Menginjak usia 8 bulan, nampaknya anak dara Fizo Omar dan Mawar, Wan Maryam makin comel dan pandai bergaya. Reaksinya depan kamera pun relax je.
Mungkinkah Maryam bakal jadi pengganti ibunya bila besar nanti? Persoalan ini banyak ditanya oleh peminat mama dan bapanya.
Melihat kepada keletah Maryam yang semakin bijak, ternyata anak bertuah ini sentiasa dilimpahi kasih sayang dari kedua-dua belah keluarga mama dan bapanya. Anugerah yang diberikan kepada Fizo dan Mawar ini penyeri kepada kehidupan mereka sekeluarga.
Ads
Dengan gayanya yang bersahaja, Mawar juga mengakui Maryam senang diurus dan tak banyak ragam. Mungkin dah terbiasa berjumpa orang ramai sejak kecil, antara salah satu sebab Maryam tak takut orang.
Ads
Netizen juga mengakui sejak kehadiran Maryam, naluri keibuan Mawar juga terserlah walaupun kesibukannya menguruskan perniagaan.
Sebab tu orang kata bila dah jadi ibu, automatik sikap wanita itu bertukar jadi matang dan daripada tak tahu nak uruskan anak kecil, semuanya dah boleh buat sendiri.
Lagi satu Mawar juga mengakui, sejak Maryam lahir sampailah sekarang dalam telefonnya penuh gambar anaknya hingga nak dapatkan gambar sendiri pun susah.
Penangan anak mampu mengubah kehidupan suami isteri dan anaklah yang menjadi pengikat kasih sayang suami isteri.
Sumber: Mawar Karim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Dr Halina, isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini tak kurang hebat auranya dalam mendidik anak-anaknya.
Sebagai seorang doktor dan kini sedang melanjutkan pelajaran memang selayaknya ibu kepada empat orang cahayamata ini menjadi rujukan ibu lain di luar sana.
Pasangan suami isteri ini ternyata sangat menitikberatkan soal pendidikan anak-anak mereka walaupun masing-masing masih kecil lagi.
Lihat sahaja bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti dan rangsangan untuk anak-anak mereka, Bella, 7, Tasha, 5 dan pasangan kembar Adam dan Noah, 7 bulan yang sering dikongsi di laman instagram mereka sehingga menjadi inspirasi dan rujukan ramai pengikutnya.
Melihat kecerdikan dua orang anak perempuannya yang lancar membaca sejak usia kecil membuatkan ramai netizen ingin tahu bagaimana cara mereka mendidik anak-anak suka membaca buku.
Ramai netizen yang bertanyakan pada Dr Halina pada usia berapa dia mula mengajar anak-anaknya membaca?
Rupanya Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar mula membacakan anak-anaknya buku sejak bayi lagi. Patutlah Bella dan Tasha bijak dan lancar membaca.
Kami membaca dengan mereka sejak bayi lagi…kalau tak sempat baca pun kami biarkan mereka bermain dengan buku..walaupun mereka tidak membaca, dengan melihat pada gambar-gambar, ia akan mencetuskan imaginasi macam Tasha, dia suka menceritakan ceritanya sendiri bila dia buka buku.
Menurut Dr Halina, walaupun sudah cuba membuat tip dan cara rangsang anak suka belajar membaca tetapi ibu bapa tak perlu susah hati pada anak kalau belum nampak hasilnya lagi.
Apa yang penting si anak telah ditanamkan minat membaca sejak kecil lagi kerana tabiat suka membaca itu akan berkekalan sampai besar.
Ok je, kalau tak nampak hasilnya serta merta. Yang penting anak seronok membaca. Nanti sampai besar tabiat membaca tu melekat…
Dah masuk 3 bulan usia Ayra Aneesah, nampaknya dah makin pandai melayan orang bercakap. Suka mengagah dan pandai berinteraksi buatkan ramai yang geram dengan gelagat anak dara Ummi Nazeera.
Melalui perkongsian dari daddy Ayra Dr Izzar, nak pastikan perkembangan anak normal terutama dari aspek percakapan dan bahasa, sebagai ibu bapa kita kena rajin melayan anak.
Tak boleh ada istilah jemu. Mainlah dengan anak-anak tu sepuasnya. Kalau bukan kita sendiri yang layan siapa lagi kan?
Mungkin pada permulaannya macam tak ada respon tapi lama-kelamaan anak makin selesa dan boleh menerimanya. Barulah perkembangan anak kita tak lambat.
Salah satu perkembangan bayi yang kita patut tengok adalah perkembangan speech/language. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk perkembangan bayi ni. Antara milestone speech/language baby berumur 3 bulan adalah:
1) Bersuara bila kita bercakap dengan dia @ 8weeks 2) Jeritan nyaring/ squeel yang gembira 3) Sebut ‘aah’ atau ‘naah’ bila sembang dengan dia 4) Berpaling ke arah bunyi pada level yang sama
Sumber: ig izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya dah serik.” Itu ungkapan awal yang keluar dari mulut ibu kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan, Nur Atiqah Ibarahim, 27, setelah anaknya disyaki di dera oleh pengasuh yang baru dikenali dalam tempoh dua minggu.
