Bukan mudah jika anda bergelar seorang isteri dan ibu. Anda yang bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis.
Untuk kita mengendalikan segala kerja rumah, menyiapkan keperluan suami dan anak-anak apatah lagi jika perlu ke pejabat untuk bekerja bukannya mudah. Tuntutan ini sangat berat dan ada kalanya pasti membuatkan diri tertekan keranan bebanan kerja yang tidak pernah habis.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di dalam ceramahnya, dengan mengamalkan bacaan zikir Fatimah dapat membantu mengurangkan kepenatan wanita bergelar ibu dan isteri dalam menguruskan rumah tangga.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
Selain mengeluh, mungkin ada wanita akan memperuntukkan masa untuk diri sendiri bagi menghilangkan stres dan keletihan yang dialami dengan memanjakan diri di spa, pergi berurut, bercuti atau keluar bersiar-siar bersama teman.
Namun, tanpa kita sedari sebenarnya dalam Islam telah ada penawar segala kepenatan ini seperti diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.
Ads
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.
Kemudian Baginda bersabda:“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Ads
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
Menariknya, bacaan zikir ini boleh dibuat dengan anak-anak sebelum masuk tidur. Kumpulkan mereka beramai-ramai sambil membaca zikir ini bersama ayat 3 Qul dan ayat Kursi. Kemudian jadikan amalan untuk saling meminta maaf dan bersalaman sebelum tidur.
Tonton video ini;
Ya benar, menjadi seorang ibu tidak mudah. Tetapi dengan mengamalkan zikir sebegini sangat baik untuk menyembuhkan emosi yang kepenatan dengan tekanan. Jika selalu marah-marah pun tak dapat apa, jadi dengan zikir begini hati senang, tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu juga boleh dibuat dengan lebih baik. Selamat mencuba!
Biar segarang manapun seorang ibu, anak-anak tetap akan manja dengannya. Ada satu aura pada ibu yang membuatkan anak-anak lebih mudah mendengar kata dan selesa dengan ibu mereka. Bukanlah mereka tidak sayangkan si ayah, tetapi dengan ibu ni ada satu connection yang lebih kuat terutamanya anak lelaki.
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
Sebab itulah, walaupun ibu kuat berleter dan sebagainya, anak-anak tak pernah bosan. Tetap buat perangai yang sama supaya ibu dapat membebel kepaa mereka.
Sayang sekali jika ibu menggunakan ton suara yang kuat atau suka bercakap bahasa kesat dengan anak-anak. Ia bukan saja membuatkan mereka menjadi anak yang tidak pandai menghormati orang tetapi mempengaruhi tumbesaran mereka.
Sebagai ibu, gunakanlah bahasa yang baik ketika bercakap dengan anak-anak. Dengan cara ini, ia dapat membentuk peribadi anak serta membuatkan mereka lebih yakin dengan diri sendiri.
Melalui perkongsian En Mohd Fhais Salim, sangat penting untuk ibu menjaga pertuturan serta cara bercakap dengan anak. Tambahnya lagi, apa saja yang ibu katakan pada anak biasanya dari hati dan memberi kesan kepada mereka. Ikuti perkongsian lanjut dari bapa ini.
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
Sayangnya ibu tak rendahkan suara dengan anak
1 – Walau anak macam tak dengar apa ibu kata tapi sebenarnya suara ibu la yang paling anak akan ingat berbanding ayah 2 – Walau anak macam tak takut apa ibu kata tapi sebenarnya suara ibu la yang paling beri impak besar pada emosi berbanding ayah 3 – Walau anak macam tak endah apa ibu nasihatkan tapi sebenarnya nasihat ibu la yang paling dekat di hati berbanding ayah. Sesungguhnya, kata-kata seorang ibu datangnya dari hati.
Apa sahaja yang datang dari hati akan senang melekat di hati anak anak. Patut la jika di tanya pada anak siapa mereka lebih sayang. Ramai yang menjawab ibu dahulu, kemudian baru ayah.
Tapi sayang.. Jika ibu tidak menjaga tutur kata, tidak menjaga nada suara, tidak berhati-hati dalam meluah. Sungguh dalam efeknya, boleh terkoyak hati anak anak.
Tiada kata yang lebih tajam dari kata-kata seorang ibu pada anaknya. Pelihara mulut, insyaAllah hati anak pun terpelihara sama.
Wallahu A’lam.
Sebaik-baiknya sebagai seorang ibu, pilihlah perkataan yang baik ketika bercakap dengan anak. Apa yang keluar dari mulut ibu umpama satu doa. Jika baik yang kita ungkapkan, maka eloklah pada anak kita. Anak-anak sangat menghormati dan menghargai ibunya, jadi jangan calarkan rasa kasih mereka terhadap kita dengan kata makian.
Perancangan sebuah keluar untuk pulang ke Malaysia bertukar mimpi ngeri apabila Polis United Kingdom telah melakukan serbuan di rumah Puan Nabilah atas pertuduhan pulang ke Malaysia untuk sunatkan anaknya Yushaira (4 Bulan).
Beberapa jam sebelum pulang ke Malaysia, polis UK yang melakukan serbuan telah merampas kedua-dua anaknya dan sehingga kini beliau masih belum tahu status anaknya. Kakak beliau, Wan Sarah telah memuatnaik posting ini di facebook untuk meminta rakyat Malaysia mendoakan keselamatan keluarga adiknya.
Doakan Untuk Kami
Assalamualaikum, saya wakil dari family saya nak mohon sesiapa yang baca ni doakan untuk kami.
Rumah Di Rush, Polis UK Tuduh Nabila Nak Balik Malaysia Sunatkan Yushaira (4 Bulan)
Adik saya Nabilah dan family dia sepatutnya balik ke Malaysia malam ni. Tapi malam tadi (pukul 4 petang waktu UK) polis sana datang buat rush kat rumah dorg, tuduh Nabila nanti balik Malaysia nak sunatkan Yushaira (Anak No.2 yang baru 4 bulan).
Anak-anak tu terus dibawa macamtu je, sampai sekarang Nabila masih tak tahu keadaan anak-anak dia, mana diaorang tinggal, dengan siapa dia tinggal. Hati mak mana yang senag? Hampir 24 jam dah ni
Dua-dua anak eczema
Dah lah dua-dua anak dia tu ada eczema, banyak tak boleh makan itu ini. Yang Yushaira masih fully Breastfeed. Mohon semua doakan ya.
Terima kasih yg sudi nak share, doakan kami, bagi contact numbers yg boleh tolong and mcm2 lagi. Ramai yg Whatsapp/DM Sara, maaf kerja malam. Tak dpt nak reply satu2.
Sekarang Makin Susah Nak Contact Nabila
Apa yg kami tau skrg nabilah masih tak dpt anak2 dia lagi. Skrg makin susah nak contact dia sbb polis dah ambil handphone dia & suami for their investigations. Harap2 cepat la pulangkan semua tu. Dah la satu2 ambil nya pun.
Kami yang kat sini masih terus usaha mana yg boleh. Selebihnya kita semua doa ye.
Selepas empat hari di rawat di hospital swasta kerana tidak sedarkan di rumah pengasuh di Bandar Puchong Jaya, Serdang, akhirnya bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan telah meninggal dunia akibat pendarahan di kepala.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata mangsa dikejarkan ke hospital selepas ibu dan bapa mangsa dihubungi pengasuh berusia 40 tahun memaklumkan bayi mereka tidak sedarkan diri kira-kira 12 tengah hari, Selasa lepas.
Bergantung pada mesin bantuan pernafasan
Menurutnya, pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan mengesyaki terdapat unsur dera.
“Siasatan lanjut mendapati mangsa disahkan kematian otak dan bergantung pada mesin bantuan pernafasan sahaja sebelum disahkan meninggal dunia pada 3.19 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Kesan jatuh dari tempat tinggi
Ismadi berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang pada 1.40 tengah hari tadi mendapati punca kematian adalah pendarahan di kepala mangsa kesan jatuh dari tempat tinggi.
Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa terjatuh dua kali iaitu di rumahnya sendiri dan rumah pengasuh, namun tiada unsur penderaan berlaku.
Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!