Hasrat seorang bapa yang juga seorang anggota polis di Balai Polis Putra Heights, Selangor pulang ke Melaka untuk melihat anaknya demam tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan.
Kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 217.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Alor Gajah pagi tadi.
Hasrat tak kesampaian
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu, mangsa yang bertugas di Putra Heights itu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.
Ads
Kejadian berlaku kira-kira dalam pukul 1.30 pagi apabila sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu di lorong tengah telah mengubah haluan ke lorong paling kiri. Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda RS150R yang cuba untuk mengelak ke bahagian kanan, namun gagal.
Akibat daripada itu, mangsa terlanggar belakang lori bahagian kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ads
Mangsa dikatakan tamat tugas pada tengah malam dan terus menuju ke Kampung Musai, Bukit Baru kerana anaknya yang demam.
Susulan daripada itu, mangsa, Kamarul Arif Mat Noor, 32, yang berpangkat koperal diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
Ketika seseorang lelaki ‘menghampiri’ seorang wanita, manalah dia tahu gadis idamannya itu anak sulung, anak tengah atau anak bongsu. Waktu itu, lelaki tersebut hanya tahu yang diasudah terpikat dan mahu cuba nasib, kalau ada jodoh untuk bersama. Sebenarnya setiap wanita mempunyai karakter tersendiri, tetapi faktor mereka anak yang keberapa dalam keluarga juga sedikit sebanyak mempengaruhi karakter mereka.
Sekiranya seorang lelaki itu berkahwin dengan anak sulung, sudah tentu anda akan perasan akan perwatakan mereka yang lebih matang.
Walaupun begitu, tidak bermaksud anak sulung wanita yang matang semata-mata dan tidak pandai bermanja. Untuk yang baharu berkahwin atau sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih keliru dnegan karakter isteri anda, Pa&Ma senaraikan beberapa ciri yang mungkin boleh dikaitkan dengan diri mereka.
1. MATANG
Jika isteri anda seorang anak sulung, biasanya mereka sangat matang. Kadang-kadang, suami pun dilayan macam adik-adiknya. Kalau marah, isteri mudah memaafkan dan dia juga murah hati. Anak sulung mempunyai satu sifat yang mudah memaafkan dan suka berkongsi. Mungkin nampak sedikit tegas dan serius tetapi sebenarnya mudah lembut hati.
2. CERIA
Apabila mereka matang, jaranglah untuk ‘buat perangai’. Biasanya mereka jenis tenang dan mudah terhibur. Disebabkan kematangan mereka itu, jarang isteri terbawa-bawa dengan emosi dan mengikut perasaan. Mereka lebih positif dan mudah dibawa berbincang.
3. MENYAYANGI ORANG LAIN
Anak pertama sudah dilatih untuk menyayangi dan mengalah dengan adik-adiknya sejak kecil. Jadi iasanya isteri anda seorang yang sangat mengambil berat, cuma kenalah bersabar dengan tahap bebelannya. Anak sulung sudah biasa bertegas dan meleteri adik-adiknya, tidak mustahil di dalam rumah tangga mereka cenderung untuk terus bersikap begitu.
4.SENYUM WALAU BERMASALAH
Satu masalah anak sulung, mereka jarang berkongsi kedukaaan mereka. Isteri mungkin lebih suka memendam perasaan dan akan mencari jalannya untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Kadang-kadang ketika mereka sedang sedih pun tidak dapat dikesan doleh orang lain kerana mereka hanya senyum sahaja.
5. SUKA TUNJUK RASA SAYANG
Jika isteri anda anak sulung, mereka tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang mereka. Terlebih prihatin dan akan pastikan semuanya sempurna untuk suami dan anak-anak.
6. MANJA
Anak sulung manja, cuma tidak mahu ditunjuk. isteri lebih suka memanjakan suami dan anak-anak, kerana mereka tidak mahu nampak mengada-ngada di depan keluarganya. Tapi kalau diberikan kejutan, pasti menangis terharu!
7. BERTANGGUNGJAWAB
Tidak kisahlah isteri anak keberapa, pastinya ada sikap bertanggungjawab terhadap keluarga. Cuma anak sulung ini kebanyakannya dilihat lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya kerana telah dibesarkan begitu. Jadi kalau kadang-kadang suami atau anak-anak terasa seperti sedikit ‘dikawal’, sebenarnya isteri tak sedar pun hal itu kerana pada mereka, itu cara untuk menunjukkan keprihatinan mereka.
8. DEGIL
Disebabkan mereka sudah terbiasa, adik-adik mengikut kata mereka jadi ada masanya isteri sedikit degil. Mereka cenderung untuk membuat keputusan sendiri dan sangat tekad. Suami harus bijak menegur dan memujuk mereka untuk mereka merubah sesebuah keputusan yang telah dibuat.
