Menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk membelikan anak-anak anak patung sebagai permainan. Tak kurang juga ada yang membeli pelbagai jenis patung sebagai koleksi ataupun perhiasan.
Namun anda harus berhati-hati kerana patung yang cukup sifat walaupun tidak bernyawa sebenarnya boleh mengundang jin untuk menumpang di dalam patung tersebut. Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Zulaffendi Mohamad ketika mengubati pesakitnya.
2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.
Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa macam diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yang memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya.
Aduhhh, macam kembaq dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa macam patung tersebut dok perati.
Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya jugak. Betul-betul mengejek ni. Hahaha…dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yang ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.
PESANAN
*Jangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah
*Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yang geram bila tengok kita seksi ketika tidur
*Jangan pasang lagu-lagu yang melalaikan di dalam rumah
Kredit: Zulaffendi Mohamad
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI