Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak-anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu-cucu mereka yang lain? Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut.
Anak tercalar emosi kerana favoritism
Ada di antara kita memang punyai favorite di antara anak-anak atau cucu-cucu kita. Mungkin kerana personalitinya atau sikapnya atau apa-apa sahaja.
Namun, adalah amat penting kita berkelakuan adil dengan yang lain. Jangan kita menampakkan favoritism itu melampau.
Bila kita terlampau melayan mesra yang favorite itu dan yang tidak diperlakukan bagaikan tidak dipedulikan, ia akan mencalarkan hati yang bukan favorite itu. Kita mungkin rasa ok sekarang. Namun, ketahuilah, ianya tidak akan ok nanti.
Tentu amat sedih jika anak-anak atau cucu-cucu kita melihat favoritism diamalkan di dalam keluarga kita.
Oleh itu sayang Ibu, jika ini berlaku didalam keluarga mu, anak yg tidak ‘difeveretkan’ itu, selalu ingatkan pada mereka bahawa anda sayang mereka dan sayang yg amat sgt.
Jika mereka mengadu sedih, ajak mereka merasakan sayang Allah dan ajar mereka berdoa dan memaafkan orang yang mencalarkan emosi mereka.
Keredaan (redhaan) mendekatkan diri kita kepada Allah dan kita tidak hilang diri kerana kemarahan.
Sesiapa yang telah melalui favoritism yg menyedihkan diri, I would like to give you a virtual hugs. Just know that “You Are Enough and You Are Loved” Allah loves you!
Botol susu adalah peralatan yang sering digunakan untuk bayi dan kanak-kanak kecil menikmati susu sama ada susu ibu perahan atau susu formula. Ibu bapa perlu peka, pengendalian botol susu dan cara bancuh susu yang salah boleh mengundang mudarat kepada anak.
Sering kali perkara ini tidak dititik beratkan oleh ibu bapa atau penjaga bayi dan kanak-kanak. Ia dipandang remeh tanpa mengetahui perkara yang ringkas sebegini boleh menjadi punca masalah kesihatan anak!
Jururawat Bel Nawhen telah berkongsi tentang perkara ini. Perkongsian ini sama sekali tidak bertujuan untuk menggalakkan pemberikan susu formula dan menidakkan penyusuan susu ibu. Ia adalah sekadar perkongsian panduan oleh beliau.
BANCUH SUSU FORMULA ANAK:
Anda harus ingat.
Info tambahan:
#1 KERAP MENCUCI PUTING BOTOL SUSU ANAK
Semasa mencuci puting susu , anda perlu bersihkan ia dengan span lembut supaya ia tidak mengoyakkan puting. Pastikan setiap sudut dicapai hingga ke hujung puting susu. Asingkan setiap bahagian dan komponen botol susu.
#2 ELAK BIARKAN SISA SUSU TIDAK HABIS BERLAMA-LAMA DIDALAM BOTOL
Sisa susu perlu terus dibuang kerana ia boleh menjadi medium pembiakan kuman dan bakteria, menjadi basi dan menimbulkan bau yang kurang enak. Ini secara automatik akan menyebabkan kebersihan botol susu menjadi terganggu.
#3 PASTIKAN BOTOL SUSU SENTIASA KERING
JANGAN simpan ia terus dalam keadaan basah dan tertutup, botol yang basah dan tidak kering dengan sempurna serta dibiarkan tertutup akan menjadi perumah kepada bakteria dan kuman. Segera keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di tempat rak yang dikhaskan bagi mengeringkan botol dan puting.
#4 STERILKAN BOTOL DAN PUTING SECARA BERKALA
#5 GUNA CECAIR PEMBERSIH BOTOL
Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul dan berus yang betul. Bukannya menggunakan cairan pencuci pinggan mangkuk dan mencampur span cuci pinggan. Pastikan botol dibilas sempurna.
#6 MESTI ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 BIJI BOTOL
Pastikan anda mempunyai lebih dari tiga botol susu untuk anak. Minimum dicadangkan adalah 5-8. Lagi banyak botol susu, lagi peluang jagaan botol boleh ditingkatkan. Bertukar-tukar botol susu boleh membenarkan botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.
#7 PASTIKAN IA TIDAK ROSAK
Buang botol dan puting jika kelihatan merekah, koyak, pecah kerana bakteria mampu kekal hidup dan membiak dipermukaan yang telah rosak dan mamlu bertahan dengan lama.
#8 PERLU DITUKAR
Tukar botol sekurang-kurang setiap 3bulan-6bulan sekali atau sekurang-kurang apabila botol telah berubah warna, kelihatan kekuningan dan bercalar sana sini.
Justeru, jika anak yang mengambil susu formula menggunakan botol susu mengalami cirit birit, perhatikan cara pengendalian botol susu dan puting sebelum melihat kepada faktor penyumbang yang lain.
Masih ada yang melakukan kesalahan dalam menyediakan susu formula untuk anak. Ingat, susu perlu dibancuh ikut sukatan yang betul seperti arahan pada tin.
Nota kaki:
Post ini bukan menggalakkan penyusuan susu formula kepada bayi tetapi lebih kepada pemberian info bancuhan yang betul.
Seolah-olah Ardy faham yang orang rakam wajahnya. Dia juga cukup sporting dan sentiasa beri mimik muka dan posing yang comel tiap kali di rakam lensa kamera.
Asyik meleleh je air liur ni? Mesti masa ibunya mengandung dulu tak sempat nak makan apa yang dia nak. Pernah dengar kan dialog macam ni. Sebenarnya tak ada kena mengena pun dengan ibu mengidam masa hamil dengan air liur bayi meleleh.
Ada beberapa sebab yang membuatkan si kecil seperti ini tetapi apabila memasuki usia setahun air liur meleleh itu akan terhenti sendiri.
Ibu bapa kena faham setiap anak adalah berbeza. Mereka berbeza dari pelbagai aspek termasuklah dari segi fizikal, tahap perkembangan, cara belajar, minat dan juga ragam.
Antara perkara yang sering menjadi tanda tanya ibu bapa adalah mengapa anak gemar memasukkan barang yang dijumpai ke dalam mulut dan mengapa air liur anak sering meleleh.
Ikuti perkongsian seorang ‘Occupational Therapist’ (OT), iaitu Puan Mahfuzah Zainol tentang cara-cara mengatasi masalah anak yang gemar memasukkan barang ke dalam mulut dan mengurangkan atau menghentikan lelehan air liur anak.
‘ORAL SENSORY SEEKING BEHAVIOUR’
Dalam perkembangan kanak-kanak atau ‘developmental milestone’, ‘oral sensory seeking behaviour’ ini pada kebiasaannya dapat dilihat pada usia anak di bawah 1 tahun, iaitu apabila anak sering memasukkan barang ke dalam mulutnya atau sering melelehkan air liur.
Jika perkara ini masih berlaku selepas anak melewati umur 1 tahun, kemungkinan terdapat isu ‘sensory craving’ atau ‘sensory seeking’ pada bahagian oral atau mulut anak.
Dalam usaha menangani kedua-dua isu ini, ibu bapa boleh mempraktikkan 4 teknik berikut untuk mengurangkan dan seterusnya mengatasi kedua-dua perkara tersebut daripada terus berlaku.
1. TEKNIK ‘ORAL MOTOR STIMULATION’
‘Oral motor stimulation’ ini menggunakan kaedah ‘mouth tapping and pressing’ di sekitar mulut dan pipi anak.
Objektif teknik ini adalah untuk memberi ‘sense of tactile input’ (sentuhan dan ‘touch pressure’) di sekitar kawasan itu.
Teknik ‘oral motor stimulation’ ini sangat sesuai juga untuk kanak-kanak yang mengalami masalah ‘drooling’ atau meleleh air liur (kerana tidak menelan air liur tersebut).
Ia turut berkesan membantu bayi pra matang (seperti anak pertama Puan Mahfuzah) untuk menghisap susu terus dari badan. Cuma teknik ini perlu kerap dipraktikkan.
2. GUNA ‘TEETHER’
Salah satu cara untuk menangani masalah ‘sensory seeking behaviour’ pada otot oral anak adalah dengan menggunakan ‘teether’. ‘Teether’ ini digunakan untuk digigit oleh anak-anak yang mempunyai ‘sensory seeking’ atau ‘sensory craving’ di sekitar mulut mereka.
Kini, terdapat pelbagai jenis ‘teether’ yang menarik dengan pelbagai bentuk dan warna dijual di pasaran.
Objektif penggunaan ‘teether’ ini adalah untuk mengurangkan kecenderungan anak daripada menggigit barang lain di sekitar mereka. Penggunaan ‘teether’ lebih terjamin kebersihannya berbanding barang atau objek lain yang diragui tahap kebersihannya.
Selain itu, objektif penggunaan ‘teether’ ini adalah memberi input sensori pada sekitar otot mulut anak secara berkala.
3. GUNA ‘CHEWY TUBE’
‘Chewy tube’ merupakan alat permainan kanak-kanak yang dicipta khas agar boleh digigit oleh mereka.
Fungsi dan objektifnya adalah sama seperti ‘teether’ iaitu untuk mengurangkan kecenderungan anak daripada menggigit barang lain di sekitar mereka dan memberi input sensori pada sekitar otot mulut anak secara berkala.
‘Chewy tube’ ini boleh digantung pada leher anak. Sekiranya anak terasa ingin menggigit, mereka boleh menggigit ‘chewy tube’ ini untuk memenuhi keperluan sensori oral mereka (oral sensory fulfilness).
4. GUNA ‘TOOTHETTE’
‘Toothette’ merupakan alat penjagaan oral yang jika dilihat sekali imbas, ianya kelihatan seperti lollipop. Walau bagaimanapun, ‘toothette’ sebenarnya merupakan batang (stick) yang di hujungnya terdapat kapas atau span untuk digunakan oleh ibu bapa bagi memberi rangsangan (stimulate) pada bahagian oral motor iaitu di sekitar bahagian dalam mulut anak.
Fungsi ‘toothette’ ini juga sama seperti ‘teether’ dan ‘chewy tube’ iaitu bertujuan memberi input sensori pada sekitar otot mulut anak secara berkala serta mengurangkan kecenderungan anak daripada menggigit barang lain di sekitar mereka.
SEJAUH MANA KEBERKESANAN TEKNIK-TEKNIK INI?
Sebagai ibu bapa, kita pasti tertanya-tanya, adakah teknik-teknik ini akan membuahkan hasil yang diingini apabila dipraktikkan kelak?
Sejujurnya, bukan mudah untuk menangani isu ‘oral sensory behaviour seeking’ ini pada anak. Kesemua tips dan teknik ini bukan ‘magic touch’ yang mana hanya perlu buat sekali sahaja dan ianya terus berkesan. Ia memakan masa dan perlu dilakukan berterusan sehingga terlihat kesannya.
Terdapat ibu bapa yang sering berputus asa setelah teknik-teknik ini tidak berjaya membuahkan hasil.
Ini contoh kes kanak-kanak berumur 4 tahun mengalami masalah ‘drooling’ yang teruk. Pada awal pertemuan, bajunya basah dek lelehan air liurnya. Dan air liur ini apabila kering mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Setelah hampir setahun mempraktikkan teknik-teknik yang dinyatakan seperti di atas, Alhamdulillah air liurnya berkurangan sedikit demi sedikit.
Walau bagaimanapun, tidak bermakna dengan melakukan teknik-teknik itu semata-mata, ianya berjaya menangani isu anak berusia 4 tahun ini. Tetapi mungkin dengan usaha itu, Allah memperkenankan doa kita sebagai ibu bapa dan memperlihatkan hasilnya.
USAHA SELAGI TERDAYA
Setiap masalah seperti bayi meleleh air liur, ada jalan penyelesaiannya termasuk isu ‘oral sensory seeking behaviour’ ini. Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk ditangani, teruskan berusaha dan usah berputus asa. Kerana berusaha itu adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan keajaiban berlaku dengan tiba-tiba.
Kita hanya berusaha, Allah yang akan menentukannya. Semoga dengan usaha, diiringi dengan doa serta keyakinan kita sebagai ibu bapa, in sha Allah kelak, kita pasti berjaya menyelesaikan apa jua masalah yang dialami anak-anak.