Peluk anakmu dan dirimu jika mahu kekal tenang! Ini antara yang selalu di tekankan oleh pakar psikologi. Ingat semakin kerap ibu bapa memeluk anak, anak-anak sentiasa berada dalam keadaan sihat, kurang rasa tekanan dan membesar dengan sempurna dan cepat.
Jika anda tahu dari awal, pasti anda tidak akan melepaskan momen ini. Tidak hanya terhad ketika anak kecil sahaja tetapi ia boleh diteruskan sehingga anak besar. Pelukan juga ubat buat seseorang individu sama ada dalam keadaan sedih atau rasa susah.
Seperti anak-anak yang suka jika ibu ayah menyentuh dengan cara baik melalui massage mampu menghasilkan Hormon Oxytocin dan juga Growth Factor begitu juga kita orang dewasa. Ya begitulah kuasa sentuhan kepada manusia.
Walaupun sudah dewasa, manusia dijadikan unik untuk sentiasa mahukan kasih sayang dan cinta. Kuasa sentuhan ini yang akan membentuk Neurotransmitter, Jaringan Neuron, Sel Baru dalam Hippocompus yang simpan memori anak.
Jadi lebih banyak sentuhan baik lebih bagus. No such things as Too Much Touch for the babies especially.
Dan saya percaya Kita dewasa yang menyimpan memori anak-anak itu juga masih perlu kuasa itu. Jadi pastikan anda mendapat kuasa pelukan dari yang halal. Peluk ibu, ayah, adik beradik, anak dan juga suami. Dalam keadaan sekarang ini pastikan tangan sentiasa dicuci ya.
Tak terduga dugaan yang datang apabila insan yang kita cintai akhirnya kembali kepada pencipta. Tiada siapa yang sangka, tiada siapa duga. Betulah kata pepatah, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Illahi.
Hanya yang merasa yang tahu betapa penatnya melawan perasaan rindu, sedih dan harus kuat demi anak-anak. Begitulah kisah Puan Shahida apabila suaminya dijemput Illahi ketika dia sedang berpantang anak ke empat mereka.
TEMPAT YANG SAMA, CERITANYA KINI BERBEZA
Suami saya yang juga ayah kepada kembar yang pernah viral dulu, telah pergi menghadap Ilahi semasa saya berpantang 25 hari anak ke4.
(Video yang pernah viral di page Pa&Ma suatu ketika dahulu yang dikongsi oleh Puan Shahida, gelagat arwah suami beliau melayan kerenah si kembar mendapat perhatian netizen)
Hargailah suami atau isteri selagi masih ada. Bila dia telah pergi menghadap Ilahi, tiada lagi tempat meluah perasaan berkongsi suka dan duka. Segala perihal rumahtangga, anak dan kerjaya perlu dihadapi sendiri, ditelan sendiri.
Segala penat lelah terpaksa tanggung sendiri kerana tiada lagi tempat meluah rasa hati. Bersabarlah duhai hati. InsyaAllah ada hikmah yang menanti. Baru sahaja bertukar status kepada ibu tunggal anak empat.
HANYA TINGGAL KENANGAN
Suatu ketika dahulu, di mahligai inilah tempat kami sekeluarga meluangkan masa bersama bergelak ketawa berkongsi suka dan duka.
Di sinilah juga tempat yang menjadi saksi betapa manisnya hidup berumahtangga. Dan kini, rumah ini kosong sekosong kosongnya ibarat kosongnya hati ini tanpa insan yang paling rapat di hati.
Tiada sudah kedengaran hiruk piruk suara tangisan serta gelak tawa anak-anak tatkala bergurau senda bersama Ummi Abah.
Lenyap sudah segala gelagat dan gurauan manja Abg terhadap Syg dan anak-anak. Pupus segala kekalutan dari pandangan mata, bilamana Abg dan Syg menguruskan anak-anak dari hari ke hari. Yang tinggal hanyalah potret dan video Abg untuk ditatapi buat peneman harian pengubat kerinduan.
Setiap memori di rumah ini kekal bersemadi dalam hati. Tak pernah lekang dari fikiran terpahat utuh di ingatan. Terlalu banyak untuk diceritakan. Tak perlu dirungkaikan satu demi satu. Cukuplah ia terpateri kemas dalam hati. Terlalu mahal dan tak terhitung nilainya.
Tak sempat Syg lalui hari tua bersama Abg. Terkubur impian kita untuk sama-sama tengok anak4 membesar di depan mata. Niat hatiku nak kekal lama apakan daya jodoh kita hanyalah sementara di dunia yang fana ini. Semoga dipertemukan kembali di SyurgaNya yang kekal abadi.
Begitulah adat resam kehidupan. Teruskan melangkah menyusuri perjalanan yang dirancang Tuhan.
Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin di sini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada ku lupa Yang terpahit jua termanis Semuanya bagiku terindah Kuingati buat selama-lamanya
Doa dan alFatihah tak jemu ku kirimkan buat dirimu cintaku
Allah dah ambil sedikit kebahagiaan dalam hidup saya. Terpaksa terima walau hati tak rela. Terus bangkit demi anak empat.
Cinta sampai Syurga
Kau himpunkanlah kami di JannahMu tanpa terhakis sedikit pun rasa cinta dan kasih sayang di antara kami semua
Rindu Yang Mendalam
Abg. Malam tadi Syg mimpi.
Dalam mimpi tu Syg melilau mencari Abg di celahan orang ramai. Syg perhatikan wajah seorang demi seorang. Namun hampa, wajah insan yang paling Syg rindu pada saat dan ketika ini tetap tak kunjung tiba.
Tapi Syg terus berusaha mencari dan mencari lagi tanpa mengenal erti putus asa. Merata-rata Syg berkeliaran dalam himpunan puluhan manusia.
Syg rindu nak genggam tangan Abg, cium pipi Abg. Dakap erat-erat tubuh gagah Abg tanpa melepaskan Abg sampailah di helaan nafas Syg yang terakhir.
Sehinggalah tiba suatu saat Syg tersedar dari lena. Berdegup kencang jantung ini mungkin terlalu penat lelah berlari-lari di alam mimpi, mengharap pada yang tak pasti. Syg toleh kiri dan kanan, Abg tetap jua tiada di sisi.
Sejurus itu juga Syg terhenti dari lamunan dan angan-angan. Ternyata, Abg benar-benar tiada lagi dunia ini. Bukan hanya di dalam mimpi, malah di dunia realiti. Pedih hati, sebaknya jiwa ini hanya Dia yang mengerti. Ibarat ada peluru kecil yang menembusi dada. Lukanya mungkin terlalu sukar untuk dirawati.
Benarlah. Rindu itu suatu kemanisan, sakitnya itu apabila merindui tapi tiada balasan
Mengandung dan bersalin adalah fasa yang bukanlah mudah buat seorang wanita. Ia dianggap satu pengorbanan dan tak semua bertuah melahirkan zuriat dari rahim sendiri. Namun dalam sesetengah kes, ada ibu yang sanggup melakukan perkara diluar jangkaan atas alasan tertentu.
Seperti kisah bayi perempuan ini yang ditinggalkan di kawasan tokong, nasiblah dijumpai oleh individu bertanggungjawab dan berjaya menyelamatkan nyawa si kecil ini.
Menerusi laporan Astro Awani, bayi perempuan yang baru dilahirkan itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang berjoging dan kebetulan melalui kawasan itu. Nasiblah ketika melalui jalan tersebut, bayi itu sedang menangis.
“Dengar tangisan, saya datang dekat dia senyap”
Menurut Mohd Hanif Zaini individu yang menjumpai bayi tersebut, ketika kejadian dia sedang berjoging dan terdengar satu suara seperti anak kucing.
“Pada awalnya, saya menyangka itu hanyalah anak kucing tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Selepas membuka sebuah beg yang ditinggalkan atas bangku, saya melihat terdapat seorang bayi yang dibalut dengan kain batik berada di dalamnya.
“Saya datang dekat, dia senyap, kemudian menangis lagi. Saya masuk ke dalam (kawasan tokong), saya buka beg dan tengok dalam tu ada bayi. Masa tu (cuaca) panas, jadi saya tarik dia ke sini (kawasan teduh).
Difahamkan, bayi yang seberat 3 kilogram itu ditemui di atas kerusi di hadapan sebuah tokong di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah.
Bawa balik bayi bersihkan kesan darah
Mohd Hanif menjelaskan, selepas menjumpai bayi tersebut, dia terus menghubungi dan meminta isterinya untuk membawa kereta ke lokasi berkenaan. Mereka kemudian membawa bayi ini ke rumah untuk dibersihkan sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Bawa ke hospital untuk rawatan lanjut
Namun, tidak lama selepas itu, ambulans dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah tiba di kediaman mereka dan membawa bayi berkenaan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.
KKM dalam kenyataan di Facebooknya menjelaskan, tanggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar adalah salah.
Sebenarnya sosej bukan daging sebenar tetapi sejenis makanan diproses.
Makanan ini tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser), tinggi kandungan garam (sodium & MSG) dan tinggi bahan pengawet.
Selain itu, ia boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.
Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.
Nak makan sosej tu boleh, tetapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.
Ibu bapa perlu sentiasa ingatkan anak-anak. Makanan seperti ini sedap tetapi jika terlebih boleh memudaratkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Lagi baik elak simpan stok sosej atau makanan lain yang tinggi bahan pengawet dalam peti ais untuk elakkan anak teringin untuk makan.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.