Datin Paduka Eina Azman menerusi posting di laman Instagram memaklumkan dirinya dan suami positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan. Apa yang buatkannya terkesan  hari ini juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan mereka.

“Macam nak gugur jantung dapat result positif..”

Eina memaklumkan dirinya bersama suami serta dua lagi pembantu rumah didapati positif Covid-19. Dia juga tidak sangka akan menerima keputusan sedemikian sedangkan minggu lalu mereka telah membuat ujian saringan dan keputusannya adalah negatif. Paling menyedihkan apabila Eina melihat anak kembarnya menangis ketika membuat ujian calitan itu.

Salam semua. Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan 2 bibik saya, Bik Mega dan Bikna didapati positive Covid-19. Macam nak gugur jantung ni bila dapat result. Sebab saya selalu buat covid test. Even last week saya dan suami baru saja buat covid test sebelum buat surgery and result yang keluar negative.

Hari Anniversary, Eina & Suami Positif Covid. Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

Saya taktau macam mana dalam seminggu saya boleh kena. Sedih ya amat bila terpaksa tengok Aubreykarl buat covid test dengan menangis. Saya memang tak sampai hati tengok. Sementara tunggu result hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat Aubreykarl or bibik-bibik? Macam mana nak handle?

Hari Anniversary, Eina & Suami Positif Covid. Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

IKLAN

Ya allah taktau nak cakap macam mana. Tapi Alhamdullilah nasib baik Aubreykarl negative dengan kakak saya Wenny Azman. Sekarang saya dah mula demam panas dan dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang okay sebab demam terlalu panas dan oxygen dia turun naik. So every 2 days kami kena pergi hospital untuk jumpa doktor untuk monitor dan X-ray.

Hari Anniversary, Eina & Suami Positif Covid. Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

Doakan kami sihat!

Ujar Eina lagi, dia juga tidak sangka akan menerima ujian ini pada hari ulang tahun perkahwinannya bersama suami. Eina bagaimanapun reda dan berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Hari Anniversary, Eina & Suami Positif Covid. Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

IKLAN

Eina turut meminta mana-mana individu yang telah bertemu mereka atau kontak rapat untuk segera melakukan ujian calitan Covid-19.

Hari ini pula our anniversary jadi pula macam ni. Ya Allah memang speechless. Apapun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati yang terbuka. Saya minta tolong semua doakan untuk kami sekeluarga bersama bibik-bibik semua kembali sihat seperti biasa.

Hari Anniversary, Eina & Suami Positif Covid. Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya. If anyone yang ada experience dengan covid tolong share kalau ada apa-apa petua yang boleh kami amalkan. Anyway Happy Anniversary Sayang Ku Dato Paduka Kaiser tiada apa yang I minta hanya doa I nak you sihat semula macam biasa. Stay strong we can do this together. Love you so much sayang.

IKLAN

Kredit: IG Eina Azman

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Tinggal beberapa 6 hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.

Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

Hari Anniversary, Eina & Suami Positif Covid. Sedih Tengok Anak Menangis Buat Swab

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI