Hikayat 1001 Malam menjadi buah tangan terbaharu PU RIZ sepanjang Ramadan ini hasil kerjasama beliau dengan saluran Youtube BINTANG KECIL.

Kedatangan bulan penuh keberkatan ini dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kanak-kanak. Tidak sabar untuk sama-sama mengumpul pahala berpuasa dan bersolat di samping membantu ibu ayah menyediakan juadah berbuka puasa.

Sementara menanti waktu berbuka puasa, apa kata ajak anak-anak kecil untuk bersama-sama menonton rancangan yang memberi manfaat dan ganjaran pahala kepada mereka.

Buat pertama kalinya Youtube Channel BINTANG KECIL  membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping  mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya oleh TATEH.

Hikayat 1001 Malam : PU Riz Bercerita Kisah Sahabat Nabi Sepanjang Ramadan Di Youtube BINTANG KECIL

IKLAN

Rancangan bercerita yang sangat interaktif ini disampaikan oleh pendakwah selebriti popular PU RIZ yang akan menyampaikan kisah-kisah sahabat nabi kepada beberapa orang kanak-kanak.

Program yang akan bersiaran setiap hari bermula pada 1 Ramadan bersamaan 3 April 2022 pada pukul 6.30 petang di Youtube Channel BINTANG KECIL akan membawa beberapa tajuk cerita menarik antaranya Bestnya Tarawih, Si Anjing Dengan Pendosa, Siang & Malam Itu Amazing, Kagumi Watak Anas Ibn Malik , Kekuasaan Sultan Muhammad Al Fateh dan banyak lagi.

Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada umat Islam yang banyak membuat kebaikan di bulan Ramadan ini. Selain membantu ibu ayah, inilah masanya mendidik anak-anak kecil untuk menghayati indahnya ciptaan Allah di samping mengenali lebih dekat kehidupan para sahabat Nabi dan tokoh ilmuan Islam.

IKLAN

Hikayat 1001 Malam : PU Riz Bercerita Kisah Sahabat Nabi Sepanjang Ramadan Di Youtube BINTANG KECIL

Jadi pastikan ibu ayah ajak anak-anak menghayati kisah-kisah sirah dan keagungan ciptaan Allah SWT dalam Hikayat 1001 Malam sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil.

Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam

IKLAN

BINTANG KECIL merupakan satu platform digital hiburan dan Pendidikan kanak-kanak terkini yang membawa anak anda ke sebuah dimensi baru penuh imaginasi. Menjadikan medium saluran Youtube dan event sebagai landasan utama, BINTANG KECIL 2022 membawa haluan baharu penuh informasi bersesuaian dengan mentaliti kanak-kanak millennial yang bijak dan pantas berfikir!

Hikayat 1001 Malam : PU Riz Bercerita Kisah Sahabat Nabi Sepanjang Ramadan Di Youtube BINTANG KECIL

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI