Selain ayam, rendang daging antara yang menjadi kegemaran ramai. Macam mana nak buat rendang daging padu lagi sedap? Rendang daging yang satu ini lain dari yang lain.

Mana tidaknya, penambahan bawang goreng yang digoreng berasingan buat rendang jadi super sedap. Rugi tak cuba perkongsian resipi Khairul Hakimin Muhammad.

Ramai tanya kalau masak rendang tapi dagingnya masak guna periuk tekanan (pressure cooker) macam mana nak buat dia punya rencah. Lahhh sama jelah. Tapi demi nurtizen tersayang, saya buatkan resipinya awal 2 minggu sebelum raya. Haa gitu. Ok jom.

Rendang Daging (dagingnya masak asing secara pressure cooker).

Bahan-bahannya:
1kg daging.
5 ulas bawang merah India. Dihiris.
1kg santan,
5-6 sudu kerisik.
1-2 senduk cili kisar.
1/2 keping gula Melaka.
Bahan kisar:
2 inci halia.
2 inci kunyit hidup.
1 inci lengkuas.
2 batang serai.
3 biji bawang besar

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

Daging itu kau masaklah dalam periuk tekanan yang kau ada. Sementara itu kita masak pes rendangnya. Mula-mula panaskan kuali dan masukkan bawang merah yang dihiris.

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

IKLAN

Kemudian masukkan bahan kisar. Saya pi kisar asing pulak bawang dengan bahan lain. Haha. Tapi sama jelah. Masukkan semua bahan kisar ya.

Dah mendidih elok, masukkan cili kering kisar pula.

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

Dah pecah minyak, masukkan bawang goreng tadi. Kacau rata. Akan ada yang tanya kenapa bawang ini ditumis asing. Haaa sebab kita nak karamel bawang tersebut tak hilang dalam tumisan, jadi kita angkat dan masukkan kemudian. Ini memang cara emak saya masak rendang dah berpuluh tahun.

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

IKLAN

Dah pecah minyak semua. Masukkan santan. Saya guna santan fresh pekat 1kg. Saya senang ja kalau masak rendang, 1kg daging, maka 1kg juga santan. Haa gitu.

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

Dah elok pecah minyak. Masukkanlah daging yang dah masak asing secara pressure cooker tu.

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

Kacau rata, masukkan gula melaka dan juga kerisik. Dah meletup-letup dah keluar minyak semua, masukkan garam.

IKLAN

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

Ini pilihan. Kalau suka, masukkanlah daun kunyit dan daun limau. Tak suka tak payah.

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

Siaaaap! Selamat mencuba gaisss. Senang je kannn?

Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!

Resipi Rendang Daging Power, Masuk Bawang Goreng Rasa Lagi Sedap, Padu Sungguh!

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI