Hebatnya Bila Letak Cheese Dalam Bebola Keledek, Siap Ada Kentang, Confirm Anak Kenyang!

Share

Nak tarik perhatian anak makan sebenarnya tak sesusah mana. Letak saja makanan berwarna, anak mulalah buka mata. Pun begitu ibu kenalah lebih bijak, elakkan makanan yang diletakkan pewarna di dalamnya. Bahaya dan tak berapa baik untuk kesihatan anak kecil kita.

Banyak lagi cara nak meriahkan makanan anak kita dengan warna. Salah satunya adalah keledek berwarna ungu yang warnanya memang super awesome. Anak tengok saja terus mintak. Tak payah ibu nak paksa-paksa makan. Tak gitu?

Resipi yang dikongsikan oleh Mishalie Daniel ini memang unik. Bukan hanya menang pada warnanya yang cantik, bahkan resipinya pun awesome bila mana diletakkan keju di dalam bebola keledek. Alahai sedapnya rasa, lemak-lemak manis.


Double Potato Cheezy For Cik Ruby??. Makan petang merangkap dinner sekali. Dia tak suka kalau hanya kentang je, so mami combine dengan keledek maka berselera lah dia makan tanpa pengetahuan bahawa dia telah termakan kentang sekali.

Habis lah juga 3 biji. So 3 biji lagi telah selamat masuk ke mulut mami juga. Mami sertakan resepi sekali sebab sangatlah mudah untuk disediakan.

Bahan
2 biji kentang ( size kecil )
1 biji keledek
Stick cheese beqa
( potong dadu )

Cara Nak Masak:
1. Rebus/steam kedua-dua kentang sehingga empuk.
2. Dah empuk angkat dan toskan air. Bahagikan kepada 2 bahagian.
3. Lenyekkan kentang dan keledek dan bulat-bulatkan menjadi bebola seperti gambar di bawah.


4. Gabungkan 1 biji kentang dengan 1 biji keledek menjadi satu dan leperkan.
5. Sumbat cheese yang telah di potong dadu dan bulatkan kembali menjadi bebola.
6. Bakar pada suhu 160c selama 2-5minit atau sehingga cheese mencair.
7. Siap.

Nampak macam senang nak buatnya. Jom cuba!

IKLAN