Hanya 11 bulan sahaja Allah pinjamkan adik (gendud) untuk kami semua. Gelak ketawa adik menjadi kenangan terindah buat kami. Kami sentiasa rindukan adik. Kakak Haziqah pun asik tanya adik je. Lepas ni daddy dah tak boleh nak cubit pipi adik yang debab tu.

Daddy akan sentiasa merindui adik. Tenang dan damailah bersama penciptamu wahai anak syurga. Berseronoklah di taman syurga, yang kekal abadi. Al-Fatihah buat Baby NUR AIRA BATRISYA 16/5/2020-2/5/2021.

“Cepat Sangat Adik Pergi..Kami Akan Rindui Aira.” Gurauan Terakhir Sebelum Jatuh Tingkat 3

Allahuakbar sedihnya baca luahan ayah kepada arwah adik Nur Aira Batrisya, 11 bulan yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga Projek Perumahan Rakyat Sri Aman, Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang bermain di atas katil bersama abang, kakak dan sepupunya bersebelahan dengan tingkap dalam bilik rumah tersebut.

“Cepat Sangat Adik Pergi..Kami Akan Rindui Aira.” Gurauan Terakhir Sebelum Jatuh Tingkat 3

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati tingkap berkenaan tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan.

“Pengadu memaklumkan katil itu telah dirapatkan ke tingkap untuk mengemas bilik tersebut,” katanya.

IKLAN

“Cepat Sangat Adik Pergi..Kami Akan Rindui Aira.” Gurauan Terakhir Sebelum Jatuh Tingkat 3

Pemergian Aira sungguh mengejutkan

Sementara itu, dalam perkongsian Aryy Ariffin di facebooknya, perkongsiannya mengenai pemergian baby Aira benar-benar dirasai oleh semua pihak. Walaupun tak sempat setahun membesar tapi memori bersama Aira tetap menjadi kenangan hingga akhir hayat.

Cara adik pergi sangatlah mengejutkan kami semua. Alhamdulillah selesai majlis pengebumian baby Aira, syukur diberi peluang untuk tatap wajah dan kucup dahi awak untuk kali terakhir. Wajah awak cantik sangat sayang. Pipi awak tetap comel. Selamat berbahagia awak di syurga yang indah. Perginya dirimu di bulan yang mulia tanpa membawa sedikit dosa pun.

IKLAN

“Cepat Sangat Adik Pergi..Kami Akan Rindui Aira.” Gurauan Terakhir Sebelum Jatuh Tingkat 3

Subhanallah semua cemburu dengan kematian awak sayang kerana awak adalah insan terpilih yang dijemput Allah dibulan yang mulia. Kakak redho dengan pemergian awak. Semoga kita berjumpa di sana ye. I love you baby Aira.

Rindu Ebok..adik budak baik 

Buat para sahabat terima kasih kerana sudi mendoakan baby Aira. Jasa kalian hanya Allah je yang mampu balas, rindu ebok. Adik budak baik, tak banyak karenah, senang dijaga. ALLAHUAKBAR semoga kami semua kuat menerima ketentuan mu ini. Hanya baju, sikat rambut, kasut, stroller, mainan, botol susu, getah rambut, sabun mandi yang dapat mengubati rasa rindu ini.

IKLAN

“Cepat Sangat Adik Pergi..Kami Akan Rindui Aira.” Gurauan Terakhir Sebelum Jatuh Tingkat 3

Biskut awak banyak kakak beli tapi sayang awak tak sempat makan. Kakak order biskut raya banyak-banyak sebab kakak tau awak suka. Sedih kakak dik, selalu petang camni kakak balik keje awak masuk bilik akak baring sebelah kakak. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan dan air mata je.
Al-fatihah NUR AIRA BATRISYA
16/05/20-02/05/21

Hasil laporan bedah siasat mendapati kematian Aira berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kredit: Astro Awani, Facebook Mohd Hazlan & Aryy Ariffin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI