Amanah Allah yang paling besar buat ibu bapa adalah mendidik anak untuk berjaya dalam hidupnya sama ada dalam pelajarannya, adab dan sahsiah serta dapat mendoakan kita apabila dah tiada nanti.
Disebabkan itulah, ramai yang berazam untuk mencorakkan hidup anak-anak sejak dari lahir hinggalah mereka besar. Percayalah melalui didikan dan contoh yang baik, anak kita akan menjadi individu yang boleh menjadi kebanggaan ibu bapa.
Baru-baru ini menerusi satu video yang telah viral menunjukkan seorang anak yang berusia 3 tahun dah boleh mengimamkan solat. Walaupun video itu sekadar suka-suka ternyata didikan dari ibu bapanya mampu membuatkan kanak-kanak ini mempunyai keyakinan tinggi.
Menurut ibunya, Nurzuhaili Shamsudin, ada cerita disebaliknya sehingga anaknya, Adam nak jadi imam setiap kali solat.
Apabila diajak berjemaah, Adam asyik nak jadi imam. Katanya, Papa baca laju. Adam tak sempat nak catch up.
Ads
Jadi, apa yang kami buat, kami akan solat dahulu. Kemudian, Papa akan berpura-pura solat sekali lagi dengan Adam. Kali ni, Adam akan jadi imam.
Buat Pelbagai Teknik Untuk Didik Anak
Ramai juga berharap untuk mendidik anak mereka agar menjadi seperti Adam suatu hari nanti.
Izinkan saya berkongsi sedikit cara saya mendidik anak-anak. Untuk makluman, saya hanya mempunyai 2 orang anak, seorang 7 tahun (Safiyya) dan seorang 3 tahun (Adam).
Ads
Sebagai ibu muda, saya banyak melakukan eksperimen semasa mendidik anak. Cuba sesuatu teknik, jika tak sesuai, saya akan ubah.
Untuk tanamkan minat membaca, setiap malam sebelum tidur, saya akan bacakan cerita kepada mereka. Kami juga selalu bermain kuiz, teka teki, membuat aktiviti ‘art’, mengemas rumah dan solat bersama-sama. Gadjet? Mereka dibenarkan bermain gadjet, tetapi bersyarat.
Sebagai ibu bekerja, masa bersama anak sangat terhad. Jadi, saya carikan guru yang bagus untuk mengajar mereka. Seawal 3 tahun, mereka telah ke tadika. Saya pilih tadika yang merangsang perkembangan anak-anak. Mereka belajar melalui bermain. Mereka belajar solat dan hafalan surah beramai-ramai. Mereka belajar adab dan bagaimana mengurus diri.
Ads
Di Tadika Volunteer Jadi Imam
Sejuk perut ibu Adam, di sekolah pun dia selalu imamkan rakan-rakannya solat berjemaah.
Ibunya turut menyatakan, Adam sangat suka untuk solat. Seolah-olah satu keseronokan buatnya. Kalau tak jadi imam pun, dia nak jadi bilal dan nak iqamatkan.
Malah doa mamanya juga adalah untuk melihat Adam membesar menjadi pemimpin yang berilmu dan beriman.
Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.
Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.
Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.
Kenapa perlu pukul anak
Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.
Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.
Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa.
Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.
Cara memukul anak menurut islam
Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.
Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.
Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.
Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.
Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.
Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang, fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan – ia satu keperluan. Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah. Jangan risau mama papa, kunci sebenar ada di rumah. Dengan bimbingan betul, anak boleh kuasai English tanpa tekanan. Ini 5 cara simple tapi power yang ibu bapa boleh buat dari sekarang.
1. Mulakan Dengan Perkataan Harian (Everyday English)
Gunakan perkataan English dalam aktiviti harian. Contoh: “Let’s wash your hands,” atau “Time to eat.” Bila anak dengar perkataan yang sama setiap hari, mereka akan tangkap maksud tanpa perlu ‘translate’. Konsisten itu kunci!
INFO MENARIK: 90% perkembangan otak berlaku sebelum usia 5 tahun. Ini masa terbaik dedahkan anak pada bahasa kedua!
2. Bacakan Buku Cerita English Setiap Hari
Tak perlu buku tebal pun. Buku kanak-kanak dengan ilustrasi ceria dan ayat pendek pun cukup. Suara mama papa pun boleh jadi alat terbaik untuk anak bina vocabulary dan faham intonasi bahasa.
INFO MENARIK: Kanak-kanak yang dibesarkan dengan pendedahan buku setiap hari akan tahu 1.4 juta lebih perkataan menjelang umur 5 tahun.
3. Guna Lagu & Video Yang Sesuai Umur
YouTube ada banyak channel bagus macam Cocomelon, Super Simple Songs atau Blippi. Lagu bantu anak ingat dengan lebih mudah. Tapi pastikan screen time dipantau, dan ibu ayah pun join sekali kalau boleh!
INFO MENARIK: Lagu bantu anak belajar bahasa 2X lebih cepat kerana rentak dan ulangan bantu otak serap info.
4. Jadikan Permainan Dalam Bahasa Inggeris
Main ‘I Spy’, teka gambar, atau buat role-play seperti main ‘grocery shopping’ dalam English. Anak akan belajar melalui keseronokan tanpa sedar mereka sebenarnya sedang ‘bersekolah’ di rumah.
INFO MENARIK: Main sambil belajar aktifkan otak anak 80% lebih tinggi berbanding belajar pasif.
5. Galakkan Anak Bercakap, Biar Salah Asalkan Cuba
Ini paling penting: Jangan kritik bila anak salah sebut atau guna grammar yang kurang betul. Sebaliknya, betulkan dengan lembut. “Oh you mean, I want to play, right?” Biar mereka rasa selamat untuk cuba.
INFO MENARIK: Anak tak akan keliru walaupun belajar 2-3 bahasa serentak. Mereka boleh bezakan bahasa ikut konteks dan siapa yang bercakap.
Tak perlu tunggu anak masuk kelas tuisyen untuk mula belajar Bahasa Inggeris. Rumah kita sendiri boleh jadi ‘mini international school’ kalau kita konsisten dan sabar. Anak kecil cepat belajar bila diberi peluang dan dorongan. Let’s make learning English fun and part of your daily life, mama papa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti bermain air atau berenang antara aktiviti yang menjadi kesukaan kanak-kanak. Sama ada di rumah ataupun ketika menginap di hotel-hotel, aktiviti dalam air adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Aktiviti sebegini dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.
Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda. Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.
Lima kebaikan berenang
Menghilangkan rasa takut pada air
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
Keseronokkan baru
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
Merangsang gerakan motor kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
Pupuk rasa berani dan yakin diri
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
Hubungan sosial
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
5 tip keselamatan semasa aktiviti bermain air atau berenang
Pastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
Pakaian yang sesuai
Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
Peralatan aktiviti air yang selamat
Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
Kedalaman air yang sesuai
Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Pemantauan orang dewasa
Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan. Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.