Sifat anak-anak ni sangat seronok untuk diperhatikan. Kadang-kadang memanglah rasa macam geram nak rotan-rotan je anak-anak ni kan..
Tapi sebagai ibu bapa, ada momen yang kita kena layan perangai mereka ni.
Bukan untuk menggalakkan mereka melampau-lampau terhadap kita. Tapi sebagai medium untuk membantu perkembangan mereka secara holistik.
Bagaimana ibu bapa nak layan anak-anak supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Berikut perkongsian dari saudara Fakhrani Hayyun yang juga seorang bapa yang selalu berkongsi tip keibubapaan.
Ketika menaip posting ni, saya gelak tak habis-habis sebab terkenangkan momen ini dengan anak ketiga saya.
Namanya Husam. Dia baru discover perkara baru. Iaitu dia dah pandai membutang baju tadikanya sendiri.
Ads
Apa yang berlaku, biasanya waktu pagi memang saya akan bantu butangkan bahagian atas dan masukkan separuh butang di bahagian bawah sekali & Husam akan habiskan.
Tapi, pada satu pagi yang indah, ketika nak butang baju macam biasa, Husam jerit dengan nyaringnya…. “HUSAM NAK BUAT!!”
Sambil pusingkan badan dia & lari dari saya.. Saya tergamam kejap, pandang isteri & kami gelak dekah-dekah.. Hahaha.. Ayah kena marah dengan anak kecik.
Saya jengah kejap apa jadi dengan Husam.. Fuhh.. Power.. Tinggal 1 je lagi butang yang dia sedang butang (dalam gambar ni la.. nasib sempat ambil gambar)
Ads
Sepanjang dalam kereta, saya bincang dengan isteri, ada 3 masa, memang kita kena layan anak yang tengah action.
1. BILA ANAK NAK MULA BELAJAR SESUATU SKILL
Part ni kritikal sebab inilah momen yang akan menentukan adakah anak akan teruskan belajar atau akan terhenti setakat tu je.
2. BILA ANAK DAH MAHIR SESUATU SKILL
Ads
Macam kes Husam ni, dia akan sangat action dengan skill membutang yang dia boleh buat dengan mahirnya. So, ibu bapa perlu layan sebaiknya supaya skill ini boleh terus di develop dengan lebih baik lagi.
3. BILA ANAK BUAT SALAH
Ni ramai yang lepas pandang. Sebenarnya, ni lah momen yang anak akan paling banyak belajar. So, jika ibu bapa salah bertindak pada waktu ini, kemungkinan banyak implikasi besar akan berlaku kepada anak anda.
Saya yakin, ibu bapa yang ada anak dan dah start masuk sekolah, mesti ada momen kena ‘game’ dengan anak juga kan?
Kebiasaannya kita melakukan pelbagai aktiviti menggunakan tangan kanan. Malah sejak kecil lagi, kebanyakan kanak-kanak memegang objek secara automatik dengan tangan kanan.
Bagaimanapun, masih ada segelintir anak yang cenderung menggunakan tangan kiri atau kidal. Ini berlaku kerana mereka merasakan tangan kiri lebih kuat daripada tangan kanan. Disebabkan hal ini segelintir ibu bapa berasa gusar apabila melihat si kecil lebih pantas menggapai objek, menyuap makanan dan menghulur tangan kepada golongan lebih tua dengan tangan kiri.
Tak kurang juga ada yang risau anak tangan kidal ini bila menulis, tulisannya tak cantik. Tapi adakah benar? Jadi untuk ibu ayah yang mempunyai anak tangan kidal ini, perkongsian dari Puan Hanis Athirah Rusli ini untuk tip menulis bagi anak tangan kidal sangat membantu.
Terdetik nak kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman kecil saya membesarkan anak kedua saya yang juga kidal orangnya.
Terkejut juga pada mulanya sebab jika diteliti memang tiada genetik kidal baik sebelah saya, mahupun suami, tapi bila banyak kali dah buat pemerhatian dan ujian memang sah, Allah ciptakan anak saya yang kedua ini kidal dan tergolong antara 10 hingga 15 peratus populasi bertangan kidal di seluruh dunia.
Memang banyak struggle besarkan anak kidal. Tambahan memang tiada langsung pengalaman dan sejarah dalam keluarga. Tapi semua ni menjadikan pengalaman indah dan bermakna dalam hidup ini.
Untuk kali ini, saya nak kongsi dulu tips dan trick saya ajar anak kidal saya menulis. Ajar anak menulis dan memegang pensel untuk anak kidal bukanlah perkara yang mudah seperti yang kita jangka. Kalau tak kena cara, anak boleh mengamuk dan kita juga lebih mudah putus asa.
Yang penting, sebelum menulis kuatkan kemahirannya untuk mengawal otot-otot pada tangan dan bahu. Dengan teknik yang sesuai untuk ajar anak menulis, tak kisah anak kidal atau bukan, insyaAllah mereka akan dapat menulis dengan baik walaupun secara santai.
Siapa kat sini mempunyai anak kidal? Nak geng jugak
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayah ini ajar anaknya ikut cara Rasulullah s.a.w minum air. Nampak simple tapi kesannya anak boleh jadi orang hebat satu hari nanti dengan izin Allah SWT.
Kadang-kala kita tak perasan perkara simple yang kita ajar anak mampu mengubahnya menjadi orang yang hebat satu hari nanti. Tapi syaratnya ia mesti amalkan secara konsisten dalam kehidupan seharian. Insha-Allah menjadilah. Jom sama-sama amalkan seperti dikongsi oleh Dr.Taufiq Razif ini.
Tadi saya nampak mood anak saya tengah baik je jadi saya sengaja nak ajar dia satu benda yang boleh buat dia jadi hebat dibandingkan kawan-kawannya yang lain.
Yep, Maryam Soolihah ni baru je 3 tahun tapi apa yang saya ajar ni boleh ubah hidup dia untuk 50 tahun ke hadapan.
Saya ajar dia 5 benda simple je.
PERTAMA : Saya ajar dia untuk guna tangan KANAN bila pegang gelas untuk minum
KEDUA : Saya ajar dia baca Bismillah bila nak teguk air. Tak perlu doa panjang-panjang pun, cukup Bismillah je
KETIGA : Saya ajar anak saya supaya jangan tiup air tu walaupun air tu panas. Biarkan je air tu sejuk sendiri
KEEMPAT : Saya ajar anak saya minum 3 kali dalam setiap gelas yang diminumnya. Kiranya habiskan segelas air tu dalam 3 kali tegukan. Bukan teguk skali harung je sampai habis.
KELIMA : Saya ajar anak saya ucap Alhamdulillah bila dah habis minum. Tu je. Simple kan?
Kenapa saya nak sangat anak saya buat 5 benda simple ni?
#1 – Selain manfaat kesihatan, saya sebenarnya nak anak saya kontrol emosi dia. Bayangkan bila tengah haus kita main taram je teguk air. Bila ada step yang dia perlu buat sebenarnya saya dah ajar dia secara halus supaya dia boleh kawal emosi dia sendiri lagi-lagi bila tengah lapar dan haus.
Ni la sebenarnya antara teknik saya ajar anak saya untuk manage emosi mikro dia supaya Emotional Intelligence ( EQ ) anak saya jadi makin hebat! Bila emosi yang mikro pun dia boleh handle, emosi lain yang lebih besar nanti jadi lebih senang la untuk dia kawal.
p/s : Lebih dasyat lagi, ni la sebenarnya apa yang Nabi kita buat bila minum air! Sebijik dengan apa yang Nabi kita sendiri buat. Jadi dah baca ni terus amal kat anak masing-masing ye.
Siapa sangka jumlah mainan yang kurang lebih baik untuk si kecil berbanding mainan yang canggih dan banyak. Patologis Pertuturan ini berikan sebabnya.
