Masalah keradangan kulit pada kanak-kanak antara yang sentiasa berlaku. Tak kira anak mengalami masalah ekzema atau pun tak. Kadang bila nampak anak tergaru-garu dan tak selesa ibu bapa pula susah hati.

Menurut Dr Suriyakhatun, faktor utama untuk pastikan masalah ini tak berulang dan terkawal ibu bapa kena perbetulkan corak pemakanan anak-anak. Ini penting bagi memastikan anak mendapat zat yang cukup.

Berikut antara perkongsian Dr Suriyakhatun mengenai kenapa pentingnya pemakanan yang seimbang dan berkhasiat diperkenalkan pada anak.

Pemakanan Jenis Ini Penyebab Utama Masalah Kulit Anak Gatal Dan Mudah Ekzema

“Doktor tolong rawat kulit anak saya ni kering dan gatal.” kata ibu muda berkenaan anak perempuannya yang berumur empat tahun. “Dia juga tak lalu makan. ”

Seperti biasa saya tanyakan makan minum anak dan jika masih minum susu botol.

Anak ini minum susu botol formula yang ada campuran minyak sayur gula dan pengemulsi. Dia minum enam botol sehari, setiap botol 200 ml.

IKLAN

Anak ini sudah empat tahun. Susu boleh diberikan dua gelas sehari. Pilih susu tanpa tambahan gula dan tanpa lemak sayur yang merupakan minyak berproses yang boleh mencetuskan radang.

Selera makannya kurang sebab terlalu banyak minum susu. Hentikan botol, beri dalam gelas, dia akan dengan sendirinya kurang minum susu.

Tak boleh ibu ini berkata. “Susah nak tukar susu lain dan susah nak ubah. Dia akan mengamuk dan saya tak ada masa nak pujuk dia atau ubah tabiat menyusunya. Doktor bagilah ubat dan losyen yang wajar untuk kulitnya.”

Saya bertanya lagi. Poo dia macam mana dan dia makan apa?”

” Dia tak suka nasi, dia banyak makan roti dengan peanut butter dan poo dia keras. Dia tak poo hari-hari. ”

IKLAN

Pemakanan Jenis Ini Penyebab Utama Masalah Kulit Anak Gatal Dan Mudah Ekzema

“Doktor bagi ubat ya? Saya tak boleh ubah tabiat makan dia nanti dia mengamuk.”

“Anak puan perangai dia macam mana?” Saya bertanya lagi.

” Dia kuat melawan dan cepat mengamuk serta tak boleh duduk diam.”

IKLAN

Saya mengeluh panjang. Punca kulit kering, najis keras dan perangai susah nak tangani adalah pemakanan yang tak cukup zat yang boleh diserap serta banyak pula gula dan bahan yang boleh menyebabkan gatal/ radang (susu berlebihan, tepung gandum berlebihan, gula berlebihan, kacang tanah hari-hari). Ibu pula minta penyembuhan tanpa usaha nak betulkan dari punca.

Nah ini ubatnya :

Antihistamine bila dia garu, losyen pelembab, vitamin dan prebiotik untuk tampung kekurangan makanan. Sebenarnya ini tidak ideal. Sebaiknya betulkan pemakanan. Antihistamine adalah drug dan tidak bagus untuk guna selalu atau jangka panjang.

Good luck to you mum.

Ramai juga pesakit yang nak sembuh tetapi enggan buat perubahan yang perlu untuk sembuh.

Sumber: Dr Suriyakhatun

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI