Tidak dinafikan memasak bubur anak mengambil masa yang agak lama. Jika tidak menyediakan stok untuk anak seminggu, pastinya setiap pagi ibu perlu bangun lebih awal untuk mempersiapkan bubur anak. Tidak mahu kelam kabut di pagi hari, ada baiknya ibu mencuba resipi bubur yang dikongsikan ini.

Tidak menyediakan bubur dari beras biasa sebaliknya, Pn Azwa Mohtar menyediakan tepung beras dahulu dan kemudiannya barulah dimasak bubur seperti biasa. Cara ini buat bubur dimasak lebih pantas dari biasa. Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Memang mantap!


Bismillahirrahmanirrahim…
Hari ni saya nak kongsikan cara untuk memudahkan dan menjimatkan masa ibu-ibu menyediakan bubur nasi untuk baby iaitu dengan membuat tepung beras sendiri. Ibu-ibu dapat sediakan bubur baby dalam 15-20 minit dah siap.

Moga ada manfaat nya info ini.

Hasilkan Tepung Beras Sendiri, Barulah Masak Bubur Anak Jadi Lebih Pantas!

Basuh beras selawatkan niatkan yang baik untuk anak kita dan jemurkan sampai beras kering dari air. Saya lapik dengan kain bersih. Masa ni boleh buangkan mana beras yang tak elok atau bendasing yang dijumpai.

Hasilkan Tepung Beras Sendiri, Barulah Masak Bubur Anak Jadi Lebih Pantas!

IKLAN

Sangai sekejap.

Hasilkan Tepung Beras Sendiri, Barulah Masak Bubur Anak Jadi Lebih Pantas!

Kisar halus.

Hasilkan Tepung Beras Sendiri, Barulah Masak Bubur Anak Jadi Lebih Pantas!

IKLAN

Dah siap! Boleh simpan stok dalam bekas kedap udara.

Sedia untuk masak bubur

Selepas tepung disediakan barulah lebih senang nak masak bubur. Setiap kali nak masak, ambil sahaja beberapa sudu ikut, banyak mana yang dikehendaki.

IKLAN

Hasilkan Tepung Beras Sendiri, Barulah Masak Bubur Anak Jadi Lebih Pantas!

Sekali masak saya masukkan 2 sudu besar beras yang telah dikisar.

Hasilkan Tepung Beras Sendiri, Barulah Masak Bubur Anak Jadi Lebih Pantas!

Bahan-bahan ini terpulang pada ibu-ibu nak masak apa untuk baby. Kalau saya, parutkan semua bahan ini. Ikan bilis tumbuk halus. Masak dengan api sederhana perlahan.

Selamat mencuba!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI