“Boy or Girl? Coba teka sikit. Kalau lebih dari 1000 comment yang teka, next week Tya reveal gender baby.
“Kalau tak, tya reveal masa bersalin nanti hehe,” tulis Tya buat pengikut di Instagramnya.
Ads
Semasa artikel ini ditulis, komen pada entri tersebut sudah lebih 2,300 komen. Bermakna minggu hadapan Tya mungkin akan berkongsi jantina bayi yang dikandungnya.
Atau pun mungkin beliau sudah bersalin, baru tahu kan? Bagaimanaapun tekaan netizen anak yang dikandung Tya ni macam sama banyak, lelaki dan perempuan. Jadi kita tunggulah Tya umumkan sendiri nanti.
Lain orang lain gayanya. Ada yang mengidam suka bau sabun dan sebagainya namun lain pula kisahnya dengan isteri pelakon, Harris Anuar yang mengidam pelik-pelik.
Selepas suka dengan bau simen, isteri kesayangan Harris, Asha Merican kini mengidam main lato-lato pula.
Menerusi dua perkongsian di laman Instagram, Harris berkongsi kisah isterinya itu yang begitu teringin untuk bermain permainan kegemaran anak-anak itu.
Harris pada mulanya bertanyakan kepada pengikut mengenai lokasi untuk mencari permainan itu sebelum berjaya membeli dari sebuah kedai di Damansara, Selangor.
“Untuk awak apa pun boleh, ok dah boleh join tournament nanti! Thanks kepada semua yang menolong ibu mengidam nak main lato lato ni! Peninggggggggggg,” tulis Harris.
Harris yang juga anak kepada kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton berusaha mencari permainan itu demi isteri tersayang.
Rasa pelik teringin nak main lato-lato
Berkongsi kisah lato-lato itu kata Asha, dia sudah tiga hari teringin untuk bermain permainan itu.
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya. Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” kongsi Asha lagi.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu dan sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung.
Teruja menyambut kelahiran bayi keduanya, doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan isterinya, Dr Azura Abas dijangka bakal melahirkan bayi kedua mereka pada 18 Ogos depan.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang kepada seorang cahaya mata lelaki ini turut berkongsi perkembangan kehamilan isterinya yang memasuki minggu-minggu terakhir.
“Bini due bersalin 18 Ogos bulan depan. Pregnancy kali ni ternyata sangat berbeza berbanding pregnantkan Ace dulu.
“Bini banyak mengadu sakit belakang, cepat penat & baby bump dia lain macam kebesarannya,” kata Dr Say berkongsi.
Malah pengacara Tanya Doktor di Astro ini juga turut berkongsi perjalanan kehamilan isterinya yang lebih pecat berbanding kehamilannya terdahulu.
“Yet she is still great at being a mom for Ace & being a wife for me. Betullah kata orang, bini ibarat tulang belakang seorang suami. Bila dia penat-penat, saya turut rasa penat. Bila dia mengidam durian, saya turut mengidam durian ahaha.
“Takpe hun, tinggal sebulan je lagi untuk u carry adik Ace seorang diri lepas tu its time for me & Ace to help u with our new member of the family. Cant wait to welcome u, adik Ace,” kongsi Dr Say teruja.
Semoga kelahiran bayi kedua Dr Say ini dipermudahkan dan lancar segala urusan bersalin kelak. Tak sabar nak tengok adik Ace!
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga bersama Dr Azura pada 30 Mac 2014. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aezriel atau Ace dan kini sedang menanti anak kedua.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @say_shazril
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan senang suami nak kena alahan kalau isteri mengandung. Tapi jika suami yang rasa, ada yang lagi teruk dari isteri.
Bagi Hairul Azreen dia mengakui terkena tempias alahan isterinya, Hanis Zalikha yang kini hamil empat bulan.
Katanya, dia kerap rasa letih selain suka menonton rancangan memasak.
“Masa mula-mula Hanis hamil, lebih kurang dalam tempoh sebulan dua begitu saya juga terkena tempiasnya.
“Saya kerap rasa penat dan loya. Selain itu saya jadi suka menonton rancangan memasak dan paling kelakar bila saya sendiri beritahu Hanis saya mahu buat kek.
“Reaksi Hanis memang ‘priceless’ sehinggakan dia sendiri pelik dengan perubahan saya.
“Mungkin sebab dia hamil jadi kita pun terkena sekali. Sekarang ini alahan saya dah hilang dan kembali seperti biasa,” ujarnya pada Gempak.
Mengulas mengenai kandungan isterinya, Hairul memberitahu bayi berada dalam keadaan sihat.
“Buat masa ini jantina masih belum tahu lagi.
“Alhamdulillah, ‘baby’ sihat cuma Hanis sajalah yang mengalami alahan teruk.
“Setakat ini Hanis tidak mengidam apa-apa yang pelik tapi selalunya benda yang dia mahukan itu senang nak dapat. Kalau susah, saya pun ‘nervous’ juga,” katanya.
Kredit: Gempak / Ig @hairulazreen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.