Ramai yang mengetahui bahawa bulan April merupakan bulan sambutan untuk penghidap autisme. Ini adalah bulan istimewa untuk meraikan mereka semua kerana mereka juga berharga! Autisme spectrum disorder merupakan satu keadaan di mana seseorang itu mengalami gangguan pada sistem sarafnya dan mempengaruhi perilakunya sehari-hari atau yang disebut juga dengan neurobehaviour.
Bagaimana Nak Tahu Simptom Autisme?
Tanda untuk mengenal pasti jika anak menghidap autisme biasanya dapat dilihat ketika tahun ketiga kelahiran mereka. Biasanya penghidap autisme akan mempunyai masalah dengan interaksi sosial mereka dan boleh menyebabkan gangguan perilaku. Anak autisme cenderung untuk melakukan sesuatu perkara berulang-ulang seperti melompat, menggenggam dan membuka tangan dan sebagainya. Mereka juga merasa tidak selesa berada di tempat yang ramai orang atau terlalu bising.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Berdasarkan data yang dikumpul oleh WHO, autisme terjadi pada 1 daripada 160 anak di seluruh dunia. Anak autisme memerlukan perhatian bukan sahaja untuk perkembangan minda serta tumbesarannya tetapi juga tahap kesihatan mereka. Oleh itu, pengambilan vitamin untuk menjaga sistem imunitinya sangat digalakkan.
Karya Seni Terapi Terbaik Untuk Anak Autisme
Salah satu cara anak-anak autisme berkomunikasi dengan orang lain adalah melalui kerja seni mereka. Melalui seni, mereka dapat menzahirkan setiap emosi dan perasaan mereka dengan berkesan. Jangan tak tahu, potensi anak autisme sangat tinggi dalam kerja seni. Mereka sangat kreatif dan berbakat besar!
Terapi seni adalah komunikasi yang baik untuk anak-anak autisme di bawah Program Terapi Seni NASOM. Yang menariknya, karya seni anak-anak ini ditunjukkan kepada orang ramai melalui pameran di laman web rasmi dbhealth2go
Jom, kenali Champs!
Ads
Champs, jenama vitamin pilihan No.1 rakyat Malaysia telah berada di pasaran lebih dari 40 tahun ini menawarkan. Champs menawarkan rangkaian produk suplemen dengan gred pharma yang mensasarkan pelbagai jenis kumpulan umur dan merupakan vitamin kanak-kanak pertama di Malaysia yang mendapat sijil halalnya.
Champs Vitamin C juga merupakan jenama pertama yang menawarkan Vitamin C dalam format tablet berbuih bagi menggalakkan penyerapan yang terbaik untuk menguatkan fungsi imuniti. Dengan formula aksi berganda, ia mengandungi 250mg Vitamin C dan turut diformulasikan bersama zink yang disarankan untuk kanak-kanak berusia empat tahun. Ia juga disarankan untuk diambil setiap hari untuk perlindungan terbaik!
Tahun ini, Champs meneruskan sokongan terhadap NASOM dengan beberapa rangkaian kempen termasuklah pengumpulan dana melalui pek promo rangkaian Champs Vitamin C. Dengan setiap pembelian pek promo yang dijual bermula April-Jun 2022, RM1.00 akan disumbangkan kepada NASOM.
Dapatkan pek promosi sekarang di farmasi Healthlane atau laman sesawang Healthlane yang merupakan rakan jualan untuk Kempen Kasihi Autisme Bersama Champs 2022.
Ads
Antara pelukis yang terlibat dengan kempen ini adalah Ashley Chuah yang dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau terinspirasi untuk terlibat dalam bidang ini apabila melihat dua orang abangnya yang dikurniakan dengan bakat seni. Ashley bermula dengan kerja seni cat tumpah dan corak abstrak yang dihasilkannya. Melalui hasil seninya, Ashley mahu menceritakan tentang kebebasan, keamanan dan rasa cinta.
Pelukis berbakat besar ini menyokong kempen Champs-NASOM dengan mendermakan 50 peratus dari hasil jualan kerja seninya kepada mereka. Bagi anda yang mahu melihat hasil seni Ashley, boleh lihat di laman Instagram wildwildash
Ads
Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang Champs dan kempen ini boleh layari;
Ayuh, berikan sokongan kepada anak-anak autisme berbakat ini dan beri sumbangan kepada mereka kerana lebih dari 200 hasil kerja seni boleh dibeli mulai 1 April 2022 yang lalu sehingga 1 Jun 2022. Kesemua hasil kutipan ini akan diberikan terus kepada NASOM untuk memperbaiki kualiti kehidupan penghidap autisme dan keluarga melalui program, perkhidmatan, ilmu pengetahuan dan inovasi sosial serta banyak lagi!
