Wanita hamil kalau dah sarat dan sampai masanya memang boleh bersalin dekat mana-mana pun. Dalam sebuah laporan akhbar, satu perkongsian video memaparkan seorang wanita warga Rohingya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam sebuah kereta.
Pemilik kereta tersebut yang dikenali sebagai Mohamad Shahrir, 38 seorang pemandu Grab menceritakan pengalamannya membawa pasangan suami isteri tersebut ke hospital.
“PADA mulanya wanita itu pegang tangan suaminya, tak lama kemudian lelaki itu melompat dari tempat duduk hadapan ke belakang.
“Beberapa minit kemudian, lelaki itu memberitahu isterinya sudah bersalin,” kata Mohamad Shahrir Baharudin.
Menceritakan lebih lanjut, Mohamad Shahrir yang juga pemandu Grab sejak dua tahun lalu berkata, kejadian berlaku 8.40 pagi ketika dia membawa wanita bersama suaminya ke sebuah hospital swasta di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Penumpang Wanita Mengadu Sakit Perut
Sebelum itu, dia menerima tempahan daripada pasangan berusia lingkungan 30-an itu lalu mengambil mereka di sebuah apartmen dekat Sungai Nibong untuk dibawa ke hospital kerana wanita itu mengadu sakit perut.
“Sebaik tiba, wanita itu masuk dan baring di tempat duduk belakang manakala suaminya di hadapan.
“Ketika itu, saya lihat wanita itu pegang tangan suaminya sambil bertutur dalam loghat Rohingya menyebabkan lelaki itu segera ke belakang.
Ads
“Apabila tiba di Jalan Bukit Gambir, wanita itu tiba-tiba melahirkan bayi lelaki yang disambut suaminya.
“Dalam keadaan panik, saya melihat wajah lelaki itu pucat seperti ketakutan mungkin kerana dia rasa bersalah susulan tidak sempat tiba di hospital terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pecut Ke Hospital, Bayi Telah Selamat Dilahirkan
Menurutnya, dia segera memecut kereta untuk membawa wanita itu ke hospital berkenaan bagi mendapat rawatan sewajarnya.
“Saya segera memberitahu petugas di hospital dan mereka terus menyediakan kelengkapan untuk membawa wanita itu masuk ke dalam,” katanya.
Mohamad Shahrir berkata, ketika itu bayi terbabit tidak menangis hingga kira-kira lima minit kemudian, barulah kedengaran tangisan.
Ads
“Waktu itu, suaminya memangku anak yang masih bertali pusat namun tidak banyak darah tumpah atas kusyen kereta saya.
“Cuma saya lihat, darah itu menitis ketika dia keluar dari kereta untuk masuk ke hospital,” katanya.
Pengalaman pertama dilalui bapa dua anak itu dikongsi dalam FB dan Instagram hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Kongsi Di Media Sosial
Menerusi hantaran itu, dia menulis: “Alhamdulillah dengan izin Allah customer Rohingya beranak dalam keta aku..perjalanan dari bukit jambul ke hospital..laki dia duk depan lompat pi belakang terus sambut anak dia..beranak area bukit gambir tak berenti..mudah sangat lepas berapa minit dengaq baby nangis.
Ads
“Aku da cuba habis cepat da..laki dia kata bini baru sakit pagi ni..6112019, 8.50am baby boy rezeki apa nak mai ni..masuk keta 2 org sampai destination keluaq 3 org..alhamdullilah semua sihat elok.”
Susulan insiden itu, suami wanita terbabit mahu membayar ganti rugi kepada Mohamad Shahrir namun dia menolak.
“Secara kebetulan dia berjumpa ayah saya di masjid dekat dengan rumah dan lelaki itu mahu menghulurkan wang bagi menggantikan apa yang terjadi dalam kereta.
“Saya menolak mengambil wang itu lagi pun saya sudah mendapat bayaran daripada Grab.” katanya.
Tahniah diucapkan buat personaliti media sosial, Dr Fatin Liyana yang selamat bersalin anak ketiganya pada 20 April lalu.
Menurut kata Dr Fatin menerusi Instagramnya, due kelahiran anak ketiganya itu sepatutnya selepas hari raya. Namun si kecil ini memilih untuk bertemu ibu dan ayahnya lebih awal, iaitu seminggu sebelum raya.
Menerusi Instagramnya, Dr Fatin yang kini sedang berpantang turut berkongsi wajah si comel yang diberikan nama indah, Kayla.
“Look who’s here! Assalamualaikum anty & ankel.
“Nama saya Kayla Anwar Fazal, umur saya 8 hari. Sepatutnya saya lahir lepas raya, tapi saya rasa ada keberkatan jikalau lahir di bulan Ramadhan,” tulisnya berkongsi.
Malah menurut ibu cantik ini lagi, dia dan anaknya Kayla berada dalam keadaan baik dengan berat si comel, 3.2kg.
“Maka saya mengatur langkah untuk engaged dengan lebih awal. Saya lahir pada 20.4.2022 dengan berat 3.2kg.
“Ummi kata saya yang paling berat di antara semua siblings saya. Mohon anty & ankel doakan kesihatan Kayla ye,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, rakan-rakan selebriti dan pengikut setia Dr Fatin turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi ketiganya.
Terdahulu Dr Fatin mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Dr Anwar Fazal. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Ajda dan Nolan dan kini Kayla hadir melengkapkan bahagia pasangan ini.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jururawat menjerit, ibu trauma bila staf pembersihan hospital mengepam mangkuk tandas yang masih mengandungi bayi yang baru dilahirkan.
Seorang kakitangan hospital di Jepun melakukan kesilapan dengan mengepam (flush) bayi yang lahir di dalam mangkuk tandas pada bulan Mac lalu.
Dalam insiden yang berlaku pada 18 Mac lalu, seorang ibu berusia 36 tahun dimasukkan ke hospital di Saitama Red Cross Hospital. Namun pada keesokan harinya, dia tiba-tiba melahirkan bayinya yang berusia 14 minggu tersebut ketika duduk di atas mangkuk tandas.
Menurut suaminya yang berusia 39 tahun yang menemani pada masa itu, ibu berkenaan telah memasuki bilik bersalin. Dia bagaimana pun ingin membuang buang air kecil dan mendapat kebenaran doktor untuk menggunakan tandas.
Sejurus selepas kejadian kelahiran bayi berkenaan dan sementara menunggu tindakan selanjutnya, ibu ini telah kembali ke bilik bersalin. Ketika inilah seorang ahli kakitangan pembersihan tersilap mengepam tandas berkenaan. Tatkala terdengar bunyi flush, pasangan itu mendengar jeritan daripada kakitangan hospital.
BAYI SUDAH TIDAK BERNYAWA
Menurut hospital, bayi berkenaan telah meninggal dalam kandungan apabila denyutan jantung telah berhenti empat hari sebelum kelahiran berkenaan.
Hospital tersebut telah pun memohon maaf kepada ibu bapa bayi dan keluarganya secara bertulis. Pihak hospital juga telah mengambil langkah-langkah untuk mencegah insiden yang serupa dengan menyemak semula manual untuk kakitangan pembersihan.
Sebelum kejadian ini berlaku, pasangan suami isteri ini berharap dapat menamakan bayi yang masih melahirkan dan menyimpan gambar dan cap jari sebagai kenangan.
“Isteri saya trauma setiap kali mendengar bunyi tandas dipam Saya tidak mahu kejadian seperti ini berulang lagi,” kata suami wanita berkenaan.
Pernah tak bangun tidur kadang-kadang isteri boleh termenung, moody? Suami perlu tahu ilmu tentang isteri. Wanita, makhluk yang sangat unik dan sangat perlukan perhatian yang baik. Jadi para suami boleh ikuti perkongsian dari doktor ini.
Kenapa Perempuan Moody?
Bahaya betul kalau lelaki main kahwin je dengan perempuan tanpa tahu ilmu tentang perempuan ni. Silap haribulan boleh cerai!
Perempuan ni makhluk yang rumit. Fisiologi dan psikologi mereka sangat jauh berbeza dengan makhluk bernama lelaki. Orang lelaki kena tahu, perempuan ni kadang-kadang dia boleh jadi sedih tanpa sebab. Tiba-tiba je nak menangis sebab sedih. Bila kita tanya sedih sebab apa, dia pun tak tahu. Tepuk dahi bang!
Bukan tu je. Kadang-kadang bila bangun daripada tidur je dia boleh termenung. Bila kita tanya kenapa termenung, dia boleh cakap dia tiba-tiba rasa rindu pastu air mata dia meleleh tanpa sedar. Bila kita tanya rindu siapa, dia boleh cakap ” Entahlah “. Tepuk dahi lagi bang!
Lebih dasyat lagi akan ada waktu tertentu dalam setiap bulan, perempuan ni akan tiba-tiba bertukar mood tanpa sebab. Tiba-tiba semuanya serba tak kena. Semua yang suami dia buat tak kena di mata dia. Rasa marah, rasa cemburu, rasa nak merajuk dan bermacam rasa pelik-pelik berkumpul menjadi satu.
Masa ni lah biasanya pergaduhan besar boleh terjadi kalau si suami takde ilmu tentang fisiologi dan psikologi perempuan. Sini saya nak kongsi sikit ilmu tentang perempuan. Wahai lelaki, bila si perempuan tiba-tiba berubah mood tanpa sebab yang jelas maka percayalah dia sebenarnya sedang mengalami Pre-Menstrual Syndrome ( PMS ).
Apa tu PMS?
PMS tu satu keadaan yang mana fizikal, emosi dan perangainya boleh berubah tiba-tiba akibat daripada kitaran haidnya. PMS ni normal je. 85% perempuan kena PMS ni. Jadi jangan la bimbang ye.
Tiba-tiba mood swings, jadi stress dan berdebar tanpa sebab, naik jerawat, letih dan tak boleh fokus, payudara sakit, mengidam coklat dan ledakan emosi sebelum nak haid tu tandanya dah kena PMS la tu.
PMS ni tak bahaya tapi kena hati-hati kalau PMS tu dah jadi Premenstrual Dysphoric Disorder ( PMDD ). Tanda-tanda dah kena PMDD antaranya :
+ tiba-tiba depresi sampai rasa nak bunuh diri
+ mood swings yang sangat teruk
+ serangan panik sampai berdebar tak berhenti
+ gangguan tidur ( insomnia ) sampai mengganggu pekerjaan harian
Kalau dah sampai tahap kena PMDD ni terus jumpa doktor ye. Jangan tangguh-tangguh. Jadi tolong saya kongsi info ni pada semua suami kat Malaysia ni ye. Saya percaya suami yang memahami datang daripada suami yang ada ilmu tentang fisiologi dan psikologi pasangan hidupnya.
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.