Kejadian yang berlaku sekitar April lalu tak akan dilupakan sampai bila-bila. Difahamkan hingga kini anaknya, Dian Durani Hashirad Mukshid masih lagi trauma dengan kejadian tersebut dan sehingga sekarang pengasuh itu masih menghilangkan diri.
Melalui temu bual dengan Puan Nur Atiqah, sebelum kejadian ini berlaku, dia baru menghantar Dian sekitar dua minggu kepada pengasuh selepas mendapat kerja baru.
“Sebelum ini saya menjaga Dian sendiri selepas berhenti kerja kerana alahan sewaktu mengandung. Namun selepas setahun lebih menjaga Dian, dapat tawaran kerja semula saya fikir ini rezeki anak.
“Disebabkan tak tahu siapa yang boleh menjaga Dian sewaktu saya bekerja nanti, saya cuba masuk Facebook group pengasuh untuk mendapatkan maklumat pengasuh yang boleh menjaga anak. Masa mencari nombor telefon yang boleh dihubungi, saya dapat salah satu nombor pengasuh ni.
“Waktu itu terus saya hubunginya untuk mendapat maklumat lanjut dan kebetulan pula rumah kami berdekatan. Jadi saya kira bertuah sangat.
“Masa sesi berkenalan tu, pengasuh tersebut menyatakan dia memang ada pengalaman menjaga anak orang. Cuma anak-anak asuhannya sebelum ini dah berpindah dan kini tak jaga lagi budak lain.
“Saya percaya sepenuhnya dan rasa lega sebab dia boleh memberi fokus pada anak saya nanti kerana dia jaga tak ramai budak,” katanya.
Menurut Atiqah, beberapa hari selepas menghantar anak, dah mula rasa curiga pada pengasuh Cuma masih lagi fikir yang baik-baik.
“Ini kerana setiap kali sampai di depan pagar rumah pengasuh, Dian dah mula menangis dan apabila saya menghulurkan Dian pada pengasuh, dia lagi kuat menangis dan seolah-olah mahu ikut sekali. Waktu itu saya fikir mungkin anak mahu sesuaikan dirinya.
“Cuma ada suatu hari tu saya nampak ada kesan lebam di bahagian belakang Dian. Tapi saya fikir mungkin dia terjatuh masa bermain dengan anak pengasuh. Kali kedua ada benjol pula di bahagian dahinya.
“Suami yang perasan dan bila saya bertanya pengasuh cakap anak jatuh buai semasa nak ambil teddy bear. Ok saya boleh terima jawapannya itu,” ujarnya
Anak Jadi Fobia, Kerap Menangis
Hari kejadian, semasa suami pergi mengambil anak, dah nampak anak macam tak ceria dan banyak berdiam diri. Sampai di rumah anak tak seperti biasa dan bila ajak bermain dia tak mahu dan hanya mahu baring di bilik.
“Masa tu dah rasa tak sedap hati. Bila periksa badan anak nampak ada benjol besar di belakang kepala dan terus bawa ke hospital. Semasa doktor periksa ada kesan lebam di beberapa bahagian badan seperti di pipi, telinga, leher dan kaki.
“Dian terpaksa di tahan di wad dan saya telah membuat laporan polis. Malam kejadian itu juga, pengasuh telefon dan beritahu sebenarnya Dian jatuh dalam bilik sekitar jam 2 petang. Bukan tak nak percaya tapi persoalannya kenapa tak telefon saya dan suami untuk beritahu hal ini dari awal.
“Sehingga hari ini kami masih belum dapat kesan pengasuh ini kerana selepas kejadian itu pengasuh dah meninggalkan kediamannya. Kali terakhir kami berjumpa dengannya semasa di balai polis untuk buat laporan dan sekarang untuk siasatan seterusnya masih belum selesai,” jelasnya.
Atiqah juga menyatakan selepas dua bulan kejadian ini berlaku, Dian masih lagi trauma. Kalau dia tidur pun boleh menjerit, menangis secara tiba-tiba seolah-olah dalam ketakutan. Apabila saya kejutkan dan peluk baru dia diam dan boleh tidur semula.
Bila bertemu dengan orang, dia juga takut dan selalu tenung wajah orang walaupun dengan individu yang biasa dia lihat.
Sekarang saya dah berhenti kerja dan rasa tak sanggup nak beri orang lain jaga anak. Apa yang saya harapkan kejadian ini boleh jadi pengajaran pada semua ibu bapa lain. Saya bukanlah nak dapat simpati cuma mahu semua berhati-hati bila nampak anak kita bersikap lain dari kebiasaannya.
Saya juga harapkan kes ini dapat diselesaikan segera dan bekas pengasuh ini dapat dikesan untuk pengadilan buat Dian Durani.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persediaan bersalin yang lengkap membantu ibu hamil menghadapi hari kelahiran dengan lebih tenang. Ketahui senarai persediaan penting menjelang due date termasuk beg hospital, dokumen dan keperluan bayi.