HB rendah atau anemia juga turut dihadapi kanak-kanak, tidak hanya ibu hamil. Ia selalunya akan muncul bersama masalah berat badan yang rendah. Sungguh merunsingkan! Ikuti penerangan pegawai dietetik ini.
Betapa resahnya ibu apabila anak menghadapi masalah. Setiap kali pemeriksaan, anak tidak mencapai berat yang sepatutnya mengikut graf yang ditetapkan. Tambah membimbangkan jika ujian darah menunjukkan paras Hb dalam darahnya rendah walau pun suplemen zat besi telah diberikan.
Perkongsian daripada pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri ini diharapkan dapat membantu. Kemungkinan cara pengambilan yang salah dan makanan yang menghalang penyerapan yang menyebabkan Hb si anak tidak naik.
HB low, anak kurang selera makan. Berat pula tak naik. Ibu bapa buntu walau pun dah berikan suplemen yang diberikan
Suplemen yang dibekalkan itu hanya 30% sahaja peranannya untuk naikkan Hb. Mesti elak makanan halang penyerapan zat besi.
4 langkah berikan anak suplemen zat besi. Salah satunya jangan ambil dengan makanan.
Daripada link yang dinyatakan, antara makanan yang kaya zat besi ialah seperti berikut;
Ramai ibu mengandung lebih fokus pada perkembangan bayi, tapi terlupa satu perkara penting iaitu tekanan darah. Hakikatnya, menurut Doktor Norintan Zainal Shah dari Hospital Columbia Asia, lebih 8 peratus wanita hamil berdepan masalah darah tinggi waktu hamil. Lebih membimbangkan, jika tidak dikawal, ia boleh membawa kepada sawan yang dikenali sebagai eklampsia, satu keadaan yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.
Masalah ini selalunya bermula dengan pre-eklampsia, iaitu keadaan tekanan darah tinggi yang disertai kehadiran protein dalam air kencing. Ia biasanya berlaku selepas usia kandungan melebihi 20 minggu. Dalam kes darah tinggi waktu hamil, keadaan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh berkembang menjadi eklampsia jika tidak dirawat dengan betul.
Eklampsia berlaku apabila ibu mengalami sawan tanpa kawalan, dikenali sebagai kejang tonik-klonik. Dalam kes serius, ibu boleh koma dan memerlukan rawatan kecemasan segera. Inilah sebabnya pemantauan awal sangat penting sepanjang kehamilan.
Ibu yang hamil anak pertama dan mereka yang sudah mempunyai sejarah tekanan darah tinggi sebelum hamil adalah golongan berisiko tinggi. Selain itu, wanita yang mempunyai masalah obesiti atau penyakit kronik juga lebih cenderung mengalami darah tinggi waktu hamil.
Sebab itu, wanita yang ada masalah tekanan darah dinasihatkan untuk menstabilkan bacaan mereka terlebih dahulu sebelum merancang kehamilan. Langkah ini boleh mengurangkan risiko komplikasi serius.
Ada juga kes yang dikenali sebagai pregnancy induced hypertension atau PIH. Dalam situasi ini, tekanan darah meningkat tetapi tiada protein dalam air kencing. Walaupun berbeza dengan pre-eklampsia, PIH tetap perlu dipantau kerana ia masih termasuk dalam kategori darah tinggi waktu hamil.
Kebanyakan kes PIH masih boleh dikawal dengan ubat dan pemantauan rapi sehingga bayi cukup matang sebelum dilahirkan. Namun, pemeriksaan berkala tetap penting bagi mengelakkan komplikasi.
Walaupun punca sebenar masih belum jelas, pakar percaya ia berkait dengan bahan tertentu yang dihasilkan oleh uri dan bayi dalam kandungan. Faktor genetik dan gaya hidup juga mungkin memainkan peranan dalam berlakunya darah tinggi waktu hamil.
Menariknya, selepas bayi dan uri dilahirkan, tekanan darah ibu selalunya akan kembali normal secara semula jadi. Namun, ini tidak bermakna ibu boleh mengabaikan rawatan ketika hamil.
Antara simptom awal pre-eklampsia yang tidak boleh diabaikan termasuk:
Jika mengalami gejala ini, jangan tunggu. Segera ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Tindakan awal boleh mengelakkan komplikasi darah tinggi waktu hamil menjadi lebih serius.
Eklampsia bukan sekadar sawan biasa. Ia boleh menyebabkan pendarahan otak, koma, buta sementara atau kekal, serta kelemahan anggota badan seperti pesakit strok. Risiko ini meningkat jika darah tinggi waktu hamil tidak dikawal dengan baik.
Untuk bayi pula, risiko termasuk pertumbuhan terbantut, pendarahan uri dan kelahiran pramatang demi menyelamatkan nyawa ibu. Dalam situasi tertentu, kelahiran awal menjadi satu-satunya pilihan bagi mengelakkan komplikasi lebih teruk.
Ibu perlu disiplin mengambil ubat seperti yang diarahkan doktor dan menghadiri pemeriksaan antenatal secara berkala. Ini penting untuk memastikan darah tinggi waktu hamil sentiasa berada dalam kawalan.
Selain itu, amalkan pemakanan sihat, kurangkan pengambilan garam, dan kekalkan gaya hidup aktif mengikut kemampuan. Walaupun selepas bersalin, pemantauan tekanan darah masih perlu diteruskan kerana eklampsia boleh berlaku dalam tempoh berpantang.
Kesihatan ibu bukan perkara kecil. Jangan anggap tekanan darah tinggi itu biasa, kerana dalam diam, ia boleh menjadi ancaman besar kepada ibu dan bayi.
Pelakon Popular, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia nampaknya bakal menimang cahaya mata yang ketiga nya. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan (Nur Afrina Ariana dan Nur Aurora) dan seorang anak angkat perempuan(Darwisyah).
Almy Nadia telah memuatnaik status di instagramnya berkenaan luah hatinya setelah ditegur gemuk. Ikuti perkongian dari beliau;
Harini 2 lelaki cuba tegur kami “Dah makin gemok dan besor” 1st suami jawab dia mengandung. 2nd kami jawab salah ka mengandung gemokk!!”
Klu korang jadi tempat kami apa korang rasa yerk!!! Memang zaman skrg semua nak yg kurus mulus,wlpn mengandung lps lps bersalin ka… klu korang di tempat kami apa yg korang akan jawab yerk… kami taktau nak jawab atau ckp apa terkedu sat
Rata-rata netizen yang memberikan pendapat bahawa gemok itu tak salah lagipun Almy sedang mengandung. Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Gemuk tak salah, yang salah mulut yang tak beradab tegur
Badan manusia tak sama
Walaupun gemuk tetap cantik
Janji sis bahagia
Sumber: Instagram Almy Nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu menyusu memerlukan khasiat yang tinggi untuk memastikan bayi yang disusu mendapat nutrisi yang secukupnya.
Apa pemakanan yang boleh diamalkan oleh ibu menyusu? Ada banyak pemakanan yang berkhasiat antaranya 10 pemakanan yang dikongsi ini.
10 Makanan Ibu Menyusu Yang Terbaik Untuk Diamalkan
1. Bawang Putih
Bawang putih ini amat disarankan bagi pengambilan ibu dalam tempoh berpantang. Ia bukan sahaja berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan, ia juga mempunyai khasiat dalam membanyakkan penghasilan susu badan. Bawang putih boleh diletakkan dalam makanan, atau disagat dan dicampurkan dengan susu dan sedikit madu atau gula.
2. Ikan Salmon
Ikan salmon amat baik untuk pemakanan ibu berpantang kerana kandungan DHA iaitu lemak semulajadi sihat yang amat tinggi. DHA memberi kesan yang memberangsangkan buat perkembangan saraf bayi. Susu badan juga mempunyai kandungan DHA yang tinggi.
Dengan penambahan pengambilan DHA dalam diet harian, ia dilihat dapat memberi kesan baik buat kesihatan bayi dan anak. DHA dalam salmon juga didapati dapat mengawal emosi ibu berpantang daripada terkena ‘pospartum depression’ atau lebih dikenali sebagai meroyan.
Ikan lain yang berkhasiat tinggi yang boleh diambil oleh ibu berpantang ialah ikan tuna dan tenggiri.
3. Produk Tenusu Sebagai Makanan Ibu Menyusu
Produk tenusu seperti susu, yogurt, dan keju kaya dengan vitamin D dan kalsium bagi membantu menguatkan tulang yang sedang berkembang dalam badan bayi. Namun perlu diingat, ada sesetengah bayi yang alah dengan produk tenusu. Oleh itu, cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Jika anda mengesan sebarang ketidakselesaan pada bayi setelah mengambil sebarang produk tenusu, elakkan pengambilannya buat sementara waktu.
4. Sayuran Berdaun Hijau
Sayur berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan brokoli kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C dan zat besi. Ia juga membantu ibu untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalorinya yang rendah. Di samping itu, ia merupakan alternatif baik untuk produk tenusu kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.
5. Sumber Protein Sihat
Ada yang menganggap bahawa makanan seperti ikan dan telur ‘tajam’ atau ‘bisa’ untuk ibu yang masih berpantang. Namun, pengambilan protein adalah antara yang terpenting dalam diet ibu berpantang.
Sumber protein seperti daging, telur. kerang, dan soya mampu membekalkan zat besi mencukupi untuk penghasilan darah bagi mengurangkan risiko kekurangan tenaga dan anemia iaitu kandungan sel darah merah rendah. Protein juga dapat membantu memulihkan luka bersalin dengan membaiki tisu-tisu dalam badan.
6. Bijirin Penuh
Bijirin penuh amat digalakkan untuk diambil bagi ibu berpantang yang sedang menyusu. Dengan mengambilnya pada waktu sarapan, ia mampu membekalkan tenaga secara mencukupi untuk ibu.
Ia juga kaya dengan asid folik yang penting untuk tumbesaran bayi sihat. Bijirin penuh boleh diambil dengan makan beras perang, bijirin sarapan, roti dan pasta. Selain membekalkan zat besi, serat dan vitamin penting untuk kesihatan ibu dan bayi, kandungan serat juga dapat membuatkan anda terasa kenyang lebih lama sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan selepas bersalin.
7. Kekacang Antara Makanan Ibu Menyusu
Ada yang kata, makan kekacang akan membuatkan badan ibu berpantang mudah rasa ‘angin’. Tapi sebenarnya, kekacang seperti badam, gajus dan kacang kuda amat baik untuk dijadikan snek berkhasiat dalam diet ibu berpantang.
Ini kerana ia dapat membantu dalam membanyakkan penghasilan susu badan dan merupakan sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semulajadinya yang baik untuk kesihatan.
8. Buah Oren
Oren dan buah-buahan sitrus lain yang kaya dengan vitamin C adalah makanan penting untuk ibu sedang menyusu. Malahan, ia dapat mengelakkan masalah sembelit yang cukup ‘mengerikan’ dan sentiasa dialami oleh ibu selepas bersalin. Kalau tak sempat makan buah oren, boleh minum jus oren untuk mendapatkan khasiatnya.
9. Avokado
Sering kali masalah yang sering dihadapi oleh ibu berpantang ialah sering lapar kerana perlu fokus kepada penjagaan anak. Tambahan pula, ibu sering kekurangan masa untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk diri sendiri.
Avokado ialah antara makanan terbaik bagi ibu berpantang yang sibuk kerana ia mengandungi 80% lemak berkhasiat yang dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin penting untuk kesihatan seperti vitamin B,C, E dan folat.
10. Sayuran Berwarna Merah & Jingga
Selain sayur-sayuran hijau, sayuran berwarna jingga dan merah seperti lobak merah, ubi bit dan labu juga sangat baik dijadikan makanan ibu menyusu dan berpantang kerana kandungan phytoestrogen yang tinggi. Kandungan phytoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu. Sayuran jenis ini sering dijadikan menu hidangan makanan ibu menyusu dan berpantang dalam masyarakat Cina.
11. Kurma Adalah Makanan Ibu Menyusu Terbaik!
Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat dalam kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Di samping itu, memakan kurma juga membantu ibu menyusu memulihkan tenaga setelah proses bersalin, mengurangi keletihan, serta melancarkan pencernaan.
Makanan Ringkas Tetap Berkhasiat
Dalam merancang diet harian bagi ibu berpantang, adalah penting untuk memastikan sumber makanan penuh khasiat dan mengenyangkan. Jika ibu tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan lengkap, makanan ringkas juga sudah memadai seperti sandwich, oatmeal dan sup sayuran. Jangan lupa minum air secukupnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Muhammad Jarir Umar menjadi perhatian ramai selepas Amira Othman mendedahkan inspirasi pemilihan nama unik itu ketika menghadiri kelas agama serta kaitannya dengan sejarah Islam.