Pada Ogos lalu, pelawak Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Setelah empat bulan proses itu dilakukan, baru-baru ini, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkongsi isterinya akan melalui proses terpenting dalam IVF iaitu memasukan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
Namun dalam perkongsian itu, pasangan ini berserah kepada ketentuan Allah. Jika berjaya alhamdulillah namun seandainya gagal mereka perlu reda dan bersyukur dengan apa saja yang dah ditentukan.
Menerusi satu hantaran video terbaru di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Video itu memaparkan Achey sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Di komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.
“Kakak doakan mama ye..”
Sementara itu, di instagram Anne pula, dia berkongsi paparan video yang melihatkan anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah menangis setelah mendapat tahu keputusan mamanya tak berjaya. Walaupun masih kecil, Tiara seolah-olah faham apa yang berlaku.
Lagi bertambah sebak, melihat Anne yang memujuk Tiara sambil mengalir air mata dan meminta anaknya mendoakan agar Allah berikan rezeki baby lagi pada masa akan datang.
“Kakak nak kawan baby..sambil memeluk mamanya.”
Allah dah aturkan yang terbaik
Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Achey Bocey & Anne Achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aishah Hijanah, penceramah yang terkenal di media sosial baru sahaja bergelar seorang ibu pada Januari tahun ini dan kini anaknya berusia 5 bulan setelah menanti bertahun lamanya.
Aishah yang berusia 23 tahun mendirikan rumah tangga sejak tahun 2017. 4 tahun menanti dan kisah pengalaman pertama kali mempunyai anak di kongsi dalam Anugerah Pa&Ma Gala Moms diinspirasikan bersama Cetaphil secara eksklusif.
“Masa Aisyah baru kahwin dulu, dalam beberapa bulan macam tu dah ada yang tanya “Aisyah dah ada isi ke? dah mengandung ke?” Lepastu Aisyah macam “Boleh sabar tak” hahaha… Waktu tu memang stress sebab orang asyik tanya je. Tapi bila kita dah ada anak, Aisyah mula fikir yang orang sekeliling taya bukan sebab nak jatuhkan kita, tapi dia tak ada topik nak berbual.”
Bercerita kepada Hos Pa&Ma Gala Moms, Dr Say, Aishah mengakui bukan mudah nak melahirkan anak pertama lebih-lebih lagi tiada pengalaman dan ilmu yang cukup.
“Aisyah first time mommy, masa baby tu keluar. Aisyah tak pandai nak push jadi saya tersilap. Masa proses bersalin, anak asyik keluar masuk, keluar masuk sebab kita tak ada ilmu masa tu. Bila anak keluar tu kepala dia panjang senget ke kanan. Aisyah macam..kejap anak aku ni kenapa ea?”
“Bila dia dah tidur, baring kepala dia dah kembali dalam bentuk asal. So ibu-ibu yang bakal bersalin, bakal daddy belajar lah bagaimana cara untuk kita nak teran bayi dan sememangnya bila anak tu keluar kita sangat-sangat happylah. Sebab Alhamdulillah kita dah ada a new family members. Lepas ni kita dah kena lain, dah ada tanggungjawab yang lebih besar. Best sangat bila kita tengok anak kita first time masa dia keluar tu memang sangat terharulah.”
Peranan suami sangat penting dalam menjaga emosi dan fizikal isteri ketika tempoh berpantang dan Aisyah mengakui suamilah orang yang paling banyak membantu ketika dia berpantang.
“Syukur sangat suami Aisyah, Alif sangat-sangat memahami lagipun dia ada pengalaman dalam menjaga anak buah dia. Waktu Aisyah berpantang tu, waktu malam tu kebanyakkan memang suami yang bangun dodoikan anak, bagi susu. Kalau anak banyak nangis Alif yang akan jaga, Aisyah cuma relaks je.”
“Masa mengandung pulak, cerita pengalaman masa mengandung.. memang Aisyah ada muntah yang teruk sampai dia menekan-nekan dalam perut. Sampai muntah hijau kuning tau. Sangat-sangat sakit. Sampai hujung 4 bulan la”
Bila dah ada anak, kita nak yang terbaik untuk anak. Semoga anak Aisyah boleh jadi apa yang dia nak. Aisyah nak biar dia pilih sendiri supaya dia happy dan tenang suatu hari nanti.
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung Aisyah Hijanah sebagai penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil boleh saksikan video di atas.
__________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka di sini, pada Ahad.
Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.
Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu.
“Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan kegembiraan lima beranak berkelah di pantai bertukar duka selepas dua daripada mereka termasuk bayi berusia setahun lima bulan cedera dihempap sebatang pokok ru di Pantai Puteri, Tanjung Kling.
Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mengakibatkan seorang bayi lelaki dan ibunya dihempap pokok yang tumbang
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.