Ads

Anak Kidal, Unik & Istimewa. Jangan Paksa, Raikan Kelebihannya!

anak kidal

Pasti ada dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kidal yang menulis menggunakan tangan kiri. Ada yang risau, ada juga yang tertanya-tanya, “Perlu ke ubah jadi tangan kanan?” Jawapannya mudah… tidak perlu.

Menggunakan tangan kidal bukan satu kesalahan, malah ia adalah keunikan semula jadi yang patut diraikan. Jika anak kidal cenderung menggunakan tangan kiri seperti ayah atau ahli keluarga lain, biarkan sahaja. Memaksa anak bertukar tangan hanya akan membuatkan mereka keliru, terutama bila melibatkan arah kiri dan kanan nanti.

Lebih menarik, anak kidal sebenarnya mempunyai banyak kelebihan tersendiri!

Anak Kidal, Unik & Istimewa. Jangan Paksa, Raikan Kelebihannya!

Apa Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Anak Kidal

Secara umumnya, hanya sekitar 15 peratus populasi dunia terdiri daripada individu kidal. Ini menjadikan mereka unik dan sering dikaitkan dengan kreativiti yang tinggi.

Dari sudut sains, perkembangan kemahiran motor anak berkait rapat dengan fungsi otak. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan.

  • Otak kanan mengawal bahagian kiri badan
  • Otak kiri mengawal bahagian kanan badan

Bagi anak kidal, otak kanan lebih dominan, sebab itulah mereka cenderung menggunakan tangan kiri.

Biasanya, kecenderungan ini sudah boleh dilihat seawal usia 2 hingga 3 tahun, dan akan menjadi lebih jelas apabila anak mencecah usia 5 tahun. Pada fasa ini, ibu ayah disarankan untuk memberi sokongan tanpa cuba mengubah kebiasaan semula jadi mereka.

Anak Kidal, Unik & Istimewa. Jangan Paksa, Raikan Kelebihannya!

Ads

Fakta Menarik Tentang Anak Kidal

Jom kenali si kecil dengan lebih dekat melalui fakta-fakta ini!

1. Ada kaitan dengan faktor genetik

Kajian menunjukkan kecenderungan kidal boleh diwarisi daripada ibu atau bapa. Namun, ia bukanlah satu “kelainan”, sebaliknya variasi semula jadi dalam perkembangan manusia.

2. Bukan semua kidal sejak lahir

Walaupun kebanyakan anak kidal dilahirkan begitu, ada juga yang menggunakan tangan kiri disebabkan faktor lain seperti kelemahan otot tangan kanan atau kecederaan.

3. Lebih peka terhadap bunyi

Anak kidal dikatakan mempunyai pendengaran yang lebih sensitif. Mereka lebih mudah membezakan jenis suara dan bunyi di sekeliling, termasuk perubahan nada suara.

4. Cenderung berhati-hati

Sesetengah kajian mendapati mereka lebih pemalu dan berhati-hati. Mereka tidak suka melakukan kesilapan dan sering berfikir sebelum bertindak dalam sesuatu situasi.

Ads

5. Emosi lebih sensitif

Mood boleh berubah dengan cepat. Ini kerana cara otak mereka memproses emosi sedikit berbeza berbanding kanak-kanak lain, menjadikan mereka lebih peka terhadap persekitaran.

6. Sangat kreatif

Ini antara kelebihan paling ketara! Ramai individu kidal mempunyai bakat dalam bidang seni, lukisan, muzik dan kreativiti. Mereka cenderung berfikir di luar kotak.

7. Mudah terkesan dengan pengalaman

Kajian menunjukkan mereka lebih mudah mengingati pengalaman, termasuk yang menakutkan. Sebab itu mereka mungkin lebih sensitif terhadap perkara yang memberi kesan emosi.

8. Potensi intelektual tinggi

Menariknya, ramai individu kidal berada dalam kategori IQ tinggi. Malah, organisasi Mensa melaporkan sekitar 20 peratus ahlinya terdiri daripada individu kidal.

Anak Kidal, Unik & Istimewa. Jangan Paksa, Raikan Kelebihannya!

Ads

Raikan Keunikan Anak, Jangan Ubah Siapa Mereka

Setiap anak dilahirkan dengan keunikan tersendiri, termasuklah anak kidal. Apa yang penting, ibu ayah dan guru perlu memahami serta menyokong perkembangan mereka secara positif.

Daripada cuba mengubah, lebih baik kita:

  • bantu anak asah bakat semula jadi
  • sediakan persekitaran yang sesuai
  • beri keyakinan pada diri mereka

Selain itu, ibu ayah juga boleh menyediakan alat tulis yang sesuai untuk tangan kiri serta memberi galakan dalam aktiviti yang menyerlahkan kreativiti mereka. Sokongan emosi juga sangat penting untuk membantu mereka membesar dengan yakin.

Jika ada kebimbangan, berbincanglah dengan pakar seperti doktor atau ahli terapi untuk mendapatkan panduan terbaik. Dengan pendekatan yang betul, anak kidal mampu berkembang dengan cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.

Baca: Bayi Susah Tidur Malam? 5 Kesilapan Besar Ibu Bapa Yang Wajib Elak  

Jahitan Bersalin Terbuka, Ibu Jangan Ambil Ringan. Ini Tanda & Cara Nak Sembuh 

Sumber: Hello Doktor 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Kurang Minum Air? Hati-Hati Tanda Ini

Ketahui tanda amaran dehidrasi anak kecil yang sering diabaikan ibu bapa serta langkah rawatan dan pencegahan yang berkesan untuk elak risiko serius.