Terkesan apabila melihat anak-anak arwah yang masih kecil menangis dan meratapi pemergian ibu kesayangan mereka. Tangisan anak-anak arwah kedengaran sangat kuat saat diberi lihat wajah ibu mereka dengan jasad yang sudah tidak bergerak lagi.

Hilang kasih ibu 

Melalui perkongsian di FB Mr Wan Cai Official, pemergian ibu kepada tiga anak kecil ini benar-benar meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya kerana hilang sudah kasih ibu buat selamanya.

Hilang Kasih Ibu! Sebak Lihat Renungan 3 Anak Kecil Seolah Faham Ibu Pergi Selamanya 

Rakan rakan dari unit bilal jenazah muslimah juga mengalirkan air mata. Saya dan beberapa orang lagi rakan awal awal sudah berganjak ke tempat lain.

Tidak terdaya untuk kami melihat situasi sedih yang sedang berlaku dibilik wakaf petang tadi. Tangisan anak anak buat ibunya yang sudah tidak lagi bernyawa.

Tangisan anak seolah mengerti ibu pergi selamanya

Tangisan kesedihan yang tidak mampu kami ceritakan dengan kata-kata. Terlintas difikiran kami.

Bagaimana nasib anak anak sekecil itu meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang ibu?
Ketiga-tiga anak arwah masih kecil. Anak pertama arwah lelaki berumur 4 tahun..Yang kedua juga lelaki berumur 3 tahun..Anak yang ketiga pula perempuan dan umurnya baru 1 tahun.

IKLAN

Kesian anak-anak hidup tanpa ibu disisi. Dari siasatan awal pihak polis dikatakan motosikal yang dinaiki oleh arwah terbabas ketika sedang melalui bulatan Simpang Lima Klang. Ketika itu arwah dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerjanya dikilang Top Glove yang beralamat di Kapar, Selangor. 

Kemalangan ketika pergi kerja

Dikatakan arwah berkerja sebagai pembantu dikantin kilang tersebut. Kejadian kemalangan yang meragut nyawa arwah itu berlaku sekitar pukul 06.00 pagi.

Hilang Kasih Ibu! Sebak Lihat Renungan 3 Anak Kecil Seolah Faham Ibu Pergi Selamanya 

Dua buah kenderaan turut terlibat dalam nahas kemalangan yang berlaku. Selepas terbabas dan terjatuh sebuah motosikal yang berada dibelakang telah melanggar arwah. Ketika sedang terbaring kesakitan datang pula sebuah kereta yang tidak sempat menggelak dan melanggar arwah sekali lagi.

IKLAN

Arwah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk akibat impak yang kuat ketika dilanggar.

Jenazah telah dibawa ke bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat bagi mencari punca sebenar kematiannya.

Hujan agak lebat tapi berhenti sebaik dimasukkan ke liang lahad

Apa yang saya perasan sewaktu jenazah dalam perjalanan hendak dibawa ke tanah perkuburan, hujan tiba-tiba turun agak lebat.

Tetapi sewaktu jenazah diangkat untuk dimasukkan ke liang lahad hujan lebat yang turun itu tiba-tiba berhenti. Entah apa amalan yang dilakukan oleh arwah ketika hidupnya.

IKLAN

Hilang Kasih Ibu! Sebak Lihat Renungan 3 Anak Kecil Seolah Faham Ibu Pergi Selamanya 

Kami lihat dengan mata yang ada urusan terakhir arwah untuk disemadikan dirumah barunya telah Allah permudahkan. Masya Allah. Hujan rahmat yang turun seperti turut sama menangisi pemergian ibu muda ini. Salam takziah buat anak anak dan suami arwah..

Kirimkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurul Chasanah Binti Ahmad Sobirin

Kredit: Mr Wan Cai Official

BACA ARTIKEL INI [“Sakit Czer Masih Terasa, 7 Tahun Tunggu Adik. Mommy Macam Mimpi Adik Dah Tiada”]

LAGI MENARIK [“Saya Tak Pernah Ambil Tahu Gaji Suami, Dia Uruskan Segalanya. Bila Suami Sakit, Rasa Dunia Gelap!”]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI