Kebanyakan ibu hamil mengalami masalah kekurangan hemoglobin (Hb) darah. Untuk mengatasinya, ada banyak jenis makanan yang boleh diamalkan dalam membantu menambah darah.
Anda perlu betul-betul jaga makan. Lebih-lebih lagi jika kurang Hb. Hal Ini penting untuk dititikberatkan kerana isu ini boleh membahayakan diri dan kandungan.
Apabila kandungan darah anda tidak mengandungi sel darah merah yang cukup, ia tidak dapat membawa oksigen bagi keperluan tisu badan anda sendiri dan pembentukan bayi.
Lebih daripada itu, ia boleh mencetuskan komplikasi serius yang lain seperti kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan dan mungkin boleh mengalami perkembangan yang lewat.
Antara simptom yang biasa ditunjukkan ibu hamil yang kekurangan Hb termasuklah pening kepala, lesu, kelihatan pucat, sesak nafas dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan. Jadi, atasi masalah anemia yang dihadapi dengan mengamalkan makanan tambah darah ini.
Ads
Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A ini merupakan makanan penambah darah yang kurang diketahui ramai. Selain daripada terkenal sebagai makanan yang membantu memperbaiki kesihatan mata, vitamin A yang ada di dalam tembikai sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Hal ini kerana ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin ‘mengikat’ oksigen.
Jambu batu
Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana kebanyakannya mengandungi vitamin C. Vitamin ini boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C dua kali lebih banyak daripada oren.
Buah-buahan kering
Jadikan kismis, kurma, prun, aprikot, buah tin dan buah kering yang lain sebagai kudapan setiap hari ketika hamil. Buah-buahan kering ini dapat membantu menambah darah kerana memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.
Ads
Sayur berdaun hijau
Sayur-sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi adalah daripada jenis berdaun hijau. Antaranya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, sawi juga ada zat besi yang boleh membantu ibu hamil mengelakkan risiko anemia.
Ikan
Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Antaranya salmon yang boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika hamil kerana ia turut mengandungi vitamin B12 untuk pembentukan sel-sel darah.
Bagi yang gemar telur ikan pula, ia juga bagus kerana mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.
Ads
Daging merah
Berbanding daging putih (ayam atau burung), daging merah daripada kambing, kerbau dan lembu lebih kaya dengan protein dan mengandung banyak zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12; asid amino, Omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.
Walau bagaimanapun, daging merah juga tinggi kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko kesihatan yang lainnya pula.
Kuning telur
Telur mengandungi protein, kalsium, vitamin dan zat besi. Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan menambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur mengukutvyang disarankan oleh pakar pemakanan.
Roti dan bijirin berserat tinggi
Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semula jadi dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah. Selain itu, roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain) juga baik untuk ibu hamil menangani masalah kekurangan Hb.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri ketika hamil. Ada yang mengalami berterusan sehingga bersalin ada yang hanya melaluinya beberapa bulan sahaja. Ia adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Malah setiap kehamilan lain-lain pengalamannya.
Aktres Wawa Zainal sedang hamil 6 bulan anak ketiga. Walau pun sedang hamil, wanita berusia 27 tahun ini tetap ligat travel bersama dengan suami, Aeril Zafrel. Mereka berdua sedang berada di Turki dan awal Ogos lalu berkunjung ke Maldives.
Ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 ini mengakui masih mengalami alahan mengandung. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin bagaimana pun melalui pengalaman yang menarik.
Kata Wawa sepanjang travel dia tidak pula mengalami sebarang muntah dan pening-pening. Ia dikhabarkan Wawa menerusi Instagram;
Anak-anak yang masih kecil bila nak dapat adik baru memang perangai ‘clingy’ lain macam. Seperti yang dikongsikan pelakon dan usahawan, Mawar Rashid tentang anak pertamanya Raden Muhammad Rafael di Instagram miliknya.
Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shahputri Wan Rashid memuat naik sekeping gambar bersama putera sulungnya yang kini semakin manja dengan mommynya.
Menurut Mawar dia dia berasa agak bimbang tidak dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu dengan sempurna selepas melahirkan anak keduanya nanti yang dijangka pada Januari depan.
Mawar dalam kapsyennya menyatakan Rafael kini semakin manja. Mawar juga bertanyakan kepada pengikutnya sama ada mempunyai pengalaman yang sama dengannya sekarang.
“Rafael ni.. makin adik dia dah nk kluar dari perut mommy, makin dia manje ngan mommy.. sampai nangis tak berhenti, nak mommy die angkat jugak.
.
“You all ade pengalaman macam ni? Macam mana bila dah ada baby baru, and time tu dua-dua anak nangis.. how to handle ya.. share please mommies,” tulisnya.
Posting Mawar mendapat respon dari pengikutnya dan ramai yang berkongsi pengalaman sama seperti Mawar.
Terdahulu Mawar dan suami, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata yang kini berusia hampir dua tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika hamil, banyak masalah yang mungkin berlaku pada si ibu. Salah satunya adalah anemia. Ia merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin.
Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang anemia. Biarpun perkongsian ini di buat sekitar tahun 2020, ia masih berguna sebagai rujukan para ibu.
Anemia adalah masalah kesihatan yang berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat atau hemoglobin. Kekurangan hemoglobin bawah paras normal menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan mengakibatkan penghidapnya berasa lemah.
Wanita, kanak-kanak dan penghidap penyakit kronik berisiko tinggi mendapat anemia. Masalah kekurangan darah ini juga boleh diwarisi dan bayi mungkin mendapatnya ketika dilahirkan. Warga emas juga berisiko tinggi mendapat anemia kerana kekurangan zat makanan dan masalah kesihatan. Malah, wanita dalam tempoh subur juga terdedah kepada anemia akibat kekurangan zat besi disebabkan kehilangan darah akibat haid, selain peningkatan permintaan bekalan darah ketika mengandung.
Bagi kebanyakan wanita mengandung pula, mereka akan rasa mudah letih, berasa tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah. Keadaan ini memang nampak normal ketika ini hingga tidak diberikan perhatian serius. Mereka menganggap ia mungkin kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.
Apabila anda mengalami anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkinan untuknya mengalami anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.
Semasa hamil badan wanita menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan badan seseorang itu. Ini kerana apabila usia kandungan semakin meningkat, isi padu darah juga bertambah dan ia menyebabkan pencairan darah berlaku.
Walaupun sel darah merah makin bertambah, penghasilan plasma darah juga bertambah dan menyebabkan keadaan yang dipanggil anemia relatif atau fisiologi. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah anemia apabila tahap kepekatan hemoglobin (g/dl) kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.
Kira-kira 75 peratus wanita hamil mengalami anemia akibat kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko wanita hamil melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi yang rendah. Wanita hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Mereka disarankan agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian.
Pemeriksaan darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sesak nafas. Selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.
Rawatan zat besi secara rutin disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka mereka disarankan mendapatkan suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital. Pemindahan darah mungkin perlu dilakukan sekiranya berlaku anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin.
Tahap hemoglobin yang perlu untuk pemindahan darah mungkin lebih rendah dalam kalangan mereka yang mempunyai anemia kronik berbanding wanita dengan masalah hemolisis akut. Hemolisis adalah keadaan apabila kemusnahan sel darah merah disebabkan kecederaan pada membran sel.
Anemia yang teruk mesti dirawat sebelum kelahiran bayi untuk mengelakkan komplikasi yang berpunca akibat pendarahan semasa kelahiran. Wanita mengandung disarankan supaya menjalani pemeriksaan mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan anak.
Masalah anemia ketika hamil boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Anemia akibat kekurangan zat besi
Ia berlaku apabila badan tidak mendapat zat besi secukupnya untuk menghasilkan hemoglobin yang diperlukan badan. Jadi, darah tidak dapat membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan. Ini masalah anemia yang paling lazim dalam kalangan wanita hamil.
2. Anemia akibat kekurangan folat
Folat adalah vitamin yang ditemui secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Ia sejenis vitamin B yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah. Ketika hamil, wanita memerlukan lebih folat, tetapi kadang kala ia tidak dapat dibekalkan melalui pemakanan. Apabila ini berlaku, badan tidak boleh menghasilkan sel darah merah normal yang cukup untuk mengangkut oksigen ke tisu badan.
Jadi inilah sebabnya wanita hamil diberikan suplemen asid folik. Kekurangan folat boleh menyebabkan kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan bayi dilahirkan tidak cukup berat.
3. Anemia akibat kekurangan vitamin B12
Badan kita memerlukan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Apabila wanita hamil tidak mendapat cukup vitamin B12 daripada pemakanannya, badannya tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang sihat dalam kuantiti diperlukan.
Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa. Namun risikonya lebih tinggi dalam keadaan seperti berikut:
1. Kehamilan kembar 2. Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah rapat 3. Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan 4. Hamil pada usia terlalu muda (remaja) 5. Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi 6. Pernah alami anemia sebelum hamil
1. Pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju
2. Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia
1. Tingkat pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, tomato, tembikai, labu, bijan, tauhu, lada benggala, kiwi dan buah-buahan kering seperti prun dan kismis
2. Ambil roti dan bijirin diperkaya zat besi, asid folik
3. Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.