Wanita itu, sifatnya sangat unik. Allah jadikan wanita insan yang sangat kuat dan kental berhadapan dalam isu rumah tangga.

Sanggup menggadai rasa bahagia sendiri, asalkan anak-anak terus bahagia. Sanggup terus dikhianati asalkan rumah tangganya itu terus bertahan tidak roboh.

Sanggup memberi peluang demi peluang kedua, ketiga, keempat dan beratus-ratus kali kepada suami yang menganiayai. Asalkan sahaja suami sedia berubah dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Hebatnya Isteri, Sentiasa Letakkan Suami No 1, Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia

Kita yang tidak mengalaminya pasti akan mengecam. Kenapa harus berjuang mempertahankan mahligai yang dibina sedangkan anai-anai sudah lama memakan segala tiang-tiang dan juga dindingnya? Hanya menanti retak dan roboh menyembah bumi.

Sesiapa pun tidak akan memahami situasi itu melainkan puan empunya diri yang merasai dan melalui ujian getir sebegitu dalam rumahtangga.

Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh wanita-wanita besi yang diuji Allah. Wanita sebegini biasanya meletakkan kepentingan diri paling akhir berbanding yang lain.

Begitulah sikap wanita yang tampak lemah lembut penuh gemalai. Hakikatnya, mereka ini berhati kental dan sangat hebat berhadapan dengan pelbagai ujian kehidupan yang sangat dahsyat.

Perkongsian dari Puan Mawaddah MN ini cukup memberi semangat buat sahabat-sahabat yang sedang bertarung dalam ujian yang sangat getir itu melalui pengalaman-pengalaman orang-orang yang saya kasihi yang pernah melaluinya.

1. Pertama, jadikan doa itu sebagai senjata untuk berlindung. Berdoa dan memohonlah kepada Allah supaya badai yang melanda itu akan segera berakhir. Sama ada dalam keadaan selamat mahupun sebaliknya.

IKLAN

Jika berjaya diselamatkan, syukurlah. Jodoh itu masih panjang. Dan jika terpaksa meninggalkan, maka jangan terlalu berduka kerana kita tetap punya Allah yang sentiasa mengasihi dan menyayangi.

Mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah. Fokus pada doa yang dipohon. Nyatakan secara spesifik doa yang dipohon. Allah Taala pasti mendengar dan memberikan jalan keluar bagi setiap masalah yang diberi.

FirmanNya,

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina“. (QS. Ghafir: 60)

2. Buatlah keputusan berdasarkan kepentingan agama. Andai hubungan suami itu diteruskan tetapi anak-anak melihat contoh teladan yang tidak baik hampir setiap hari, maka sebaiknya ditinggalkan.

Hebatnya Isteri, Sentiasa Letakkan Suami No 1, Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia

IKLAN

Ibu mereka dibantai setiap hari. Diugut setiap hari. Dirampas segala harta yang boleh digadai. Solat dan puasa jauh sekali untuk diteladani anak-anak. Maka sedemikian itu, seharusnya dijauhi kerana situasi itu mampu membina mimpi dan igauan buruk dalam diri anak-anak. Sedikit sebanyak pasti akan memberi tempias kepada sikap dan perilaku anak-anak di masa hadapan.

Suami isteri yang bertelingkah selalu terlupa akan hal ini kerana fokus mereka adalah hubungan mereka. Hakikatnya, anak-anak melihat dan mendengar setiap hari. Terakam kisah ngeri yang pastinya sukar dipadam dari memori mereka sehingga mati. Lantas, jangan biarkan mereka terlalu lama dipaksa melalui kisah-kisah hitam ibu dan ayah mereka.

Ketahuilah, anak-anak itu ibarat kain putih. Mereka akan tercorak dengan lukisan yang ibu bapa mereka lakarkan di kain putih itu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Maksudnya:” Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi.” (HR Al-Bukhari)

3. Bersegeralah mendapatkan nasihat orang-orang terdekat yang dipercayai. Ya, dipercayai! Kerana sesungguhnya, silap percaturan mencari tempat meluah rasa dan membuat keputusan juga, akan membinasakan diri.

IKLAN

Dianjurkan agar mendapatkan bimbingan dan juga kaunseling rumah tangga di pejabat agama agar lebih terarah sudut perbincangan dan sesi konsultasi.

Saya berkongsi coretan ini di sini bukan atas kapasiti sebagai seorang yang berkredibiliti dalam urusan nikah kahwin atau perdamaian.

Hebatnya Isteri, Sentiasa Letakkan Suami No 1, Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia

Tetapi, saya kongsi kisah-kisah orang-orang yang saya sayang yang diuji ujian sehebat ini dalam rumahtangga mereka. Mereka sangat bijak melalui saat getir itu. Dan saya rasa rugi jika perkongsian mereka ini terus diperam.

Barangkali ada sahabat-sahabat pembaca yang sedang melaluinya. Semoga dapatlah memberi sedikit panduan untuk membuat keputusan.

Perceraian itu sangat tidak disukai Allah sehingga bergegar tiang arash. Tetapi, ianya tetap menjadi jalan penyelesaian yang diberi agama terhadap rumahtangga yang sudah terlalu tenat.

Semoga Allah mengurniakan sinar kebahagian kepada kita semua.

Sumber: Mawaddah MN

Kredit gambar: Google

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI