Gara-gara menyangka ayahnya ada hubungan dengan perempuan lain, anak perempuan Aeril Zafril dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, tak puas hati dan begitu marah pada Aeril.
Menurut Wawa menerusi Instagram miliknya, Hayla telah menangis sebelum bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video ayahnya bersama dengan seorang wanita.
Bagaimanapun ia hanya aksi lakonan Aeril bersama pelakon, Siti Elizad untuk drama Cinta Tanpa Henti.
Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak agar mereka mendapat pendidikan terbaik untuk anak. Inilah yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim & isteri untuk sanggup berpindah ke Manchester, United Kingdom bagi memberikan perhatian kepada anaknya Emery yang mengalami autisme.
Dalam perkembangan terbaru, Emery yang kini berusia 11 tahun mengalami Gangguan Spektrum Autisme (autism spectrum disorder) sudah pun memasuki sekolah menengah khas di sana.
Menurut Edry, guru memberitahu anak ketiganya itu juga pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Perkara itu dimaklumkan Edry menerusi posting terbaru di Instagram.
edryabdhalim Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son ❤️ #manchester#redwood#autism
Penyakit jantung sering terjadi kepada bayi kecil. Ia lazimnya kerana masalah kongenital yang terjadi sejak lahir lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit jantung pada bayi dan anak kecil serta kupasan daripada pakar dalam rancangan TV Pa&Ma Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Derita Jantung Si Kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membeli-belah permainan untuk si kecil memang menyeronokkan. Ada sahaja yang mahu dibeli sehingga terlupa satu aspek penting iaitu keselamatan mainan itu sendiri.
Pernahkah terfikir anak anda boleh mengalami kecederaan mahupun meninggal dunia yang puncanya datang daripada permainan yang dibeli. Niat asal mahu menggembirakannya tetapi dibimbangi ia boleh mengundang kecelakaan buat dirinya pula.
Anda perlu tahu tidak semua mainan adalah sesuai untuk tahap umur kanak-kanak. Berikut adalah perkongsian maklumat yang boleh membantu anda memilih mainan yang selamat untuk anak tersayang.
1. Sesuai ikut peringkat umur
Lazimnya, dalam setiap bungkusan mainan akan dicatatkan tahap iumur yang sesuai menggunakan mainan tersebut. Sudah pasti ia ditetapkan mengikut saranan pengeluar produk yang mahu memastikan keselamatan para penggunanya.
Jadi, jika anak anda belum cukup umur untuk membolehkan dia bermain alat tersebut, elakkan daripada membelinya. Permainan yang tidak mengikut keseuaian usia anak mungkin boleh menyebabkan bahaya kepada anak anda kerana bentuk strukturpembuatannya.
2. Buang pembalut plastik
Sesetengah mainan akan dibalut dengan plastic bagi menjamin kualitinya. Setelah ia dibuka, tiada lagi gunanya. Oleh itu, anda perlu segera buang plastik pembalut tersebut.
Diperhatikan, plastik pembalut sering menjadi mainan tambahan oleh si kecil. Anda perlu sedar dengan risiko lemas disebabkan oleh plastik pembalut mainan anak anda itu.
3. Teliti saiz mainan
Saiz yang sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah adalah berdiameter lebih dari 3sm dan panjangnya pula melebihi 6sm. Ukuran ini ditetapkan adalah bertujuan untuk mengelakkan si kecil ini tertelan mainan yang dipegangnya.
Jika alat mainan yang anda mahu beli tidak menyatakan tahap umur, anda boleh menjadikan panduan mengukur yang mudah ini. Mainan untuk anak bawah tiga tahun seharusnya lebih besar dan tidak boleh melepasi gelung tisu tandas.
4. Beri perhatin mainan perlu cas
Anda tidak digalakkan untuk mainan yang perlu dicas menggunakan plug elektrik. Malah permainan yang beroperasi menggunakan bateri pun, perlu diambil perhatian yang sama. Dibimbangi anak membuka ruang tempat bateri diletakkan lalu boleh meningkatkan risiko keracunan akibat tergigit atau termakan bateri.
Seperti yang anda tahu, bateri mengandungi zink iaitu sejenis logam berat. Kesan akibat termakan zink boleh melambatkan proses tumbesaran anak. Malah, ada kes yang lebih serius hingga menyebabkan kanser dan maut juga.
5. Bebas bahan bertoksik
Perhatikan label permainan. Pastikan ia bebas daripada bahan toksik. Hal ini perlu dititikberatkan terutamanya apabila anda mahu membelikan maian untuk anak di bawah umur satu tahun.
Biasanya mainan si kecil ini dalam lingkungan umur ini akan mempunyai label Bebas Toksik. Kanak-kanak di usia ini memang cenderung memasukkan apa sahaja benda yang menarik perhatiannya ke dalam mulut. Jadi berhati-hatilah dalam memilih mainan untuknya.
6. Awasi risiko tercekik
Pastikan permainan yang mempunyai tali, reben, wayar dan seumpama dengannya tidak diletakkan berhampiran tempat tidur anak. Mainan sebegini mengundang risiko anak anda tercekik akibat terbelit dengan tali, reben atau wayarnya.
7. Periksa bahan pewarna
Pastikan keselamatan bahan pewarna yang digunakan dalam pembuatan mainan anak anda. Bayi anda mungkin menggigit atau memasukkan mainan tersebut ke dalam mulut. Selain itu, anda juga perlu pastikan tidak ada sebarang bahagian tajam atau boleh tercabut pada permainan tersebut sebelum diberi kepada anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak dah masuk usia 3 tahun tapi masih lagi tak mampu bercakap atau menyebut perkataan? Sememangnya ibu ayah perlu risau! Tapi bagaimana caranya untuk bantu anak supaya dapat menyebut perkataan bermakna?
Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah Kassim, Terapi Pertuturan & Bahasa berkenaan teknik mudah untuk membantu anak bercakap.
Khas buat anak-anak yang masih tidak pandai untuk menyebut : 4 TEKNIK BANTU ANAK BERCAKAP
1️. Tukar mesej kepada perbuatan
2️. Guna gesture/aksi
3️. Beri pilihan kpd anak
4️. Teknik pause
Konsisten buat yang ni dulu, dan tengok berkesan ke tidak pada anak. Ok?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!