Melihatkan pelbagai aktiviti yang diatur pasangan doktor, Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr Halina Yunos buat anak-anak mereka padat dan begitu menyeronokkkan.
Sama seperti anak sulong dan kedua mereka, baik Dr Sheikh Muszaphar dan isteri sepakat memilih sukan taekwondo buat anak kembar lelaki mereka.
Berkongsi melalui Instagram, kedua pasangan ini turut memuat naik perjalanan dua beradik kembar ini untuk menjalani latihan pertama taekwondo.
“Hari ini kelas percubaan mereka di taekwondo, nak jadi macam kakak. Moga diterima, kalau dah pandai taekwondo, sure anak-anak kitorang bila bergaduh nanti up another level Hahaha. Double flying kick, back kick, segala jenis kick ada. Now diorang copy kakak-kakak je.. hehe,” kongsi Dr Halina di Instagramnya.
Menurut kata Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar, mengapa taekwondo menjadi pilihan mereka sudah semestinya kerana disiplin, hormat dan rasa tanggungjawab yang diterapkan melalui sukan itu.
Petua dan tip biasakan anak dengan latihan sukan
Sementara itu, menerusi Instagram, Dr Sheikh Muszaphar juga turut memuat naik gambar dan video latihan pertama kami pasangan kembar, Adam dan Noah. Malah bapa kepada enam cahaya mata ini turut sama berkongsi petua dan tip untuk semua ibu bapa yang memilih sukan untuk anak-anak mereka.
Ads
Anak-anak kecil kita terlalu muda untuk pilih sukan yang mereka suka. Sebagai ibu bapa kitalah memilih apa yang kita fikir terbaik untuk anak-anak.
Saya pilih renang & TaekwanDo untuk anak-anak saya dengan harapan mereka akan terus semangat sampai akhir. Bella & Tasha mulakan sukan ini sejak mereka berumur 3 tahun lagi dan sampai sekarang pun masih lagi dengan latihan taekwondo. Saya berharap anak lelaki akan melakukan perkara yang sama.
Berikut adalah beberapa petua: 1. Mulakan pada usia mereka muda Jika anda mulakan latihan mereka masa muda dan anak-anak pun menyukai sukan itu, ada peluang yang sangat baik mereka akan terus melakukannya. Mulakan mereka dari umur 3 tahun.
2. Sediakan mereka dari segi mental Terangkan pada kanak-kanak tentang sukan itu. Kanak-kanak akan lebih seronok jika mereka lebih memahami sukan ini.
3. Tidur nyenyak Pastikan anak-anak mendapat rehat yang baik pada hari sebelumnya untuk mengelakkan tantrum, moody, pemarah dan lain-lain yang akan merosakkan hari itu.
Ads
4. Jadikan sukan menyeronokkan dan mengujakan Adalah penting untuk kanak-kanak menikmati sukan. Mereka tidak jemu jika mereka seronok melakukannya.
5. Be there Temani anak. Ibu bapa perlu berada bersama semasa latihan supaya anak rasa selesa. Buat anak lebih yakin.
6. Beritahu anda bangga Beritahu anak betapa anda bangga dengan usaha dan pencapaian mereka. Anak-anak suka bila dapat membanggakan ibu bapa mereka.
7. Peluk cium Saya tak percaya dengan bagi hadiah pada anak sebagai ganjaran. Beri mereka pelukan dan cium. Ini hadiah terbaik untuk anak-anak.
8. Apa yang kita harapkan daripada mereka Terangkan pada anak apa yang kita harapkan daripada mereka. Kelas, pelajar, latihan dan sebagainya. Buat anak membina keyakinan mereka sekaligus boleh atasi rasa bimbang anak. Anak-anak ni biasanya selalu gementar tanpa mengetahui sebab apa.
Ads
9. Hari pertama penting Kalau anak-anak enjoy masa sesi pertama, kemungkinan besar mereka mahu lebih dan tak sabar nak ke kelas seterusnya. Anda di landasan yang betul.
10. Peka dengan stress anak Anak hilang selera makan, tantrum, cari alasan untuk tak pergi latihan dan sebagainya. Cari sebabnya bila anak berkelakuan macam ni. Mungkin boleh berehat sekejap dari latihan. Paksa anak hanya akan memburukkan keadaan.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pengasuh direman selama empat hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai mengalami kecederaan ketika diletakkan bawah jagaannya di Taman Putra, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan kelmarin selepas ibu mangsa membuat lapora polis pada Jumaat lalu.
“Berdasarkan laporan itu, ibu mangsa mendakwa menyedari anaknya mengalami kecederaan dengan kesan gigitan di muka dan pulas pada kedua-dua telinga.
“Ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Farouk berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai enam anak asuhan berusia antara tiga bulan hingga dua tahun.
“Suspek juga mempunyai dua anak kandung yang tinggal bersama, iaitu masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 16 tahun serta lapan tahun.
“Ketika kejadian, suspek didakwa meninggalkan mangsa dan keluar rumah. Kecederaan mangsa dipercayai berpunca daripada anak asuhan yang lain menggigit muka bayi itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Kalau anda ada anak kecil, dalam sehari mesti biasa dengar beratus atau mungkin beribu soalan sama tentang ‘KENAPA’ kan? Mula-mula anak pandai tanya soalan, ibu rasa teruja dan bangga sebab anak dah mencapai tahap perkembangan otak ligat berfikir.
Itu tandanya anak makin bijak dan ada sikap ingin tahu yang tinggi. Tapi lama-lama bila si kecil tanya soalan yang sama 100 kali sehari, kau rasa? Nak marah ke ibu? Eh, tak lah. Mana boleh marah kan.
