Pening memikirkan resipi dan hidangan untuk berbuka dipetang hari? Apa kata kita cuba resipi perkongsian Pn Nurul Ateekah ini pula.
Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas yang ditumis dan dimasak kering-kering ini memang sedap rasanya. Unik dan berbeza. Wajib cuba!
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai (dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
Ads
Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam), tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
Ads
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
Ads
Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaul rata.
Nasi ayam memang menjadi kegemaran anak-anak kita. Apa lagi disatukan dengan ayam nasi ayam yang garing dan sedap. Nak cuba resipi mudah dan ayam jadi lagi sedap?
Resipi mudah ini mama kena cuba. Simple!
Bila ayam Nasi Ayam tengah mandi minyak. Camne nak buat macam tu? Tak yah pakai kicap bagai. Meh nak share resepi.
Bahan-bahan:
Air kosong satu jag
Madu 3 sudu
Cuka 2 sudu
Limau nipis 3 biji (ambik air)
Campur semua bahan dalam air tadi.
Tunggu air tersebut didih, mandi kan ayam tadi sehingga kulit ayam tegang.
Angkat dan tos ayam tersebut.
Lumurkan garam dan biarkan air pada ayam kering. (Nak gantung pun boleh ayam tu). Pastu leh goreng ayam tersebut.
Ayam akan bertukar warna jadi coklat garing macam tu.
Menjelang Ramadhan yang bakal bermula tidak berada jam lagi, ada baiknya kita sediakan stok sambal untuk menaikkan lagi selera ketika berbuka puasa. Tidak sah berbuka tanpa sambal belacan atau lauk pauk yang pedas, barulah makin berselera.
Tidak sukakan sambal belacan biasa, sambal geprek boleh anda cuba. Bahkan paling menarik ia boleh disimpan lama. Buatkan sahaja stok pada kuantiti yang banyak dan simpan dalam peti sejuk. Jadi setiap kali berbuka tak perlulah buat sambal belacan lagi. Resipi sedap dan terangkat yang dikongsikan oleh Suhaila Isnan ini terbaik. Jom cuba.
Saya nak kongsi resepi sambal geprek @ sambal penyet. Bahan saya agak-agak je. Cara ade dekat setiap gambar.
Bahan-bahan:
Bawang merah
Cili padi merah/hijau (ikut suka)
Belacan
Ikan bilis
Tomato
Sediakan bahan. Kuantiti agak-agak.
Masukkan semua bahan dalam kuali untuk masak sekejap. Kuali tu abaikan rupanya ya.
Masak sekejap. agi layu semua bahan.
Bagi layu semua bahan. Angkat dan blend. Nak tumbuk pun boleh.
Bagi betul masak dan naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula sikit.
Siap. Makan dengan nasi panas dan ayam goreng.
Nak diet pun boleh
Paling menarik, sambal ini boleh juga dijadikan sambal ketika berdiet bagi menambah rasa dalam sajian. Bulan puasa ini patut berdiet setelah hampir sebulan kita meraikan perut kita sepanjang PKP ini. Jom suku suku separuh!
Saya buat dsss. Jadi sambal ni saya buat stock dekat rumah. Jom suku suku separuh.
Anak bila dah mula makan memang mama teruja nak bagi cuba semua benda. Tapi kenalah ikut apa yang disarankan oleh doktor atau pakar pemakanan kanak-kanak.
Bagi yang tengah seronok nak bagi anak-anak makan, perkongsian daripada Puan Norfaezawati Wahid menerusi grup Facebook Happy Baby Food Malaysia boleh dijadikan rujukan.
Resepi-resepi ini dibuat untuk bayinya yang berusia 7 bulan. Apa yang dimasak ini dikisar halus sebelum diberi kepada bayinya, maklumlah belum ada gigi lagi.
Ikuti perkongsian Puan Norfaezawati:
Anak 7bulan dah boleh makan bertumis & berempah. Biase akan masakkan lauk utk die 3@4 hari sekali pastu frozekan dalam bekas kecik2. Nanti boleh rotate lauk sblm ni xde la makan yg sama hari2. Semua yg saya masak ni saya blander. Baby lom ada gigi lagi & ikut dgn kesesuaian usia Menu baby #7months saya
FISH FILLET SWEET SOUR
Bahan:
Ikan kembung/ tenggiri/ salmon*(goreng dgn unsalted butter@minyak)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato ceri
Cauliflower
Brokoli
Carrot*(potong dadu)
Daun sup*(racik)
Unsalted butter
Cara:
-blander bawang besar, bawang putih, halia & tomato ceri
-panaskan unsalted butter & masukkan bahan yang diblender
-tumis sehingga naik bau dan bebetul masak, kemudian masukkan carrot dan air sikit.
-carrot dah agak empuk masukkan masukkan kesemua sayur & ikan. Kacau2 bagi sayur masak. Siap
Cara: -panaskan 2sudu unsalted butter & masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. -Masukkan kacang peas, carrot & isi ayam -bancuh FM dgn 1/2cwn air & masukkan dlm bahan tumis td. -bila dah mendidih masukkan bayam. Tutup api. Siap
CHICKEN SOUP
Bahan:
Isi ayam
Bawang besar Bawang putih Sawi Kacang peas Carrot Cauliflower Daun sup*(racik) Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau. -masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam nampak separuh masak. Kemudian masukkan carrot & kacang peas serta 1 cawan air. Masak sehingga menggelegak. -last masukkan sawi, cauliflower & daun sup. Tutup api. Siap
IKAN MASAK HALIA
Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon *fillet
Bawang besar *mayang Bawang putih *mayang Halia *potong halus memanjang Carrot * potong halus memanjang Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 1sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau. -masukkan sedikit air (ikut nak kuah byk mana). Agak air nampak mendidih boleh masukkan ikan & carrot. Masak sehingga ikan masak sempuna Siap
Cara: -renehkan bawang putih & 1sudu serbuk lada putih dgn 2cawan air. -bila dah menggelegak masukkan isi ayam, sweet potato & carrot. -last masukkan kubis & brokoli. Tutup api. Siap
IKAN MASAK KURMA
Bahan:
Ikan merah/ tenggiri/ salmon
Bawang besar *mayang Bawang putih *mayang Halia *ketuk Rempah kurma Carrot Sweet potato Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 2 sudu minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau. -bancuh 1sudu rempah kurma dgn sedikit air masukkan dlm bahan yg ditumis td. Kacau sehingga naik minyak dan garing tambah air. (Ulang kacau & tambah air ni sehingga 3x biar betul2 masak rempah tadi). -tambah air nampak lagi dan masukkan sweet potato & carrot. -air mendidih boleh masukkan ikan. Masak sehingga ikan masak sempuna Siap
SUP IKAN MERAH
Bahan:
Ikan merah
Bawang besar*mayang Bawang putih*mayang Halia*ketuk Serbuk lada putih Labu Kacang peas Carrot Brokoli Daun sup*(racik) Olive oil/ minyak masak
Cara: -panaskan 1sudu minyak. Masukkan halia, bawang besar & bawang putih. Tumis sehingga naik bau. -masukkan serbuk lada putih, labu, carrot & kacang peas serta 2 cawan air. Bila semua bahan dah empuk, boleh masukkan ikan & brokoli. Masak sehingga menggelegak. -last masukkan daun sup. Tutup api. Siap
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.