Pasangan yang cukup luar biasa. Pasangan suami isteri, Mohd Rizuhan Jaafar dan Hasnah Salleh yang dikurniakan 13 cahaya mata memberi inspirasi kepada ramai bila mana lapan daripada anaknya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.
Manakala lima lagi masih tekun berusaha bagi melengkapkan hafazan 30 juzuk al-Quran. Bukan didikan biasa-biasa. Tidak hairanlah dipuji wargamaya.
Pasangan yang berasal dari Kampung Patek Kadok, Ketereh, Kelantan ini juga tidak kisah hidup serba sederhana asalnya pelajaran anak-anak diutamakan.
“Biarlah maa sederhana, asalkan anak-anak hidup dalam kalam ALLAH,” demikian kata-kata penuh makna daripada seorang ibu yang menjadi tunjang kekuatan sebuah keluarga hafiz al-Quran.
Apa yang lebih mengagumkan, mereka membesarkan anak-anak dengan pendidikan agama walaupun dalam keadaan serba sederhana.
“Walaupun ayah hanya seorang pensyarah dan ibu seorang guru, dalam serba kekurangan mereka tetap utamakan pendidikan agama untuk kami. Setiap bulan, RM400 untuk seorang anak dilaburkan untuk menghantar kami ke pusat tahfiz,” ujar salah seorang anak mereka melalui perkongsian di TikTok @hifzplanner.
Mohd Rizuhan sanggup berkorban tenaga dan masa, menghantar dan mengambil anak-anak dari pusat tahfiz tanpa pernah mengeluh di depan mereka, walaupun penat bekerja seharian.
Kejayaan anak-anak satu kebanggaan ibu ayah
Biarpun diuji dengan pelbagai ragam anak kecil yang tidak mahu berjauhan dengan ibu dan ayah di waktu kecilnya, namun keduanya tekad demi mahu anak-anak dibekalkan dengan jalan Allah.
Kini, anak-anak mereka bukan sahaja hafiz al-Quran, tetapi juga berjaya dalam pelbagai bidang.
Anak sulung Muhammad Zaim, 33, dan anak keenam Nur Syakirah, 27, bergelar usahawan. Anak ketiga, Fatimah Zaharah, 30, seorang doktor perubatan.
Tiga lagi, Mardhiah, Asma’ Nabila dan Nur Syakirah memilih menjadi ustazah. Sementara anak-anak lain sedang melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat.
Kisah keluarga ini bukan hanya menarik perhatian ramai bahkan menjadi satu inspirasi untuk ibu bapa muda untuk mendidik anak-anak cintakan al-Quran untuk kejayaan di masa hadapan.
Mak ayah yang mempunyai anak autisme pastinya amat merasa lega dan syukur selepas kerajaan mengumumkan penubuhan Tabika KEMAS (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) khas untuk anak-anak autisme ke seluruh negara bermula tahun hadapan.
Selepas kejayaan pelaksanaan projek perintis di Melaka, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini merancang untuk memperluaskan penubuhan Tabika KEMAS (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) khas untuk anak-anak autisme ini pula bagi mengurangkan kos perbelanjaan mak ayah yang terpaksa menghantar anak ke sekoah khas swasta.
Berita baik ini ternyata melegakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme serta tidak mampu untuk menanggung kos pembelajaran khas di tadika swasta yang agak tinggi.
Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, program istimewa di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ini akan dimulakan secara serentak di semua 14 negeri, dengan setiap negeri bakal memiliki satu tabika khas sebagai permulaan.
“Langkah ini diambil bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak autisme, khususnya di kawasan luar bandar. Ramai ibu bapa selama ini terpaksa membiarkan anak-anak mereka di rumah atau menghantar ke pusat swasta yang menelan kos tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh kebanyakan keluarga luar bandar,” katanya.
Beliau menjelaskan, usaha ini menunjukkan komitmen KEMAS sebagai agen perubahan masyarakat luar bandar, memastikan tiada anak istimewa tercicir daripada akses pendidikan awal yang bersesuaian.
“Kita bermula di Melaka, dan insya-Allah tahun depan kita akan kembangkan ke seluruh negara. Ini adalah usaha bersama untuk membawa pendidikan yang inklusif dan lebih prihatin kepada semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Tabika Istimewa KEMAS di Krubong, Melaka pada Selasa.
Tambah beliau, tabika khas ini akan dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman yang telah mengikuti latihan intensif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Latihan ini bertujuan untuk mempersiapkan mereka menguruskan anak-anak autisme dengan kaedah yang lebih inklusif, mesra dan berkesan.
Dalam pada itu, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Perubahan Iklim Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menyalurkan dana sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf kemudahan di tiga tabika khas di negeri berkenaan.
Peruntukan tersebut dimanfaatkan untuk pemasangan pendingin hawa dan penyediaan pelbagai alat bantu mengajar, demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa serta menyokong perkembangan anak-anak istimewa dengan lebih holistik.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!