Apa sahaja yang dituturkan oleh kita akan didengari anak kecil kita. Berbanding anak kinestetik dan sebagainya, berhati-hatilah dengan anak auditory kerana telinga mereka begitu sensitif.

Mereka mudah menangkap apa sahaja perkataan dengan baik. Maka gunakanlah ayat yang baik dan elakkan mereka mendengar bunyian atau perkara yang dirasakan tidak sesuai. Inilah yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Jadi elakkan!

Hati-Hati Dengan Anak ‘Auditory’, Telinganya Sensitif Terlebih, Cakaplah Baik-Baik!


Kena hati-hati dengan anak “auditory”. Telinga dia sensitif. Kapasiti belajar dia memang banyak melalui telinga.

Apa sahaja yang dia kerap, sedap dan banyak dengari itu la yang akan dia jadi.

Tanda-tanda anak yang auditory:
– Dia cepat hafal bila ada irama. Contoh ABC kalau suruh sebut secara biasa susah, tapi suruh nyanyi laju je.

– Mudah mengikut apa orang cakap. Sekali dengar je, dia dah ingat.

IKLAN

– Sebut pandai tapi dia tak faham pun apa dia sebut sebenarnya. Tu yang perkataan huduh pun ada dia ikut.

Hati-Hati Dengan Anak ‘Auditory’, Telinganya Sensitif Terlebih, Cakaplah Baik-Baik!

– Suka dengar lagu atau muzik. Cerita-cerita ni dia kurang sikit, tapi kalau lagu berjoget-joget dia.

– Cepat sentap. Kebiasaannya anak auditory ni sensitif, bukan telinga je tapi hati pun sensitif amat.

– Tak boleh kasar sikit atau tinggi sikit suara bercakap pada dia, memang sentap.

IKLAN

Anak auditory ni adalah anak yang paling mudah dan paling senang di tegur sebenarnya. Cuma kena berhati-hati bila bercakap di depan dia.

Hati-Hati Dengan Anak ‘Auditory’, Telinganya Sensitif Terlebih, Cakaplah Baik-Baik!

– jangan ajar dia cakap kasar
– jangan ajar dia keras hati
– jangan ajar dia ignore bila orang bercakap
– jangan ajar dia kata-kata huduh
– jangan ajar dia tinggi suara
– jangan ajar dia cakap yang bukan-bukan.

Nescaya dia bakal jadi anak yang paling lembut hati dan paling senang di lentur akhlaknya.

IKLAN

Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim

Menarik: Nak Jadi Macam Kakak, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Biasakan Anak Dengan Taekwondo

Hati-Hati Dengan Anak ‘Auditory’, Telinganya Sensitif Terlebih, Cakaplah Baik-Baik!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI