
Dua beradik ditemui rentung apabila bilik tidur rumah kanak-kanak berkenaan terbakar dalam kejadian di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru (3 September).
Mayat Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3 dan adiknya, Nurul Hawa Zafira, 2, dijumpai selepas bomba berjaya memadamkan api kira-kira jam 2.20 petang tadi.
Rumah terbakar 60 peratus
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Mohd Ridzuan Malek Rivan, tujuh anggota dikejarkan ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.41 tengah hari.

“Seramai 14 anggota dari BBP Larkin turut serta memberi bantuan dalam operasi pemadaman.
“Kebakaran itu membabitkan kemusnahan kira-kira 60 peratus sebuah rumah jenis kekal. Mangsa ditemui rentung dalam ruang bilik tidur,” katanya.
Beliau berkata, pemadaman awal dilakukan oleh orang awam dengan menggunakan jirusan air paip, sebelum pihak bomba tiba dan berjaya mengawal operasi.
Ditinggalkan berdua, ibu berada di rumah jiran
Sementara itu, difahamkan juga, dua beradik itu hanya tinggal berdua di rumah terbabit ketika kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey, berkata insiden berlaku ketika bapa mangsa dikatakan keluar bekerja, manakala ibu pula berada di rumah jiran yang terletak kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati rumah berkenaan dihuni sepasang suami isteri bersama dua anak. Namun ketika kejadian, kanak-kanak terbabit dilaporkan hanya tinggal berdua sebelum terkorban dalam kebakaran,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Buat siasatan lanjut
Mengulas lanjut, Jit Huey memaklumkan setakat ini, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut laporan mati mengejut (SDR), selain dibantu pihak bomba dalam melakukan siasatan forensik kebakaran bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Buat masa ini, kita tidak dapat memastikan sama ada kanak-kanak itu tidur ketika kejadian. Siasatan masih dijalankan,” katanya.
Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk tindakan lanjut.
Kredit: BH Online
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nak Balik Rumah Pun Tak Boleh, Kami Juga Ada Anak & Keluarga” Doktor Merayu Supaya Masyarakat Buat ‘Self Lockdown’

Disaat angka mangsa Covid-19 meningkat 7 ribu lebih hari ini, adanya golongan yang tidak berputus asa memberikan tenaga untuk membantu mangsa-mangsa ini. Mereka adalah barisan hadapan negara yang banyak bekorban demi kesejahteraan rakyat.
Bukan hanya tidak dapat beraya bersama keluarga, malah mereka langsung tidak dapat bersama keluarga demi tugas yang mencabar ini dan demi keselamatan keluarga. Kerana musuh mereka tak nampak dengan mata kasar tetapi mampu membunuh. Itulah Covid-19. Barisan hadapan negara merayu kepada semua, lakukan lockdown kendiri agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Surat dari Doktor Barisan Depan yang Ditujukan Kepada Seluruh Masyarakat Malaysia —Jangan Keluar Rumah
“Saya adalah seorang doktor barisan depan melawan wabak Corona. Sejak timbulnya wabak, kami semua tenaga perubatan menghadapinya ibarat peperangan tanpa asap senapang, dan tanpa ragu kami bekerjasama ke dalam medan perang pertahanan melawan wabak.

Kami menganggap diri kami adalah parajurit, yang berkewajiban maju ke depan, dengan darah dan daging melawan wabak penyakit, merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.
Namun sebenarnya kami juga hanyalah manusia dan bukan malaikat.
Di kawasan quarantin penyakit yang paling berbahaya, pakaian pelindung yang kami pakai harus betul-betul sangat tebal dan ketat, dengan demikian baru dapat menjamin keselamatan hidup kami:
🙏Mask harus pakai 2 lapis, 🙏Pembungkus kasut (shoe cover) pakai 2 lapis, 🙏Sarung tangan pakai 5 lapis, 🙏Di bahagian luar kaca mata pelindung masih harus pasang mask pelindung.
Setiap 5 jam sebagai 1 shift. Setelah memakai pakaian pelindung, kami tidak blh makan, minum atau ke toilet.😨😰😱
Dengan mengenakan pakaian pelindung yang rapat tidak tembus udara dan kaca mata pelindung, seluruh pasukan bekerja keras dalam perjuangan, semua orang merasakan gerakan fizikal yang amat terbatas.🙊
😭Ketika kami melepaskan pakaian pelindung, pakaian di dalam kami basah kuyub seluruhnya. Pada muka kami juga timbul garis-garis cengkaman bekas kaca mata pelindung.
😭Ada doktor yang sudah teramat lemah, badannya sudah hampir tenat, setelah masuk bilik istirehat dan minum seteguk air, kena kembali masuk ke kawasan quarantin untuk terus bekerja.

😭Ada juga doktor yang jari tangannya terluka, setelah dibungkus rapat dengan pelindung plastik kembali ke tempat berjuang di barisan depan.
😭Kami juga punya orang tua, kami juga punya anak dan keluarga.
😭Kami tidak memikirkan keselamatan diri kami, tidak memikirkan apakah diri sendiri hidup atau mati, demi merebut nyawa manusia dari malaikat maut, semuanya adalah agar dapat memenangkan peperangan Corona ini. 😇Supaya keluarga kita, dan saudara semua dapat melepaskan mask dan menikmati udara segar!💪💪💪
Kawan kawan semua, 🙏🙏🙏mohon kalian bekerja sama dengan negara, 🙏🙏🙏bekerjasama dengan kami, dengan ada kesedaran sendiri untuk terus mengasingkan diri,🙏🙏🙏 jangan keluar rumah dan lakukanlah pembatasan diri… yang tentu tidak menyenangkan, bolehkah?🙏🙏🙏
Sehingga kita dapat seiras terhadap pengorbanan para tenaga perubatan. 😭Jangan sia-siakan air mata kami.
😡Kamu fikir keluar rumah sebentar tidak masalah, dia juga fikir keluar rumah sebentar tidak masalah.
Esok semua orang akan keluar rumah semua, maka peperangan Corona ini akan mengalami kemunduran ke belakang lagi.
👿Bila satu orang, dua orang, tiga orang hanya memikirkan dan mementingkan kesenangan diri sendiri, maka semua perjuangan sebelumnya dalam peperangan Corona ini akan menjadi sia-sia.
Oleh sebab itu, maka kami mohon semuanya agar blh bekerja sama, untuk tidak keluar rumah!
Jagalah fikiran dan perasaan dengan baik.
😭Rumah yang menurut kalian adalah tempat yang membosankan, bagi kami para tenaga perubatan dan petugas yang berjuang di barisan depan melawan wabak, adalah tempat yang kami ingin balik pun tidak blh balik🥺😢.
Masa yang mencabar ini apakah dapat segera bertindak, tidak hanya tergantung pada para tenaga perubatan melainkan juga MELIBATKAN KERJASAMA kita setiap orang.
👍👍👍Asalkan kita semua tidak keluar rumah, maka kita blh memusnahkan wabak ini!
Mencegah dan mengendalikan wabak adalah tanggung jawab setiap orang!
Tolong gunakan waktu sekejap untuk viral ke semua grup anda.
Saat ini virus sedang mengamuk, semua petugas perubatan di barisan depan berusaha mencegah dan have had mengendalikan wabak, dengan mendahulukan keselamatan orang banyak di atas keselamatan mereka sendiri, maju terus di tengah kesulitan dalam melawan virus.
Terima kasih mereka telah membina pertahanan untuk kebaikan semua orang. Kenapa tidak kita lakukan sesuatu untuk menurunkan beban mereka di hospital? PLEASE… SEBARKAN KEPRIHATINAN ANDA DAN MINTA KAWAN SEMUA JANGAN KELUAR RUMAH SESUKA HATI. Itu pengorbanan yg tidak seberapa tapi sangat bermakna untuk kami.
❤Anda ada beberapa grup, bagikanlah ke semua grup tersebut. Supaya semua rakan tahu, hati semua orang bersama mereka, bersama-sama mendukung perjuangan mereka.
Sekian terima kasih
Daripada : Dr Azmi Salleh

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Damailah Suamiku, Ramai Doakan Awak.” Perginya Wira Negara & Ayah 4 Anak

Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia, kelmarin.
Berita sedih itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.
Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

“Arwah adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.
“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.
“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.
“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.
Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.
“Suami saya telah kembali menemui pencipta-Nya”
Sementara itu, isteri arwah Dr Ali turut berkongsi berita pemergian suaminya kepada kenalan arwah.

Assalamualaikum..suami sy Dr Ali Noor Hassan telah kembali menemui pencipta sekejap tadi. Jenazah Akan diuruskan Di masjid Bandar tun Hussein Onn jam 10pagi. Dan Akan dikebumikan Di suakekal tanah perkuburan Bandar tun Hussein Onn. Jika Ada hutang beliau yg belum dituntut Mohon pm saya (isterinya).
Sebelum mendapat perkhabaran sedih ini, isteri arwah turut memuat naik satu posting di FB Dr Ali dengan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan arwah yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.
Assalamualaikum..Saya isteri Dr Ali. Saya memohon doa kalian hatta sebesar hama utk doakan kesembuhan buat Ali Noor Hassan bt. Halimah kerana beliau sangat kritikal Di HKL.

Meninggal kerana acute respiratory distress
Ramainya yang doakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu ribu orang share dan doakan dia. Alhamdulillah.
Cuma maklumat kurang tepat sebab kematian. Dia meninggal di HKL kerana acute respiratory distress bukan sebab Covid/kepenatan bertugas melawan Covid.
Memang dia banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh. Periksa pesakit percuma semasa ijtimak tabligh.
Tak berkira kerja, setiap hari bersedekah
Tidak berkira kerja dengan kawan-kawan, dan dia antara yang suka ziarah sahabat/saudara sakit. Ramai yang mesej, Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan-kawan tak sihat.
Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit. Semasa ibunya masih ada, banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu. Setiap kali beli lauk untuk family mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup. Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia.
Sehingga mak dia di diagnose lung cancer pada August 2018 sanggup ambil cuti separuh gaji untuk jaga emak dia. Sehingga ke akhir hayat mak dia di IKN, dia antara yang ajarkan mak kalimah syahadah.
Damaila disana wahai suamiku.
Difahamkan, arwah Dr Ali meninggalkan empat anak yang masih kecil. Moga isteri arwah tabah dan diberi kekuatan untuk membesarkan amanah yang ditinggalkan dengan sebaik-baiknya.
Al-Fatihah untuk Dr Ali Noor Hassan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah.
Kredit: Metro ; Dr Ali Noor Hassan & Asilah Alqarny
ARTIKEL MENARIK [“Tuhan Jagakan Dia Untukku. Lihat Kamu Berdua Membesar, Ingatkan Abiy Pada Ibu”]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Pandai Fahri Kenal Baba Dia, Dayah Bakar & Suami Akhirnya Kembali Bersama, Fahri Dah Jumpa Baba!]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negara Lain Cuti Bersalin 120 Hari, Ada Juga Sampai 6 Bulan! 60 Hari Cuti Tak Cukup Untuk Mama

“Bila akak bersalin?”, tanya Imah kepada rakan sekerjanya, Rozita. “Ikut ‘due’, in shaa Allah, hujung bulan ni,” jawab Rozita. “Wah, ‘bestlah’ cuti lama lepas ni,” balas Imah selepas mendengarkan jawapan daripada Rozita. ‘Best’ cuti lama, tetapi kenapa cuti bersalin perlu lama? Adakah ia penting?
Baca: Cuti Bersalin 90 Hari. Bakal Dilaksanakan Mulai 2021 Untuk Sektor Swasta

