Insan istimewa bergelar ibu. Selalu kita dengar tentang ibu-ibu yang bekerjaya, ibu-ibu yang sempurna fizikal dan berjaya tapi jarang sangat kan kita dengar cerita tentang insan-insan yang istimewa bergelar ibu.
Kisah seorang ibu, Puan Hannah Mahfar yang disahkan menghidap kanser tulang rawan dan tumor di belakang lutut sehingga perlu dipotong dari tengah peha benar-benar mengubah hidupnya sebagai ibu tiga anak.
Ketabahan ibu ini yang diuji menghidap kanser ketika mengandungkan anak ketiga dan menjalani pembedahan selepas 6 bulan bayi dilahirkan.
Alhamdulillah saya baru setahun bergelar insan istimewa selepas disahkan doktor saya menghidap kanser tulang rawan dan tumor (ketumbuhan) di belakang lutut kaki kiri saya.
Ads
Kaki kiri saya terpaksa dipotong dari tengah peha untuk selamatkan nyawa saya. Alhamdulillah setiap apa yang berlaku semua Allah dah tentukan kita tinggal lalu je sebenarnya kan. Jangan malu dengan diri sendiri kalau kita ada kekurangan. Sebenarnya kekurangan akal atau fizikal itulah saham pahala akhirat bagi kita sebab kesabaran dan kesusahan yang kita lalu..
Mungkin dalam ni pun ada insan istimewa ni. Jangan malu untuk bertanya apa-apa sebab ibu-ibu lain sentiasa ada untuk bagi pertolongan dan semangat.
Untuk pergetahuan semua saya kena kanser waktu mengandung anak no 3. Dan buang kaki waktu baby saya 6 bulan. Waktu tu anak no 1 umur 5 tahun no 2 umur 2 tahun lebih.
Ads
Selepas 3 bulan buang kaki saya mengalami major depresi. Saya dan suami pergi kaunseling dan pergi berubat. Alhamdulillah sekarang ni makin pulih.
Sebenarnya apa saja kesakitan dan kesusahan yang kita lalu semuanya bukan tentang kita saja tapi tentang orang keliling kita jugak. Bila kita sakit keluarga, suami, anak-anak juga terkesan. Memang perlukan masa untuk kita dan orang keliling paham dan terima keadaan kita.
Bukan mudah tapi setiap ujian sebenarnya mematangkan kita dan merapatkan lagi hubungan kita.
Ads
Hakikatnya semua ibu-ibu atas dunia ni semuanya istimewa. Bukan mudah jadi isteri dan ibu kan. Ibu-ibu semua anda hebat!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan terkenal, Chryseis Tan berkongsi momen melahirkan cahaya mata keduanya di laman Instagram.
Menurut anak kepada Tan Sri Vincent Tan ini, walaupun kelahiran kali ini yang kedua kalinya, dia tetap gementar dan teruja.
“Kali kedua pun masih super nervous! Bersyukur semuanya berjalan dengan lancar dan bayi lelaki kami selamat dilahirkan”
Pemilik jenama Lumi beauty yang juga isteri kepada usahawan terkenal, SM Faliq Nasimuddin (NAZA Group) turut meluahkan rasa syukur dengan kepsyen “Alhamdulillah” setelah selamat melahirkan cahaya mata lelakinya.
“Alhamdulillah (See me smiling & posing for the 📸 ) Thank you once again to the same A team ( Dr Kiren, Dr Satber, Dr Uma, Dr Kamaljit & all the nurses who assisted ) :: Now, guess who baby looks like!”
Sebelum ini Chryseis dan Faliq dikurniakan cahaya mata perempuan, Arianna Kyla yang kini berusia 3 tahun.
Rata-rata rakan usahawan dan peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan usahawan ini
Kerinduan seorang ibu yang tak dapat lagi dakap tubuh si kecil buat selamanya sukar untuk diubati.
Kehilangan anak tersayang hanya mampu diluahkan melalui coretan pilu sebagai pengubat hati yang rindu.
Walaupun buah hati tersayang sudah empat tahun lebih meninggalkan ibu tercinta namun kerinduan yang tidak pernah berakhir mengimbaskan kembali memori lalu.
Luahan hati Nadia Hazmi ini ditulis selepas lapan bulan pemergian anak keduanya Putera Ryfael Shah yang menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 2 tahun 10 bulan pada 10 Oktober 2013 akibat kesilapan waktu pembedahan.
