat jamin mereka.
“Ketika Chantelle ditemui, hati saya pilu dan terkilan. Anak perempuan saya dah tiada. Sepanjang malam kami mencari dia, rupanya dia terbaring kaku di lantai tandas yang sejuk. Saya masih tidak dapat menerima kenyataan ini,” kata Makwena.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan Februari depan untuk sebutan semula kes berikutan siasatan masih belum lengkap.
‘Mana papa?’, rintihan Aleesya Zailiza yang berusia 6 tahun setiap kali menangis teringatkan arwah ayahnya, Mohamed Zaili Mohamed,44, yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar beberapa hari lalu.
Setiap kali waktu malam panggil papa
Menceritakan mengenai tingkah laku anak kecil itu, ibunya, Zahlawati Dahlan,47, berkata, anaknya itu sentiasa memanggil ayahnya setiap kali waktu malam.
“Semalam beberapa kali dia terjaga, dia tengok saya, tanyakan mana papa (Mohamed Zaili), saya sebak bila dia tanya macam tu, dia masih kecil tak tahu apa yang berlaku.
“Sehingga kini, gurau manja suami saya dengan anak-anak masih lagi terngiang-ngiang, rasa sedih sangat,” katanya.
‘Papa di kubur, dah meninggal’
Menurut Zahlawati lagi, setiap kali orang tanya Aleesya mana papa, pasti dia akan jawab ‘Papa di kubur dah meninggal (dunia)’.
Aleesya luarannya nampak tenang, tetapi hakikatnya masih belum mengerti kejadian yang berlaku dan tercari-cari kelibat ayahnya.
“Apabila malam dia menangis mencari ayahnya, dia tak boleh tidur di bilik jadi saya suruh dia tidur bersama neneknya di luar (ruang tamu).
“Mungkin masih terkejut kerana kali terakhir jumpa papanya pada malam kejadian (Isnin) tapi sampai sekarang tidak pulang-pulang,” katanya.
Arwah sangat baik, hampir 11 tahun kahwin tak pernah gaduh
Katanya, dirinya kini kehilangan bukan sekadar suami malahan teman rapat dan juga tempat meluahkan isi hati.
“Arwah seorang suami yang sangat baik, antara kami memang tak pernah nak gaduh, arwah pun tak pernah tinggikan suara kepada saya dan anak-anak.
“Selalu kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi cerita dengan dia, kini dia tiada lagi, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya yang hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham.
Kehilangan suami ibarat patah sebelah kaki
Kehilangan suami yang menjadi tempat berteduh membuatkan Zahlawati kini perlu mengharungi hari demi hari mengusahakan perniagaan menjual makanan yang diusahakannya seorang diri.
“Arwah sebelum ini bekerja dengan Proton, kemudian dia berhenti dan bersama saya mengusahakan perniagaan menjual baju sebelum kami mengusahakan perniagaan menjual makanan ini bersama.
“Saya menjual makanan dan dia akan hantarkan kepada pelanggan, arwah memang sangat banyak membantu, selain itu sering memberi semangat kepada saya,” katanya.
Tambahnya, dirinya sememangnya bergantung pendapatan dengan mengusahakan perniagaan makanan sepenuh masa.
“Saya memang tak ada sumber pendapatan yang lain selain daripada menjual makanan ini, Insya-ALLAH lepas ini saya akan terus meniaga, kalau tidak macam mana nak sara keluarga,” katanya.
Terdahulu, Mohamed Zaili yang merupakan penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed,44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.
Zulkefly berkata, akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan dan motosikalnya pula diseret kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Jenazah Allahyarham kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma.
Dalam era digital yang serba canggih ini, ramai kanak-kanak lebih cenderung untuk menghabiskan masa dengan gajet berbanding aktiviti fizikal. Sedangkan bersenam adalah penting untuk...