Dalam rumah tangga penting adanya sikap tolak ansur bagi menjaga keharmonian hubungan suami isteri. Ketepikan rasa ego dalam diri masing-masing kerana ia tak membawa anda ke mana pun, malah merugikan buat pasangan.
Sentiasalah bermuhasabah diri dan mencari kelemahan diri serta saling memberi kemaafan. Apabila kata maaf sukar dilafazkan bermakna anda sebagai suami atau isteri masih lagi pentingkan diri.
Seperti yang dikongsikan oleh Panel The Solusi, Abu Hurairah Asifa, dalam rumah tangga menghadapi karenah dan sikap isteri di anggap cabaran besar. Begitu juga isteri untuk berdepan dengan sikap suami.
Biasanya suami lupa yang isteri ni memang sikapnya suka merajuk, marah-marah tapi dalam masa sama sayang. Jika suami reda dan terima kekurangan isteri ini dengan sentiasa memaafkannya percayalah hubungan ini akan kekal ke akhir hayat.
Isteri akan sedar silapnya
Ads
Nak tahu kenapa wanita cepat marah dan sekali-sekala terkeluar perkataan yang mungkin boleh menyakitkan hati suami kerana dia terlalu penat. Tapi sebagai suami anda kena ingat jangan balas balik atau lempar perkataan yang dianggap tak sesuai. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan berlarutan.
Bukan bererti suami diam dan memaafkan isteri ini anda penakut tetapi ia membuka peluang untuk isteri sedar dan faham yang dia silap. Percayalah dengan sendirinya bila isteri nampak suami bersikap begini dia yang akan datang minta maaf dan berubah.
Kesan positifnya juga untuk suami bila sabar, maafkan terus dan secara automatik tiada lagi rasa dendam dalam hati.
Ads
Suami Hebat, Dapat Ganjaran Besar
Perlu ingat menjadi suami bukan hanya memberi nafkah tetapi mendidik isteri menjadi wanita yang baik. Ganjarannya juga cukup besar.
Wanita dicipta dari rusuk kiri lelaki. Jadi dia tetap ada kelemahannya. Berdoalah untuk isteri kita jadi pasangan dan ibu yang baik pada anak-anak.
Ads
Betul memang bukan mudah tapi kena ingat Allah minta. Bukan sebab kita. Ini bermakna ada hikmahnya.
Selepas ini sebagai suami walau apa sahaja cabaran kita berdepan dengan isteri, sikapnya karenahnya atau apa saja jangan lupa untuk maafkan isteri. Memaafkan isteri membuatkan cinta dalam hati makin kuat dan rumah tangga pun diberkati.
Benar kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar setiap anak memang berbeza sifatnya. Kita sebagai ibu bapa jangan sekali-kali samakan cara didikan kerana setiap anak punya personaliti yang berbeza.
Menurut kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar, kenal pasti personaliti anak dahulu dan barulah lebih mudah untuk ‘tackle’ mereka. Inilah yang dilalui beliau pada anak keduanya Tasha.
“Saya selalu jangkakan Tasha lebih baik daripada Bella dalam segala hal. Kerana dia didedahkan dengan pelbagai aktiviti lebih awal dari Bella.
Kumon pada usia 4 tahun TaeKwanDo pada usia 4 tahun Kelas berenang usia 3 tahun
Menunggang kuda usia 3 tahun
Safari International School usia 3 tahun Mengaji usia 4 tahun Chinese Kindergarten usia 4 tahun Dan semua guru-guru beritahu dia pelajar yang cerdik. Alhamdulillah …
Tapi saya selalu ada masalah untuk ajar Tasha di rumah. Dia hiperaktif, selalu buli Bella dan kembar malah tak boleh duduk diam. Saya cari pendekatan berbeza untuk tackle Tasha.
Setiap anak berbeza. Cuba cari cara untuk tackle berdasarkan personaliti mereka. Jangan sekali-kali bandingkannya dengan adik beradik yang lain.
Ada yang perlukan usaha lebih dari yang lain. Ada yang dilahirkan bersungguh-sungguh. Ada yang suka bermain. Ada juga yang pemalu…
Jadi kena kenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.
Sepanjang tempoh anak nak membesar, kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit seperti selesema dan demam. Ini kerana tubuh mereka lebih mudah terdedah dengan kuman atau penyakit.
Disebabkan hal ini, ada ibu bapa yang risau kerana demam yang berlanjutan juga sangat berbahaya kerana boleh dikaitkan dengan masalah lain. Melalui perkongsian dari Ummi Kalsum ibu boleh mencuba tip dengan merebus telur ayam untuk mengurangkan suhu panas anak. Tak salah pun ikhtiar selain makan ubat.
Rebuskan 2 biji telur ayam. Rebuskan lama sedikit sehingga menjadi telur keras. Kalau separuh masak, anda sukar menggolekkan pada badan anak kerana terlalu lembek.
Beginilah rupa telur ayam yang telah direbus sempurna.
Cari kain yang sesuai untuk membungkus telur yang masih panas tadi. Paling senang, gunakan kain lampin.
Kalau telur masih panas, pastikan balut telur tu tebal sedikit ya!
Apabila menjadi seperti bunjut, anda bolehlah menggolekkan pada seluruh badan anak. Jangan lupa golekkan juga pada bahagian kepala dan kaki.Golekkan sehingga telur menjadi suam, sekitar 30 minit.
Setelah hampir setengah jam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar.
ULANG LANGKAH DENGAN TELUR KEDUA
Ulang semula langkah yang sama seperti telur pertama tadi. Anda akan mendapati telur yang kedua akan kurang menggerutu.
MUDAH, BUKAN?