Pentingkah cuti bersalin?
Adakah cuti bersalin atau maternity leave adalah waktu untuk bersuka ria? Adakah cuti yang diberikan itu membolehkan wanita yang bersalin itu berehat sepuas-puasnya seperti andaian kebanyakan individu?
Tidak! Tidak sama sekali. Jika itu adalah dakwaan dan andaian yang bermain di fikiran anda berkaitan dengan cuti yang diberikan kepada kaum wanita yang bersalin, anda adalah dalam kalangan individu yang tidak memahami keperluan berpantang dan penjagaan diri selepas bersalin bagi wanita.
Tahu ‘tak’ cuti untuk wanita bersalin di Malaysia ini; 60 hari bagi kakitangan swasta dan 90 hari bagi pekerja kerajaan adalah cuti bersalin yang paling singkat berbanding luar negara?
Perbezaan cuti
Daripada pembacaan penulis, kebanyakan negara seperti Singapura dan United Kingdom memperuntukkan purata maternity leave sekurang-kurangnya 120 hari. Wah…banyak bukan?
Itu baru ‘sikit’, dekat negara Vietnam maternity leave diberikan sebanyak enam bulan. ‘Giler’ lama, kan? Haa…sebelum ini ibu yang bersalin dekat sana dapat cuti empat bulan. Empat bulan pun dah kira banyak, apatah lagi enam bulan.
Kalau duduk di Eropah pula, diperuntukkan cuti untuk individu yang bersalin ini sebanyak 14 minggu atau bersamaan 98 hari. Keluar topik sikit, menariknya dekat Eropah, ada peraturan yang membolehkan ibu bapa mengambil parental leave sekurang-kurangnya 18 minggu untuk setiap anak. Baguskan?
Sebab perlunya cuti panjang
Seperti yang dikatakan awal tadi, cuti bersalin paling lama pun adalah sebanyak 90 hari, itu kalau ibu yang bersalin itu adalah kakitangan kerajaan. Adakah tempoh itu mencukupi? Sebenarnya tidak.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri ketika melahirkan anak 4 tahun lepas yang ketika itu bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan akhbar, dengan cuti bergaji sebanyak 60 hari adalah tidak mencukupi.
Tempoh 60 hari yang bersamaan dua bulan itu belum cukup sesuai dirasakan penulis untuk menghantar anak; yang masih kecil dan lembut lagi kepalanya kepada pengasuh. Jadi atas sebab itu penulis mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Inilah dikatakan pengorbanan seorang ibu (puji diri sendiri).
Maternity leave bukan untuk kaum ibu yang baru bersalin berehat seperti anggapan kebanyakan individu. Tetapi cuti bersalin yang panjang itu adalah untuk memastikan bayi dilahirkan bersedia sebelum dihantar untuk jagaan pengasuh.
Mengeratkan hubungan
Tahukah anda terdapat risiko wujudnya masalah berkaitan kesihatan semasa tempoh kehamilan? Antara masalah yang sering berlaku adalah seperti kemurungan, postnatal blue melibatkan tekanan, diabetes melitus gestational, asma dan hipotiroidisme.
Malah, selepas melahirkan, hampir 50 peratus wanita akan berdepan dengan masalah kemurungan dan ia boleh bertukar menjadi situasi yang serius seperti post-partum depression (PPD). Antara simptom PPD adalah:
-Insomnia
-Menangis tanpa sebab
-Ketidakupayaan untuk menguruskan tugasan harian
-Wujud keinginan untuk mencederakan bayi atau diri
-Rasa tidak bernilai dan putus asa
-Kehilangan tenaga dan kelesuan
-Hilang selera atau penurunan berat badan
-Kepentingan maternity leave yang panjang bukanlah semata-mata untuk memberikan rehat kepada ibu yang baru melahirkan anak kerana sesungguhnya tidak wujud istilah rehat selepas melahirkan anak. Ini terutama bagi individu yang terpaksa menjaga anak sendirian tanpa bantuan pihak lain.

Tetapi dengan cuti bersalin yang lebih panjang, ia sekurang-kurangnya dapat memberikan manfaat terhadap kualiti kesihatan wanita. Ini kerana mereka boleh menumpukan sepenuh perhatian bagi memulihkan kesihatan ibu sebelum memulakan tugas dan mengelakkan tekanan kerja yang boleh memberi impak kepada bayi dan diri sendiri.
Maternity leave juga adalah untuk membolehkan ibu memberikan penyusuan yang eksklusif kepada anak dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama dapat membantu mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Sumber: Health Group
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