Pakar perkembangan anak kata, ibu ayah jangan sekali-kali herdik atau sekat anak yang suka bertanya. Nanti bila mereka ‘sentap’ terus tak nak tanya apa-apa soalan. Anda juga yang risau.
Ok, ini antara beberapa cara bijak yang ibu ayah boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka bertanya soalan sama berulang-ulang kali. Ini pun boleh elak kita daripada rasa macam nak marah bila kena jawab soalan yang sama.
Tapi ingat jangan sekali-kali jawab “tak tahu” atau “entah” pada soalan anak anda atau buat acuh tak acuh sebab malas nak layan anak yang suka bertanya. Buruk kesannya pada perkembangan anak tau!
Tanya Balik Yang Sama
Memang ‘habit’ budak kecik suka tanya soalan sama berulang kali. Jangan marah. Biar je dia tanya banyak kali soalan yang sama lepas tu cuba tanya balik soalan itu padanya. Anda akan terkejut sebab dia boleh bagi jawapan yang betul. Kesimpulannya, anak sengaja tanya soalan yang sama pada ibu ayah mungkin sebab kali pertama soal, dia rasa anda tak beri perhatian padanya. Jadinya dia tanya banyak kali untuk dapatkan sepenuh perhatian walaupun dia sendiri tahu jawapannya.
Tumpukan Perhatian Pada Anak
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak. Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Soalan Dijawab Dengan Soalan
Bila anak anda tanya soalan, anda boleh berikan jawapan dalam bentuk soalan kembali supaya dia boleh berfikir.
Contohnya kalau dia tanya, “Mama, kenapa kita kena gosok gigi?”
Anda boleh jawab, “Iman rasa kalau tak gosok gigi, mulut kita busuk tak?”
Tentu dia akan terfikir kenapa pula mulut busuk dan anda boleh terangkan tentang mulut yang ada bakteria dan kotoran makanan yang dimakan. Kalau tak dibersihkan akan berbau busuk dan gigi rosak. Sekurang-kurangnya sesi pertanyaan tersebut ada memberikan ilmu baru kepada anak. Interaksi dua hala ini memberikan peluang kepada otak anak untuk berfikir.
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak.
Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Keep Calm and Smile
Untuk mengelakkan rasa serabut anak tanya banyak soalan, anda kena tetapkan dalam hati supaya sentiasa dalam mode bertenang dan banyakkan senyum supaya ikhlas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan anak walaupun untuk kali yang ke-180!
Berusaha Beri Jawapan Terbaik
Janganlah disebabkan tak tahu jawapan atau malas nak huraikan panjang lebar, maka anda jawab “tak tahu” atau “entahlah mama pun tak tau”, sekurang-kurangnya kalau tak tahu jawapan yang betul, anda boleh cakap “nanti mama cari jawapan kat internet ya.” Barulah anak lebih bersemangat nak jadi kritis dan berfikir untuk tanya ibu ayah soalan lagi. Kalau asyik jawab tak tahu, anak pun beranggapan ibu ayah tak tahu banyak perkara dan akhirnya dia pun jadi malas nak tanya.
Ingatlah, fasa anak suka tanya soalan tak akan selamanya berlaku. Makin dia membesar makin kurang soalan yang ditanya. Nanti anda pula yang asyik tanya kepada anak dan rindu nak jawab soalan anak!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi berusia sebulan di Tanzania dilaporkan maut selepas ‘diculik’ oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah.
Menurut portal The Citizen, insiden itu berlaku di kampung Mwamgongo di Kigoma, Tanzania pada Sabtu lalu.
Difahamkan bahawa sekumpulan monyet itu telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan merampas bayi tersebut daripada pangkuan ibunya sebelum melarikannya.
Kejadian aneh itu berlaku kira-kira jam 3 petang di kampungnya yang terletak berhampiran sempadan Taman Negara Gombe.
Semuanya bermula ketika ibu bayi lelaki itu sedang duduk di luar rumahnya sambil menyusukan bayinya. Tanpa diduga, telah datang sekumpulan monyet yang menceroboh ruang rumahnya dan merampas kanak-kanak itu daripadanya.
“Memang benar kanak-kanak itu bersama ibunya di luar rumah mereka apabila secara tiba-tiba datang sekumpulan monyet menyerbu rumah mereka dan membawanya pergi,” kata Komander Polis Wilayah Kigoma, James Manyama.
Kejadian itu memaksa si ibu untuk segera meminta pertolongan. “Dia menjerit meminta tolong dan penduduk kampung yang mendengar terus bergegas ke rumahnya untuk membantunya mendapatkan kembali anaknya dari sekumpulan monyet itu,” kata beliau lagi.
Apabila penduduk kampung menjumpai sekumpulan monyet itu, mereka dapat melihat bayi itu berada di tangan salah seekor monyet tersebut. Penduduk kampung terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan bayi itu kembali.
“Apabila penduduk kampung datang, ia sudah terlambat kerana bayi itu sudah pun berada di tangan monyet tersebut dan apabila mereka cuba mengambilnya kembali secara paksa, bayi tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher,” kata Encik Manyama.
Kemudiannya, penduduk kampung di situ berjaya mendapatkan semula bayi yang berada dalam keadaan cedera itu namun malangnya, bayi tersebut meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital berhampiran.
“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kampung Mwamgongo berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe. Justeru, kejadian haiwan menceroboh kawasan kampung bukanlah suatu perkara yang luar biasa,” katanya.
Syukur dan terharu. Itulah perasaan yang diluahkan oleh pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan, apabila selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada hari Ahad, 13 Julai...