Arwah Ryfael mempunyai penyakit jantung ‘tetralogy of fallot’ sejak lahir lagi.
Kesabaran yang Teragung
(Catatan ini ditulis pada 27 Mei 2014)
Lama dah mama tak mencoret kat sini kan.. rindu plak rasanya.. kali ni ‘curi’ peluang sekejap lunch hour ni untuk mengisi ‘kekosongan’ hati yang dirasai hujung minggu kali ini.
Hari ini genap 8 bulan dah mama tak mendengar suara kecil itu, tak melihat lagi wajah comel itu, tak mampu mendakap lagi tubuh montel yang kali terakhir mama dakap sepuasnya sebelum ‘menghantarnya’ ke liang lahad pada 10.10.2013.
Itulah perpisahan yang abadi antara ibu dan anak kecil ini.
Hujung minggu kali ini berbeza dari biasa sebab mama telah cuba ‘merehatkan diri’ untuk menjalani hidup seperti dulu walau tanpa adek dengan kembalinya mama dan abang Rayyan ke rumah kami sendiri tempat adek & abang membesar dalam tempoh yang agak lama kali ini.
5 hari selepas adek pergi, hanya papa sahaja yang tinggal di sini sebab abang Rayyan bersekolah di Kuching dan mama juga bekerja di Kuching, 20km dari ‘rumah adek’ di Kota Samarahan.
Sungguh lain keadaannya. Terngiang-ngiang suara halusnya memanggil-manggil mama di balik langsir, di pintu dapur, di hujung tikar sejadah.
Saat hayatnya pantang sekalipun adek berenggang dari mama hatta ke toilet sekalipun. Waktu memasak pun adek dalam dukungan mama. Mama rasa kalau adek ‘sempat membesar’ adek mesti dah pandai masak. Adek kan baby chef.
Mama Tak Ubah Bilik Mainan Adik
Bilik mainan adek & abang yang adek panggil ‘bilik acap’ = bilik asyraf nama pak ngah nya satu ketika dulu semakin sepi. Apa yang pernah adek tinggalkan dulu kali terakhir adek bermain di sini masih begitu.
Sedikit pun mama tidak ubah, mama tak sentuh kerana tiap kali melihat uncang-uncang kecil yang adik suka isikan dengan mainan kegemaran adek dan adek bawa merata, pasti bergenang air mata ini.
Tapi harus kuat menahannya demi abang Rayyan yang pasti tak mahu lagi melihat mama menangis. Sejak balik ni, ayat-ayat abang tak ada yang lain..
“kalau adek ada mesti best kan ma…”
“maa.. ayen nak sayang adek.. ”
“adek dulu suka main yang ni maa dengan abang..”
“ciaan adek dah meninggal tak dapat nak main mainan ni lagi..” :’)
Hati mama mana yang tak runtun mendengar keluhan-keluhan kecil itu. Mama hanya mampu jelaskan “adek ada semua mainan ni kat syurga sayang, adek seronok kat sana.. adek ada.. tapi abang je tak nampak dia.. mcm upin ipin yg kecil tu…”
Abang dah semakin matang, dia mula faham erti kematian, mula mengerti harus melepaskan adek kesayangan bagaikan kembarnya yang tak akan pernah kembali lagi.
Bersabarlah Wahai Ibu-Ibu Kepada ‘Malaikat Kecil’
Sebenarnya post ini mama dedikasikan khas pada ibu-ibu kepada ‘malaikat kecil’ yang telah berada di syurga.
Nak balas puluhan inbox satu persatu memang mama tak mampu tapi mama harap coretan ini mampu memberi semangat pada ibu yang Allah uji ini.
Sebenarnya, kita diuji dengan KESABARAN YANG MAHA AGUNG. Allah kurniakan kita satu NALURI KEIBUAN yang kasih sayangnya tiada tandingan.
Namun kenapa Allah ambil ‘buah hati’ kita itu setelah diberi Nya peluang sebentar untuk benar-benar menyayanginya?
Di kala dia sudah petah berkata-kata, berlari-lari riang, bermain gembira, celotehnya yang comel dan keletah yang menghiburkan hati kita semua.
Di saat dia sudah pandai meluahkan “cayangg mama!” sambil merangkul leher dan mencium pipi kita.
Apa sebenarnya yang Allah ingin tunjukkan pada kita di kala “ibu-ibu bertopengkan syaitan” membuang zuriatnya di longkang, tangki najis dan sungai, dicurah dengan air panas tanpa ada perasaan seperti apa yang kita rasa.
Kita Ibu Yang ‘Dipilih’
Allah uji kita dengan kesabaran teragung ini menanti detik dan saat pertemuan semula antara syurga dan neraka itu dengan satu jaminan yang hebat bagi ibu yang mithali, beramal soleh, dan bersabar dengan penantian yang kita sendiri tidak dapat bayangkan bila, bagaimana dan di mana.
Ia adalah seperti satu ‘hadiah/surprise’ dari si anak kecil yang kita sayangi itu namun terpisah di dunia yang sementara ini.
Memang tak mudah, memang sakit pilu dan pedih rasanya. Bagaikan tercabut nyawa saat dilepaskan dari dakapan kita tapi itulah nilai sebuah SYURGA, yang tersangat mahal harganya.
Kesabaran teragung seorang ibu itulah galang gantinya. Jadilah ibu yang redha, tenang dan sabar. Tak salah menangisi pemergian si kecil kerana air mata itu adalah rahmat kurniaan Allah namun bukanlah dengan meratapinya.
Ayat-Ayat Cinta Terakhir Untuk Putera Mama
Sentiasa dalam ingatan mama, ayat-ayat cinta terakhir yang mama perdengarkan pada telinga putera mama sebelum kalimah syahadah yang ‘melepaskan’ dia pergi dengan tenang setelah 12 hari bertarung antara hidup dan mati untuk kembali pada mama atau pada Penciptanya.
“Adek.. mama sayang dedek.. mama tau dedek kuat.. dedek nak balik pada mama.. tapi kalau Allah nak jaga adek… mama izinkan adek pergi sayang.. mama halalkan segalanya utk adek.. halalkan air susu mama yang mengalir dalam darah adek..”
“Adek anak soleh tak pernah susahkan mama.. Allah sayang adek.. kalau adek kuat lagi, balik pada mama sayang tapi kalau Allah nak ambil adek.. mama redha sayang. Tunggu mama kt sana..”
Suatu ayat yang membuatkan Malaikat Izrail tenang dan bersedia menarik roh keluar dari jasad si kecil itu dengan cara yang paling lembut setelah 12 hari ia menanti.
Beberapa detik setelah kucupan terakhir abang Rayyan pada dahinya, dia pergi dengan begitu tenang. Bibir merahnya mengukir senyuman terindah hadiah buat ibunya, buat kali terakhir.
Buat ibu-ibu yang Allah kasihi ini, percayalah dia sentiasa ada di sisi bersama dengan kita.
Mungkin kita ‘tak nampak’ tapi percayalah sentiasa redha, sentiasa mencuba menjadi ibu mithali, isteri solehah dan ibu yang layak utk ‘malaikat kecil’ itu nantikan di sana kerana pemergian dia, sebenarnya anugerah terindah hadiah dari Allah dan mama yakin semua ibu yang telah merasai perpisahan ini, kematian itu adalah sesuatu yang tidak lagi menakutkan dengan melengkapkan diri dengan amal-amal soleh InsyaAllah. Tunggu mama di syurga sayang… Senyumlah wahai ibu.. “Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musiabah mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada Allah jua kami kembali.Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperolehi petunjuk”
Aktor Aeril Zafrel memanjatkan rasa syukur apabila isteri kesayangannya, pelakon Wawa Zainal selamat bersalin anak ketiga petang semalam (1 Disember 2019).
Aeril berkongsi berita gembira itu menerusi posting terbaru di akaun Instagram sejurus selepas Wawa dipindahkan ke biliknya selepas selesai semua urusan.
Kelahiran Aya Soffya sehari awal itu sesuatu yang bermakna. Kalau diikutkan tarikh kelahiran anak ketiga pasangan ini sama tarikhnya dengan hari lahir Aeril.
Wawa juga turut memberi ucapan untuk Aeril melalui fasa bangun malam berjaga tukar lampin pakai buang anak, beri susu dan pujuk bayi bila meragam.
“Terima kasih juga menemani saya bertarung nyawa dari pagi sampai petang sebelum selamat melahirkan puteri kedua kita,” kongsinya.
Doa anak menangis waktu malam sering menjadi amalan ibu ayah muda untuk menenangkan bayi. Ini panduan lengkap Mufti WP beserta doa dan amalan perlindungan yang boleh diamalkan.