Hebatnya Datin Shahida! Selain Susukan Yusof Al-Qardhawi, Usahakan Juga Susukan Anak  Angkat. Kalau Berjaya, Boleh Jadi Anak Susuan

Share

Hebatnya Datin Sri Shahida selain menyusukan Yusof Alqardawi, dia turut berusaha untuk memberikan susu ibu yang diperah kepada anak  angkatnya, Ameena & Qayyum.

USAHAKAN UNTUK BERI SEHINGGA 5 KALI KENYANG

Beliau yang berusaha memberikan susu ibu kepada angkatnya dalam usaha untuk menjadikan kedua-duanya sebagai anak susuan dengan memberikan susu ibu perahan sehingga 5 kali kenyang.

Tetapi beliau sedikit tertekan kerana ramai netizen yang kerap memintanya memberikan susu ibu kepada Qayyum & Ameena pad ahari pertama melahirkan Yusof sedangkan ketika itu ramai yang sedia susu ibu yang dihasilkan tentunya masih sedikit. Berikut ialah perkongsian beliau;

BERIKAN SUSU IBU KEPADA QAYYUM

Semalam dah try bagi sebotol susu ibu dekat Qayyum sebotol utk bg cuba dia nak ke x ? ..Nasib baik dia minum dengan seronoknya sehinggalah habis sebotol…Hari ni kita bg lagi 2 botol dan esok lagi 2 sampai cukup 5 kali kenyang.

KEMUDIAN AMEENA PULA

Lepas settle Qayyum kita settle Ameena pula sbb Ameena ni sejenis minum susu main-main….jadi susah sikit.

TERTEKAN DENGAN SIKAP NETIZEN YANG MENEKAN

Lepas ni minta jangan tanya saya soalan-soalan tentang ibu susuan lagi saya penat dah…dari hari pertama saya bersalin dah ramai netizen-netizen push terus susukan…Dia ingat apa lepas bersalin mmg keluar susu memancut-mancut mcm air terjun ke?

Ramai di kalangan follower Datin Sri Shahida memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada usaha yang dilakukan oleh beliau.

DATIN HEBAT!

KEKUATAN LUAR BIASA

JANGAN BAGI TEKANAN

SAYANG ANAK ANGKAT MACAM ANAK KANDUNG

HARAP TUNGGU HINGGA SUSU MATANG

DOAKAN BEKALAN SUSU BANYAK

Sumber: Shahida Dherbs

 

 

IKLAN