Melancong bersama keluarga memang menyeronokkan. Apa yang dilakukan oleh Rita Sosilawati ini boleh dijadikan panduan.  Melancong ke US bersama 4 anak kecil dengan hanya dibantu suami adalah sesuatu yang hebat!

Rita Sosilawati atau Erni Dekritawati Yuliana ialah usahawan wanita yang dikenali ramai ini bukan sahaja tangkas dalam bidang perniagaan, tapi turut cekap menguruskan anak & keluarga.

Beliau turut berkongsi beberapa tips tentang trip melancong bersama anak kecil yang sangat praktikal dan boleh digunakan oleh ibu bapa lain.

Hebatnya Rita Sosilawati! Bawa 4 Anak Kecil Tanpa Helper Melancong Ke US Guna 8 Tips ini

Berikut ialah perkongsian beliau;

#1: BERGILIR-GILIR TIDUR 

Kata Rita bagi perjalanan jauh yang meletihkan, ibu bapa perlu tidur apabila anak-anak tidur. Ini untuk memastikan ibu bapa mendapat cukup rehat.

#2: MEMBAWA STROLLER UNTUK SETIAP ANAK

IKLAN

Dalam 1 posting, kelihatan semua anak Rita duduk di stroller. Ini bermakna beliau menyediakan stroller untuk anak-anak. Ada stroller biasa dan ada twin stroller untuk keempat-empat anaknya.

#3: AMBIL PERJALANAN MALAM

Kata Rita, perjalanan waktu malam menjadi pilihan dan dia sebolehnya tidak memberikan anak nap (tidur siang) pada hari berlepas supaya anak-anak akan tidur dengan mudah di dalam flight. Berikan susu 2 minit sebelum take off untuk elak telinga anak berdengung/ berdesing.

View this post on Instagram

This time around pergi holiday with no helper and maid … so mmg kami husband and wife kena selalu bertukar servis… Yg penting jgn berkira dalam jaga anak…Itu yg kadang-kadang atas Sbb yg kecik punca gaduh suami Isteri ….so apa yg penting kerjasama? . . . Tips lagi Kalau travel dgn anak… saya Akan cari flight belah malam…dan hari nak fly tu jgn bagi anak tido waktu siang…time inilah Bg dia jer main apa yg dia nak.. Bg dia letih betul2… naik jer flight terus sumbat botol susu… terus tido!!! Confirmed… Itu Kalau anak I lar… Yg terbaik Bg anak susu masa 2 min sebelum take off nak elakkan Telinga dia berdengung/ berdesing so Itu jer tips saya hari ini.. . . Kalau nak saya share tips lagi…komen “nak” … Kalau tak byk comment saya tak buat dah … #krfamilyholiday #momfluencer

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on

#4: MENYEWA KENDERAAN BESAR DAN SELESA UNTUK ANAK & BARANGAN 

IKLAN

Rita menyewa kenderaan 12 tempat duduk bagi memastikan anak-anak selesa dan semua barangan dapat dibawa dengan baik.

#5: TIP ANAK DISENGAT OBOR-OBOR

Rita turut berkongsi tip apabila anaknya disengat obor-obor. Antara tipsnya ialah mencurahkan cuka pada bahagian yang disengat dan membiarkannya 10-15 minit. Dapatkan bantuan safeguard berdekatan.

View this post on Instagram

Sampai jer Miami wajib pergi beach … so cerita dia raees kena gigit dgn “jelly fish” habis bengkak buntut dia … Yg penting mummy tak panic! Sbb dia dah pernah kena before this masa Mandi laut. Tips: first jgn panic.. orang yg kena jelly fish Dia akan rasa mcm kena sengat and tempat tu membengkak dan gatal… Dia akan nampak kulit dia mcm timbul gerutu.. So apa kena buat? Pergi cari cuka .. selalunya tepi pantai ada safeguard boleh mintak dgn diaorg.. simbah dekat tempat yg kena gigit.. biar kan selama 10minit -15min pantang dia jgn kena air langsung bila dah dilumur cuka.. . . Kalau cuka takde Guna air kencing…nie petua yg I dapat dari safeguard tau!! Ini Kalau keadaan terdesak ok.. . . Between raees selamat… and alhamdulillah Sambung main Kat tepi pantai. Sekian till next tips. #krfamilyholiday #momfluencer

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on

#6: PASTIKAN ANAK SENTIASA TERHIDRAT

IKLAN

RIta memastikan diri dan ahli keluarga minum banyak air semasa untuk mengelakkan badan kurang air.

#7: KENA ADA MAKANAN UNTUK BAYI

Bagi anaknya yang masih bayi, Rita sentiasa menyediakan buah-buahan  seperti pisang dan tembikai atau makanan lembut seperti roti. Sediakan 1 beg untuk membawa makanan khas untuk anak-anak.

View this post on Instagram

Street art with kids , Wynwood art district, Miami . . Tips: bila Kita travel air kosong/mineral sgt penting Sbb dehydration… kadang-kadang Kita tak perasan… tanda-tandanya bila bibir kering and kulit kering so drinks a lot of water… the baby pun I dah kasi minum air… Sbb dia minum susu badan double time dari malaysia .. so kadang2 boleh jadi stress bila dia minta susu … so I divert from milk to food . . . What I do : I selalu sediakan fruit like banana / tembikai or baby snack utk baby makan… Yg penting Lembut Senang nak kunyah .. and in the same time I akan bawak bread… in case tertiber dia lapar.. so the food supply jgn kurang okay.. lagi-lagi sejuk perut mmg asyik lapar jer ? it’s same to my other kiddos. And Kalau nak diikutkan mmg akan Ada satu bag makanan jer pergi mana… I dah rasa mcm doraemon mintak jer apa-apa mesti ada ??? #krfamilyholiday #momfluencer

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on

#8: SENTIASA BAWA PAKAIAN EKSTRA UNTUK ANAK

Bawa pakaian ekstra untuk anak-anak sebagai persediaan sekiranya hujan dan sebagainya.

Sumber: rita_sosilawati

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI