
Bukan biasa-biasa namun inilah yang dilakukan oleh seorang bapa terhadap tujuh anak perempuan dan isterinya sepanjang bulan Ramadan ini.
Apa yang dilakukan bapa ini sememangnya harus diberikan pujian. Tak mahu anak dan isteri terlupa berapa hari yang ditinggalkan ketika puasa, bapa ini seperti yang dikongsikan oleh isterinya, Shaeriani A Hamat membuat jadual penuh sepanjang 30 hari.
Semuanya bagi menampakkan dengan jelas berapa hari kesemua anak perempuan dan isterinya meninggalkan puasa kerana haid. Jadi pastinya tiada masalah bila terlupa untuk menggantikannya kelak.

“Bila mana semua anak 7 + mama 1 perempuan, makanya kerja ayah ni bukan senang. Anak-anak tak qada puasa nanti pun ayah yang kena.
“Ala lupa la berapa hari tinggal, lima hari ke enam hari ek. Ala tak payah la ganti dulu.
“Bukan alasan untuk kita tidak gantikan puasa. Bukan alasan tak ingat berapa hari.
“Ini adalah tanggungjawab kita sebagai seorang hamba terhadap Pencipta.

“Ingat, Qiblat Solat adalah Kaabah, Qiblat Doa adalah Langit.
“Tadah la tangan seluas-luasnya ke arah qiblat memohon doa pada Allah mohon keampunan.
Mama anak 7 puteri
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
“Tengok Pun Rasa Bahagia” Nad Zainal Kongsi Gambar Suami Bersama Anak-Anak, Manjanya Dengan Ayah!

Apa yang menariknya, bukan hanya menanda dan memangkah jumlah hari haid anak-anak, bahkan turut disertakan jadual mencari malam lailatul qadar.
Amalan dan tip kedua ibu dan ayah ini sememangnya harus dipuji. Barulah dapat sama-sama mencari pahala disepanjang bulan Ramadan ini. Seharusnya kita contohi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata amalan yang dilakukan pasangan ini mendapat pujian yang bukan sedikit. Syabas!
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul. Mak Ayah Kena Layan, Jangan Cakap Nanti

“Ibu, dalam perut ibu ada adik ya? Macam mana adik nak keluar nanti?” Dulu kakak dalam perut ibu juga ke? Ibu….oooh ibu..! Jawablah!”
Perasan tak persoalan ni yang selalu ibu bapa akan hadap bila anak dah mula mencecah usia 3 tahun ke atas. Kadang soalan-soalan tu buat kita terdiam dan tiada jawapan.
Sampai satu tahap tak semena-mena kita dah warning jangan banyak tanya sehinga anak terus terdiam.

Sebenarnya anak-anak kecil bertanya kerana dorongan rasa ingin tahu yang besar dalam dirinya. terhadap sesuatu, bekalan rasa ingin tahu ini memang telah ada sejak manusia lahir. Kehebatan rasa ingin tahu inilah yang membuat bayi boleh merangkak, berjalan dan berbicara. Selanjutnya rasa ingin tahu ini akan menentukan kualiti perkembangan otak kanak-kanak. Kalau perasaan ingin tahu itu sentiasa diselaputi dengan perkataan ‘tidak boleh’ anak-anak yang bijak akan bertanya kembali “Kenapa tak boleh ibu? Kenapa?”
Kita mungkin mengira bahawa anak-anak ini masih tidak tahu apa-apa. Kebijaksanaan otak mereka tidak dapat menjangkau kefahaman alam semesta. Tidak seharusnya kita sebagai ibu bapa berfikiran begitu.
Potensi anak-anak jangan sesekali diambil remeh. Ibu bapa mesti rangsang potensi anak-anak yang sudah tentunya akan menjadi pencetus anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas.
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kenapa anak-anak suka bertanya. Di antaranya, pertama ialah anak-anak menunjukkan minat kepada peristiwa atau pandangan sekitarnya. Kedua, si kecil ini cuba mencari titik terang supaya mereka dapat memahami penjelasan yang diberikan oleh kita dan yang ketiga, kerana mereka ingin menarik perhatian.
Petanda permulaan pemikiran kritis dan kreatif ialah apabila anak-anak bertanya mengapa. Kita ibu bapa harus mempunyai beberapa ‘skil’ bila hendak melayani karenah anak-anak bijak yang selalu ingin bertanya ini.
- Sifat sabar
Ibu bapa moden kini mempunyai banyak kerja sama ada kerja pejabat atau rumah. Sehingga tiada masa untuk melayani soalan dari anak bila mereka mula bertanya. Sabarlah, berikan sedikit masa dari masa kesibukan kita untuk melayani pertanyaan minda intelek mereka.
2. Jawablah dengan benar
Pendek kata, ibu bapa harus menjawab soalan anak dengan jujur dengan memilih bahasa yang mudah mereka faham. Respons yang baik akan membantu proses berfikir dan pemahaman mereka kelak
Seperti soalan apa di dalam perut ibu tadi. Jawab sahaja dengan jujur. “Ya sayang, dalam perut ibu ada adik. Jika, sudah sembilan bulan akan keluar adik bayi. Sama seperti bila ibu mengandungkan Lin dulu. Nanti kalau kita pergi berjumpa doktor , barulah ibu tahu macam mana kita nak keluarkan adik tu ok”
3. Ajak anak untuk mencari jawapan dari pertanyaan yang sukar.
Jika persoalan itu kita kurang pasti bagaimana hendak menjawabnya, kita berkata” Hmm, ibu tak pasti apa jawapannya, mari kita tengok buku siapa tahu ada jawapannya kalau tak kita cari dalam google sahaja” atau “Esok kita jumpa atuk nanti Iman tanyalah pada atuk soalan tu ya.” atau “Haa…soalan tu kita tanya cikgu esok ok”. Dengan begitu si kecil akan belajar bahawa jika kelak menghadapi masalah, dia akan mencari orang yang boleh membantunya memecahkan masalah yang dihadapinya atau membacanya dari buku atau Internet.
4. Sediakan buku bacaan ilmu pengetahuan dan Islamik untuk anak.
Ajaklah anak melihat gambar yang menarik dan berbincang mengenai perihal gambar tersebut. Ajar mereka bertanya mengikut cara 5W dan 1H (what,when,where ,why,who dan how)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpaksa Botakkan Kepala Anak Selepas Kena Jangkitan Kulat Kucing Yang Luka

Bagi sesetengah orang memelihara haiwan peliharaan ibarat satu terapi. Tapi ada segelintirnya yang akan mengalami alahan lagi-lagi untuk anak kecil. Keadaan ini jika tak dikawal boleh memudaratkan kesihatan seisi keluarga.
Seperti perkongsian seorang ibu Egee Qaseh di Facebooknya, dia terpaksa membotakkan kepala salah seorang anak kembarnya selepas terkena jangkitan kulat kepala daripada kucing yang luka. Berkongsi lebih lanjut, anak kembarnya dipercayai bermain dengan kucing jalanan yang menumpang di rumah mereka.
Terkena penyakit kulat kepala

Ramai yang tanya kenapa den pendekkan rambut anak den. Ini jawapan dia. Ada jugak yang konpius yelah sebab haritu twin perempuan. Ni twin lelaki pulak. Si kembar Ena dan Eca ni terkena penyakit yang diberi nama RINGWORM atau KULAT KEPALA dalam bahasa mudah nak faham. Doktor dah cakap siap-siap. Virus ni memang makan masa lama nak sembuh puan. Degil virus dia. Betul-betul lama. Hampir 8 bulan sebab doktor tak tahu ubat apa yang rasi dengan virus atas kepala tu. Kena try dan error.
Kisahnya bermula bila satu hari tu den tengok kepala Eca macam botak sikit dekat tengah sebesar duit syiling 5 sen. Antara punca-punca terjadinya masalah ini seperti yang dinyatakan doktor ialah jangkitan dari kucing yang ada luka. Maksudnya kita nampak dia macam ada luka, kurap. Bukan kucing sihat ye. Tak tahu sama ada kucing tu memang dah sedia terdedah kepada virus apa dan berjangkit melalui sentuhan atau air liur kucing tu.
Anak den tak main kucing sebab ada asthma tetapi seminggu sebelum tu ada kucing jalanan menumpang di rumah sebab baru lepas beranak. Adalah satu hari tu mungkin den terlepas pandang anak-anak den main dengan kucing tu. Bergantung kepada antibody budak, tak semua budak mudah berjangkit. Ada yang okay ada yang tak. Tapi anak den mudah berjangkit dan dia tak mudah berjangkit sama-sama manusia. Cuma dari haiwan ke manusia. Wallahualam…

Mula dengan tanda kecil di kepala
Dari situlah den perasan ada tanda tu dekat kepala anak den. Kita tak cakap tak boleh bela kucing cuma kalau kucing tu ada luka ke kurap ke atau apa.. Baik elakkan anak kita pegang-pegang dia. Dan sekiranya kucing kita ada luka bawaklah pergi vet secepat yang boleh. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kalau nak cakap bab kebersihan saya dah cukup jaga dah sebab anak saya semua ada ASTHMA. Habuk ke apa ke memang alhamdulillah terjaga. Kita pun tak sangka harini dia main dengan kucing elok je. Esok main dengan kucing lain tiba-tiba jangkit pulak.
Cuma nak nasihatkan jika ada tanda-tanda seperti gambar ni segeralah dapatkan rawatan cepat sebab setiap budak tak sama. Dan Allah dah tentukan anak den nak kena. Siapalah kita nak persoalkan. Episod 8 bulan yang betul-betul menguji kesabaran kita sebagai ibu. Benda sama dok berulang-ulang. Harini baik esok dia jadi balik. Bertabahlah berdoalah. Allah maha penyembuh. Alhamdulillah sekarang ni dah sembuh dan bebas dari virus ni. Rambut pun dah tumbuh dengan jayanya. Syukur sangat-sangat.
Bulatan sebesar duit 5 sen, makin membesar

Ni Ena dan Eca. Umur 5 tahun asalnya rambut diaorang memang panjang macam inilah. Memang kalau jumpa sesiapa. Ramailah yang suka yelah. Twin gegirl rambut panjang macam tu. Bikin orang geram tapi jenuh jugaklah mak dia nak jaga rambut tu. Shampoo semua. Aduiii
Kisah bermula bulatan dia kecik jeee. Dalam 5 sen mula-mula den ingatkan takda apalah. Dia akan ok tapi dalam masa dua tiga hari bulatan itu makin membesar. Lepas tu rambut tu reput guys. Kita pegang jee dia dah tercabut. Ya Allah masa tu punyalah cuak tak tau nak buat apa. Nak fikir apa, dok fikir eh anak aku ni sakit kee. Lepas tu bawak pergi klinik doktor cek dia cakap kena jangkitan kulat kucing ni puan. Ha.. Terkedu jugak sebab macam blur. Eh bila masa anak aku main kucing. Pastu eh boleh ke berjangkit dekat manusia. Doktor sarankan gunting rambut diaorang atau baik botakkan. Den macam ya Allah. Susah nak terima hakikat nak kena botakkan kepala anak sebab masa tu rasa jangkitan tu ok. Dia takkan membesar dan akan baik sebab tu kita jumpa doktor. InsyaAllah masa ni doktor bagi ubat sapu dan dia suruh beli shampoo khas untuk kulat dekat farmasi. Nasihat saya jika anak anda ada tanda pertama macam ni bawak ke klinik pakar dan dapatkan rawatan secepat boleh.

Merah, bertompok dan bernanah
Okay ini dalam masa seminggu rambut naik tapi ring tu semakin merebak dengan jayanya. Menjadi kemerah-merahan. Bertompok-tompok kepala anak den. Macam keradangan. Dah sapu ubat klinik dah shampoo dan dah buat semua. Tapi masih tak baik. Tak rasi barangkali tapi den tetap istiqomah. Kuatkan hati yang ianya hanya sementara dan anak den akan sembuh. Walaupun dalam hati sedih tengok kepala dia macam tu sebab memamg boleh rasa gatal dia tu mcm mana.
Keadaan makin teruk den botakkan lagi kepala dia bagi licin semua. Merah-merah tu bermata dan akan jadi nanah mcm ni. Doktor cakap jangan usik jangan picit sebab keadaan akan jadi lagi teruk. Masa ni den bawak pergi jumpa pakar kanak-kanak sebab rasa macam ubat klinik tu tak rasi dgn dia. Lepas bernanah tu kepala dia akan jadi kuping0kuping. Malam-malam dia menggaru. Masa ni kita sebagai ibu.. ya Allah sedih meruntun jiwa.
Garu sampai berdarah
Kalau sapu ubat baru akan terjadi mcm ni. Berulang selama 4 bulan. Tiap2 malam depe akan menggaru2. Yelah kitapun pun kdg2 terlena. Mana nak sedar depa dok garu2. Sedar2 muka kita basah. Pergi tengok cermin rupanya penuh darah kat muka. Sebab kepala depa dok kena muka kita. Masa ni kita redha jela nak buat mcm mana. Den gerakkan depa tengah malam. Basuh pakai air garam dan sapu ubat lagi. Ini fasa yang paling sedih dalam hidup. Ujian ni berat dirasakan sebab macam takde jalan penyelesaian. Penat.

