Anak dah masuk usia 3 tahun tapi masih lagi tak mampu bercakap atau menyebut perkataan? Sememangnya ibu ayah perlu risau! Tapi bagaimana caranya untuk bantu anak supaya dapat menyebut perkataan bermakna?
Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah Kassim, Terapi Pertuturan & Bahasa berkenaan teknik mudah untuk membantu anak bercakap.
Khas buat anak-anak yang masih tidak pandai untuk menyebut : 4 TEKNIK BANTU ANAK BERCAKAP
1️. Tukar mesej kepada perbuatan
2️. Guna gesture/aksi
3️. Beri pilihan kpd anak
4️. Teknik pause
Konsisten buat yang ni dulu, dan tengok berkesan ke tidak pada anak. Ok?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Banyak kajian menunjukkan hubungan akrab anak dan bapa akan memperi impak yang sangat-sangat-sangat luar biasa hebat pada personaliti dan peribadi serta sikap anak tak kira lelaki atau perempuan.
Lebih mengkagumkan lagi dalam Al Quran Allah dah bagi petunjuk dah tentang penting sungguh peranan ayah sehingga banyak tokoh parenting dari kalangan bapalah yang disebut oleh Allah.
Cuba para ayah buat 6 perkara ini dan saksikan perubahan pada anak selepas 6 bulan. Ibu beri peluang dan galakan pada ayah tau! Boleh juga saling belajar antara satu sama lain.
6 perkara itu ialah:
1. Peruntukan masa dengan anak setiap hari 15 minit! – akademik anak akan perlahan-lahan meningkat baik.
2. Beri sokongan emosi pada anak fahami apa yang dia rasa dan fikirkan – anak akan pandai menawan hati orang di sekelilingnya dan pandai bergaul dengan kawan serta menghormati orang tua.
3. Setiap hari fikirkan 1 perkara untuk bantu anak – anak-anak akan terlindung dari masalah disiplin dan keruntuhan moral.
4. Bincang tentang sikap dan peribadi yang hebat – anak akan mempunyai keazaman dan keyakinan yang tinggi!.
5. Guna pendekatan memujuk tanpa mengugut atau menakut-nakutkan anak – Anak akan lebih happy dan terhindar dari masalah stress.
6. Menjelaskan pantang larang, prinsip hidup serta peraturan-peraturan kemasyarakatan dengan baik dan dengan cara berbincang – anak akan menjauhi jenayah dan lingkungan rakan serta persekitaran dan perlakuan yang tidak sihat.
SELAMAT MENCUBA! JANGAN LUPA DOA JUGA!
Bacalah surah Al -Insyirah setiap kali pandang anak semoga hati dia dan hati kita dapat ketenangan, urusan kita lancar dan Allah tinggikan darjat kita sekeluarga!. Aamiin.
Kanak-kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh ‘SEPARATION ANXIETY’. Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing.
Menurut Konsultan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar, bayangkan jika kita bertukar tempat kerja baru dan kita tidak kenal sesiapa. Resah atau tidak?
Perasaan ini adalah sesuatu yang normal dalam perkembangan kanak-kanak. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan atau perlu dimalukan dengan mengambil video untuk ditularkan.
“TETAPI RAMAI KANAK-KANAK YANG OK, TAK MENANGIS. Yang menangis tu mesti manja. Kita mesti ajar anak jadi kental.”
Bila kita bercakap tentang perkataan PERKEMBANGAN, ia merujuk kepada satu proses yang dicapai pada kadar yang berbeza-beza mengikut pembawaan kanak-kanak.
Orang dewasa juga mengalami separation anxiety cumanya orang dewasa sudah mempunyai ‘coping strategy’ yang dibina dari pengalaman dan kematangan.
Perasaan resah untuk berpisah itu juga boleh menjadi indikasi yang baik bahawa selama ini ayah dan ibu telah membina attachment yang positif dengan anak tersebut. Bukanlah kerana anak itu manja.
Seorang murid saya dulu menangis sebab dia tidak boleh lagi bermain bola sepak dengan ayahnya kerana perlu hadir ke sekolah.
Anak Menangis Untuk Berpisah Sebab Takut
Proses berpisah untuk memasuki sekolah adalah kombinasi perasaan TERUJA dan TAKUT bagi kanak-kanak.
Jika perasaan teruja kerana berjumpa kawan yang sudah dikenali atau teruja kerana guru baik, atau teruja kerana persekitaran sekolah yang mesra, melebihi rasa takut, maka separation anxiety itu hanya sekejap.
Jika perasaan takut kerana tidak ada kawan dan sebagainya melebihi keterujaan, maka separation anxiety itu mengambil masa untuk hilang.
Seorang lagi murid saya merasa takut kerana perlu memasuki ‘gate’ lain yang dia tidak biasa.
Ada pelbagai sebab mereka takut walaupun remeh bagi kita.
Cara orang dewasa memberi respon kepada separation anxiety kanak-kanak juga menentukan sekejap atau lama perasaan itu.
“ANAK SAYA DAH BERBULAN-BULAN MENANGIS setiap pagi tak nak ke sekolah. Normalkah?”
Jikalau ia berlarutan sampai berbulan-bulan hingga mengganggu aktiviti harian anak dan menyebabkan anak sentiasa sedih dan murung, ia sudah menjadi satu DISORDER yang perlukan intervensi dan perhatian pakar. Mungkinkah anak dibuli, didera ataupun trauma?
Menurut Maria Montessori, pakar perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak, resah kerana berpisah adalah sebahagian dari proses ‘individuation’ yang penting bagi perkembangan sosial kanak-kanak.
Anak sedang belajar untuk mengenal persekitarannya. Dia kemudiannya akan membina kepercayaan dan keserasian dengan individu baru di sekitarnya. Akhirnya dia akan mula membina persahabatan. Ini adalah proses yang mengambil masa dan tidak boleh dipaksa.
Fahamilah kanak-kanak. Mereka juga manusia yang perlu dihormati.
Ibu pernah tak ternampak anak selalu menconteng dinding rumah? Pasti ibu naik angin dan geram tengok dinding rumah kotor. Namun tahukah mama papa yang aktiviti ini sememangnya memberi kelebihan kepada anak anda?
Menurut Parent Connect Consultancy, Puan Noor Afidah Abu Bakar, terdapat dua perkara yang menarik perhatian saya apabila melihat gambar yang dikongsi oleh rakan saya, seorang ibu kepada 4 orang anak kecil ini.
PERTAMA:
Saya ‘tertarik’ dengan aktiviti berkarya di permukaan belakang kabinet dapur yang diizinkan oleh ibu anak-anak ini.
KEDUA:
Saya tertarik dengan tindakan ibu menetapkan ‘boundary’ untuk mereka berkarya di permukaan tersebut.
‘Boundary’ yang bagaimanakah yang saya maksudkan dalam gambar tersebut?
Mereka tidak menconteng terus ke permukaan kabinet sebaliknya ibu melekatkan ‘white board sticker’ pada kabinet sebagai permukaan untuk mereka berkarya.
Saya menggunakan istilah ‘karya’ kerana setiap contengan kanak-kanak ataupun ‘mark making’ dalam pelbagai bentuk, garisan, dan paten mempunyai maknanya yang tersendiri.
Ia merupakan terjemahan kanak-kanak tentang dunia di sekeliling mereka mengikut interpretasi dan kreativiti masing-masing.
Tidak semua kanak-kanak suka menconteng dinding walaupun kebanyakan kanak-kanak mempunyai keinginan untuk menulis atau melukis di atas permukaan yang menegak (vertical).
Anak menconteng dinding adalah normal tetapi ibu bapa yang membiarkan anak menconteng tanpa apa-apa batasan ataupun ‘boundary’ ialah ibu bapa tidak wajar.
Kenapa saya katakan anak menconteng dinding adalah satu aktiviti yang normal?
1) Tahukah anda apabila kanak-kanak menconteng sebarang permukaan yang menegak terutamanya permukaan yang luas seperti ‘white board’, ataupun papan hijau, ia sebenarnya membantu memperkuatkan otot-otot dan sendi-sendi bahagian badan yang atas. Lengan yang digerakkan bagi membentuk garisan yang menegak, melintang ataupun pepenjuru akan diperkuatkan lagi kerana ia digerakkan dengan melawan tarikan graviti.
2) Menulis di atas permukaan menegak yang luas adalah satu bentuk latihan yang baik untuk ‘midline crossing’. Tubuh badan manusia mempunyai ‘midline’ ataupun garisan tengah yang membahagikan tubuh kita kepada kiri dan kanan. Apabila kanak-kanak menulis ataupun melukis di permukaan menegak yang luas, pergerakan lengan akan merentasi bahagian tengah anggota badan dan merangsang koordinasi dan komunikasi di antara otak kanan dan otak kiri. Aktiviti midline crossing sebegini (dan banyak aktiviti lain lagi) dapat membantu perkembangan motor halus yang lebih baik dan membantu pengurusan harian diri yang lebih teratur.
Kanak-kanak dapat melakukan sesuatu pergerakan dan tugasan dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan.
3) Selain itu, menulis di atas permukaan yang menegak dengan cara melutut ataupun berdiri dapat menguatkan bahagian tengah (core) badan. Kedudukan yang sebegini melibatkan ‘kerjasama’ antara badan tengah dan otot belakang agar dapat mengekalkan postur yang menegak untuk menulis.
4) Menulis di atas permukaan yang menegak juga membantu meregangkan dan menguatkan pergelangan tangan. Tangan yang stabil dapat membentuk ‘pencil grasp’ yang lebih baik ataupun cara memegang sebarang alat tulis dengan betul. ‘Pencil grasp’ ini bukan hanya membantu perkembangan motor halus, ia juga membantu perkembangan otak kanak-kanak.
Begitulah di antara kebaikan kanak-kanak menulis di atas permukaan yang menegak seperti di dinding, ‘white board’ ataupun papan hijau.
WALAUBAGAIMANAPUN!! (Saya belum habis menulis. Baca sampai habis.)
Di samping membantu perkembangan otak, kognitif, fizikal, dan motor halus kanak-kanak, mereka juga perlukan ‘boundary’ ataupun batasan apabila melakukan sesuatu aktiviti agar mereka dapat menjadi insan yang hidup bertanggungjawab dan berperaturan.
Menconteng dinding rumah jika tidak ada batasan akan menyebabkan kanak-kanak terbiasa dengan contengan di mana-mana sahaja tidak kira di rumah sendiri, di dinding rumah orang lain, di dinding sekolah, di dinding kedai, di dinding kawasan awam dan di merata-rata tempat sehingga tidak dapat dikawal.
Oleh itu, peranan ibu bapa adalah untuk menyediakan ruang yang sesuai untuk kanak-kanak melukis di atas permukaan menegak.
Sediakan papan putih, papan hijau ataupun kertas besar di dinding sekiranya anak ingin berkarya. Ada juga ibubapa yang mengecat satu bahagian dinding dengan cat khas yang mudah dibersihkan agar berfungsi sebagai ‘papan hijau’. Kanak-kanak boleh berkarya di permukaannya dan kemudiannya KANAK-KANAK perlu bertanggungjawab membersihkannya kembali.
‘Boundary’ sebeginilah yang ditetapkan oleh ibu kepada anak-anak comel dalam gambar ini apabila ibu menggalakkan anak-anaknya berkarya di atas permukaan yang menegak.
Terima kasih Puan Nur Jannah atas keizinan berkongsi momen anak Puan.
**Jom shopping permainan berasaskan pembelajaran untuk anak-anak pada harga yang tersangat murah. Nak tahu lanjut, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!