Kanak-kanak sukakan permainan. Tidak hairan kalau ada yang buat aksi berguling dan mengamuk bila tidak dibelikan mainan. Tapi mama papa perlu tahu fungsi mainan ialah untuk menggalakkan perkembangan pertuturan, bahasa dan anak ke tahap optimu
Menurut Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim Academy, untuk memastikan permainan membantu perkembangan anak jadi bijak dan pintar, ibu bapa boleh mengikuti 5 tip ini.
#1 MAINAN TANPA BATERI
Mainan yang berbateri memang best. Sebab kita tak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi.
Tapi mainan yang mmpunyai bateri akan menghadkan pembelajaran kanak-kanak kerana merekan hanya perlu melihat sahaja, tak perlu buat bunyi atau gerakkan.
Tanpa bateri, kanak-kanak boleh belajar untuk menggerakkan mainan tersebut seperti menolak, menekan, menarik, dan ini melatih kemahiran motor mereka..
Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain bunyi. Ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas untuk bercakap iaitu membuat bunyi dulu, nanti baru sebut perkataan.
Jika sudah ada mainan yang menggunakan bateri tak menjadi masalah. Cabut je bateri dan mainkan iasecara manual.
#2 PILIH MAINAN YANG BIASA-BIASA JE
Mainan biasa-biasa ni maksudnya kita tak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan yang terkini atau yang mahal. Tapi mainan yg klasik yang kita biasa main boleh banyak membantu kanak-kanak.
Contohnya seperti mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blocks, lego, malah barang rumah seperti kusyen, sudu, cawan pun boleh digunakan.
Ini kerana mainan seperti ini adalah jenis ‘open ended’ iaitu maksudnya tiada kesudahan. Ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita nak.
Contoh: Main kereta Kereta tidak semestinya kita tolak je kan. Kita boleh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.
Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan berfikir untuk bermain dengan cara yang pelbagai. Kalau anak tak tau, anda tunjukkan lah macam mana.
#3 GALAKKAN ANAK BERGERAK SEMASA BERMAIN
Galakkan anak untuk bergerak semasa bermain kerana ia boleh membantu minda mereka lebih aktif dan berfikir. Tapi pastikan pergerakan anak dengan ada hala tuju lah ya..
Tidak perlu keluar rumah, dalam rumah pun boleh. Anda boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas mat(tikar mainan), dan macam-macam lagi.
Tidak perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini. Banyak yang boleh anda ajar seperti:
– Pergerakan dan koordinasi badan
– Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah
– Belajar bahasa seperti nama aksi, kedudukan atas, bawah dan lain-lain.
Jadi, anda boleh bergerak bersama sama anak.
#4 KUANTITI SEDIKIT LEBIH BAGUS
Memang kanak-kanak akan sangat gembira bila tengok banyak mainan. Tapi sedikit mainan itu lebih baik.
Maksudnya bukan tidak boleh sediakan banyak mainan kepada anak. Tapi keluarkan dan gunakan sedikit sahaja mainan pd satu-satu masa..
Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya akan mengganggu fokus kanak-kanak terutamanya pada kanak-kanak yang mmpunyai masalah untuk fokus.
Mereka akan main mainan ini sekejap, lepas tu tukar mainan lain dan belum smpt habis dah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak nak belajar untuk fokus dan kekalkan fokus mereka untuk satu jangka masa kan..
Jadi keluarkan mainan secara berperingkat adalah lebih baik. Bila habis main, simpan dan keluarkan set yang baru.
#5 BERMAIN DENGAN IBU BAPA ITU YANG TERBAIK
Dan yang paling penting sekali adalah bukan mainan itu sendiri, tapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.
Seperti yang diterangkan di atas, anda boleh menggunakan macam macam sebagai mainan. Pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun boleh dijadikan mainan.
BAIK IBU BAPA PERLU KREATIF
Ibu ayah hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak atau dalam erti kata lain tidak perlu ‘skema’ sangat bila bermain. Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi yang paling berkesan…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.