Cuba cara tradisional pulak. Sapu buih daun gelenggang campur kapur sireh. Dia jadi kering kepala at least takdelah nampak berair dan berdarah.
Ambil masa 8 bulan untuk sembuh
Masa ni hospital bagi antibiotik tapi kena makan mengikut arahan yg betul sebab banyak effect dia ok. Masa ni kepala dah makin baik rupanya dia rasi dgn ubat yg dari hospital jugak. Mana2 ubat sama samada dari pakar kanak2 atau klinik atau hospital. Cuma kita tak tahu anak kita rasi yg mana. So kena try and error, itulah doktor cakap.

Alhamdulillah masuk bulan ke 8. Rambut2 semua dah naik dgn jayanya. Maka Eca betul2 dah sembuh dari kes jangkitan kulat. Azab dia betul2 menguji hati dan kesabaran orang yg menjaganya. Nak menjawab soalan org2 sekeliling lagi. Mental kena kuat oii. Dah terjawab dah semua persoalan kenapa den membotakkan kepala anak den. Sepanjang 8 bulan ni adalah 5,6 kali den botakkan kepala dan alhamdulillah jugak sepanjang sakit kepla ni diaorg tak kena serangan asthma.

Dah lebat dah sehat rambutnya. Alhamdulillah sekarang ni baru berani bagi guna shampoo biasa. Itupun seram jugak kadang-kadang 8 bulan tu bukan sekejap nak berdepan dgn benda2 mcm ni. Hanya seorang ibu je yg boleh buat semua ini kena kuatkan semangat. Pedulikan pandangan orang teruskan usaha dan istiqomah dgn ubat2 yg doktor bagi sebab diaorg nak yg terbaik buat anak kita jugak. Jangan salahkan kucing dan jangan benci kucing sebab kucing terlalu comel untuk dibenci cuma bila kita nampak kucing tu luka. Terbiar. Hadkan anak kita sebab kita tak tahu virus apa yg ada. Kanak2-kanak antibodi dia tak kuat. Harap2 cerita den ni dapat membantu sekiranya ramai ibu bapa di luar sana hadapi perkara yg sama.
Sumber : Egee Qaseh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Mengandung Happy, Anak Pun Happy Baby” Uyaina Arshad Teruja Anak Dah 6 Bulan, Suka Kena Agah!

Ketika anak sedang membesar, ibu lah orang yang paling bahagia bila mana melihat setiap perkembangan anak. Pengacara cantik manis, Uyaina Arshad turut sama berkongsi rasa bahagia melihat perkembangan anaknya.
Si comel Raja Urhan, kesayangan Uyaina dan suaminya kini sudah pun berusia enam bulan.
Menerusi Instagramnya, Uyaina berkongsi perkembangan anaknya yang kini sudah pandai ketawa bila diagah. Malah kata Uyaina lagi, anaknya juga seorang yang ceria dan happy baby.

“MashaaAllah baby Mama @rajaurhan. Favourite word dia sekarang ni adalah ‘CAK!’
“Bila sebut je CAK, dia akan senyum sengih gelak eeee Mama geram,” cerita Uyaina.
Bukan itu sahaja, bahkan paling mengujakan kata Uyaina, anaknya kini juga sudah diberikan makanan pejal dikala usianya menginjak enam bulan.

“Dah nak masuk 6 bulan dah Raja Urhan Mama ni. Alhamdullilah such a happy baby. Dah boleh makan dah dia.
“Orang kata, kalau time mengandung kita happy, anak pun akan jadi happy baby. Yeke? Betul ke?
“Btw tengok sampai habis k, Urhan bagi ‘surprise hadiah’ kat Mama dia,” kata Uyaina lagi.

Menerusi entri yang sama, Uyaina memuat naik video terbaru Urhan yang ketawa tanpa henti kala diagah ibunya. Memang anak yang comel dan cukup menenangkan apatah lagi dikala kepenatan pulang dari bekerja.
Dalam pada itu, video yang dikongsikan Uyaina turut mendapat perhatian wargamaya. Rata-rata memuji kecomelan Raja Urhan apatah lagi wajah dan senyumannya yang redup. Comel!

Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan anak sulungnya, Raja Urhan pada 9 September 2022 yang lalu.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