Hanya dengan 2 biji telur, suhu badan telah turun dan anak mulai cergas. Syukurlah.
Bagi ibu-ibu, jika anak masih belum sembuh bolehlah rawat anak demam dengan melakukan teknik di atas sebanyak 3 kali sehari. Dalam masa yang sama, pastikan anak kerap dimandikan dan meminum air secukupnya. Memang normal kalau mereka kurang berselera semasa demam.
Bila anak lambat cakap, kita selalu buat tak kisah atau tidak sedar anak terlewat perkembangannya. Ramai mak ayah terlepas pandang perkara ini walaupun tanda-tandanya sudah mula kelihatan sejak awal.
Lebih membimbangkan, ada yang menganggap anak baik-baik sahaja sedangkan anak perlu dibantu. Hakikatnya, setiap anak memang berbeza, tetapi ada garis panduan perkembangan yang boleh dijadikan rujukan untuk mengenal pasti isu anak lambat cakap lebih awal.
Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa, Pn Aisyah Kassim, terdapat beberapa tanda awal yang boleh membantu mak ayah mengenal pasti sama ada anak mengalami kelewatan bercakap atau tidak berada pada tahap perkembangan yang sepatutnya.
Jangan tunggu sehingga terlalu lewat. Lagi awal dikesan, lagi baik peluang untuk anak dibantu.
Meniru adalah asas penting dalam perkembangan bahasa. Anak belajar bercakap melalui pemerhatian dan peniruan.
Seawal usia 10 bulan, anak biasanya sudah mula meniru bunyi-bunyi mudah seperti “wow”, “meow”, “mama”, “baba” atau bunyi haiwan dan bunyi persekitaran. Mereka juga mula meniru aksi seperti tepuk tangan, melambai “bye-bye”, ketuk meja atau buat gaya comel bila diminta.
Apabila masuk usia satu tahun ke atas, anak sepatutnya mula cuba meniru perkataan yang disebut oleh orang dewasa walaupun belum jelas.
Jika anak langsung tidak menunjukkan minat untuk meniru bunyi, perkataan atau perbuatan, ini mungkin tanda awal anak lambat cakap yang perlu diberi perhatian serius.
Sebelum anak pandai bercakap, mereka akan menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi.
Pada usia sekitar 10 bulan ke atas, anak biasanya sudah mula menggunakan gesture seperti menunjuk dengan jari untuk meminta sesuatu, mengangkat tangan untuk didukung, melambai bila disuruh “bye-bye”, serta mengangguk atau menggeleng kepala.
Gesture ini menunjukkan anak faham konsep komunikasi dua hala. Jika anak tidak menggunakan sebarang isyarat tubuh untuk berkomunikasi, mak ayah perlu lebih peka kerana ia boleh menjadi salah satu tanda anak lambat cakap.
Bahasa bukan hanya tentang bercakap, tetapi juga kefahaman.
Seawal usia satu tahun, kebanyakan anak sudah boleh memahami arahan mudah seperti “ambil bola”, “bagi mama botol” atau “mari sini”.
Jika anak tidak memberi respon langsung atau kelihatan tidak memahami arahan yang sangat ringkas dan biasa digunakan setiap hari, ini juga boleh menjadi tanda kelewatan perkembangan bahasa.
Mak ayah boleh cuba uji dengan arahan harian dalam suasana santai dan lihat sama ada anak memahami tanpa perlu tunjuk berulang kali.
Perkataan pertama yang bermakna biasanya muncul sekitar usia satu tahun hingga satu tahun enam bulan.
Contohnya seperti “ibu”, “ayah”, “nak”, “makan”, atau nama objek kegemaran mereka. Walaupun sebutannya mungkin tidak jelas, tetapi ada makna dan digunakan secara konsisten.
Jika anak sudah melepasi usia satu tahun enam bulan tetapi masih belum menyebut sebarang perkataan bermakna, mak ayah disarankan untuk mendapatkan penilaian awal kerana ini adalah petunjuk jelas anak lambat cakap.
Menjelang usia dua tahun, kebanyakan kanak-kanak sudah boleh menggabungkan dua perkataan mudah seperti “mama nak”, “nak susu” atau “abah pergi”.
Ayat mungkin ringkas dan tatabahasa belum sempurna, tetapi sudah menunjukkan perkembangan komunikasi yang baik.
Jika pada usia dua tahun anak masih belum boleh menyebut gabungan dua perkataan, ini mungkin petanda anak memerlukan bantuan profesional.
Perkembangan setiap kanak-kanak memang berbeza. Ada yang cepat bercakap, ada yang ambil masa lebih lama. Namun, lambat bercakap boleh jadi petanda beberapa perkara lain juga, contohnya:
Autisme (ASD) pula biasanya melibatkan lebih daripada sekadar lambat bercakap. Antara tanda lain yang perlu diperhatikan:
Pertama sekali, jangan panik. Tetapi jangan juga ambil mudah. Jika mak ayah mula nampak tanda-tanda ini, langkah terbaik adalah dapatkan nasihat daripada pakar seperti Patalogis Pertuturan Bahasa atau terapis perkembangan kanak-kanak.
Lagi awal intervensi dimulakan, lagi tinggi peluang untuk anak mengejar semula perkembangan mereka.
Selain itu, mak ayah juga boleh bantu anak di rumah dengan cara:
Ingat, setiap anak unik. Tetapi perkembangan bahasa ada garis panduan yang boleh dijadikan rujukan. Keprihatinan mak ayah adalah langkah pertama untuk membantu anak membesar dengan lebih yakin dan bersedia.
Jangan malu untuk bertanya dan jangan tunggu sehingga terlambat. Kadang-kadang satu tindakan kecil hari ini boleh mengubah masa depan anak kita.