Rupanya yang bulat dan montel membuatkan kebanyakkan anak-anak kita cukup sukakan donat. Lagi-lagi jika donat yang disediakan lembut dan gebu, makin mudahlah anak-anak kita menjamahnya. Siap minta lagi dan lagi.

Hujung minggu ini apa kata ibu persiapkan resipi donat bagi meraikan cuti hujung anak-anak. Resipi ibu ini, Puan Farisha Sofea seharusnya dicuba kerana resipi yang dikongsikannya lain daripada yang lain.

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!

Penambahan ovalette dalam donatnya membuatkan donat makin cantik, gebu dan lembut. Nak tahu hasilnya, ada baiknya kita cuba sediakan Donat Mama Sofea ini.

DONAT GEBUS MAMA SOFEA

Hari ini saya nak share resepi donat gebu yang menggunakan ovallete. Kebiasaannya ovallete digunakan untuk membuat kek kan ? Haa apa kata cuba buat donat menggunakan ovalette pula. Kali ini saya menggunakan 1kg tepung.

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!

Bahan Bahan :

Bahan A :
1 kg tepung gandum
11g yis
4 sb marjerin
4 sb gula kastor
3 sb susu pekat
2 sb susu tepung
1 sb ovallete
1 sk garam halus
2 sk serbuk penaik

IKLAN

Bahan B :
2 cawan air

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!Sediakan bekas yang besar dan satukan ke semua Bahan A. (Untuk yang belum mahir/yang baru mahu belajar membuat donat. Boleh hidupkan yis dahulu dan tuangkan ke dalam adunan tepung bagi mengelakkan yis yang digunakan telah rosak atau tidak aktif. Andai kata semua bahan telah dicampur ke dalam tepung dan yis pula telah rosak, adunan tersebut terpaksa dibuang. Kan membazir tu.

Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Jika keras boleh tambahkan lagi sedikit air.

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!

 

IKLAN

Kemudian uli doh sehingga lembut dan elastik. Lagi lama uli lagi lembut doh. Saya uli menggunakan tangan je dan saya uli sehingga doh lembut dan ringan.

Perapkan doh sehingga mengembang dua kali ganda. Tumbuk tumbukkan doh tersebut. Timbang doh dan rounding kemas.

Masa ni dah boleh panaskan minyak ya, guna api kecil sahaja.

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!

Saya timbang 40g, dapat 41 biji donat. Boleh kurangkan lagi jika mahu mendapatkan donat yang lebih banyak.

IKLAN

Apabila telah siap rounding, ambil satu doh dan leperkan. Lubangkan bahagian tengah doh menggunakan penutup botol / nozel.

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!

Jika tak pandai rounding, adunan tersebut boleh dicanai dan diterap menggunakan acuan. Kemudian biarkan doh tersebut mengembang sebelum digoreng.

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!

Balik balikkan doh dua kali sahaja agar doh tidak menyerap minyak. Angkat dan toskan .

Hari-Hari Anak Minta Donat, Donat Gebu & Lembut Mama Sofea Ni Wajib Cuba!

Sejukkan sebelum disalut dengan gula. Siap.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI