Tak sangka, hanya kerana ingin menikmati keenakan mangga harumanis, seorang guru berusia 46 tahun terpaksa menelan kepahitan apabila wang simpanannya sebanyak RM9,998.52 lesap begitu sahaja.
Rahsia pembelian dalam talian yang didakwa menyediakan buah harumanis ini berubah menjadi mimpi buruk apabila mangsa jatuh ke dalam jerat sindiket penipuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada Rabu lepas, mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun telah melihat iklan penjualan harumanis menerusi media sosial.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa diminta memuat turun satu aplikasi bagi membuat tempahan buah berkenaan.
“Setelah mengisi semua maklumat diri, mangsa telah menerima kod respons pantas (QR) bagi tempahan itu dan diminta untuk menghantarkannya kepada suspek.
Ads
“Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui panggilan telefon menyebabkan telefon bimbitnya terpadam dengan tiba-tiba sebelum aktif semula beberapa minit selepas itu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Azli berkata, pada keesokan hari mangsa mendapati wang simpanannya sebanyak RM9,998.51 dalam akaun Tabung Haji telah lesap.
Ads
Gambar Sekadar hiasan
Setelah disemak, mangsa mendapati berlaku dua transaksi wang dari akaun Tabung Haji ke akaun bank miliknya sebelum dipindahkan ke satu akaun bank lain yang tidak dikenali.
“Mangsa telah membuat laporan pada 6.35 pagi Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang mengikuti Instagram pelawak Achey dari kumpulan Bocey pasti cukup mengenali gelagat anak kesayangan Achey, Tiara Zinniriah yang pelbagai ragam.
Gelagat anak Achey yang bersahaja yang kelakar seperti ayahnya buat ramai yang terhibur malah ternanti-nanti video perkongsian dari Achey.
Sebelum ini Tiara pernah membawa tiang gol pada rambutnya tanpa sedar ketika bermain. Bukan itu sahaja malah Tiara juga turut ke masjid mengikuti ayahnya bersembahyang Jumaat. Semua ini membuatkan pengikut Achey ternanti-nanti ragam anak kecil itu.
Terbaru, Tiara sekali lagi beraksi selamba bila mana mengenakan ayahnya ketika bermain lompat tali atau lompat getah bersama ayahnya.
“Dia suruh abang Along record, lepas tu dia game ayah dia @tiara.zinnirah,” tulis Achey di kapsyen.
Achey yang memegang tali dihujungnya ternanti-nanti Tiara untuk melompat. Jauh tersasar, bagaimana pun anak kecil itu hanya membuat lompatan sebelum tali sahaja. Memang kelakar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Achey amat terhibur menanti Tiara untuk melompat tali yang dipegang ayahnya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Bila cuti sekolah ni sebenarnya umpama reward untuk anak-anak. Dah penat belajar dan mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah, tambah pula kena bangun awal dan sebagainya, bila tak perlu ke sekolah ni anak-anak rasa seronok.
Apatah lagi bila ibu ayah kata nak bawa berjalan-jalan, tambahlah rasa teruja kan? Selain bawa anak pulang ke kampung berjumpa dengan datuk nenek mereka, sesetengah ibu ayah mungkin bawa anak-anak pergi bercuti.
Tak mudah nak handle anak berjalan ni, kalau seorang dua pun dah letih, apa lagi kalau ramai! Namun ini tidak menghalang Shaeriani A Hamat dan suami dari membawa tujuh orang anak perempuan mereka berlibur ke luar negara.
Jom, tengok perkongsian darinya;
Hari ni mama nk share tips persiapan yg mama buat untk bawa ank7 travel jauh (dalam negara atau oversea -kali ni trip Vietnam)
Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak7 bercuti ;
1) Persiapan kena 2 hari sebelom bertolak (beg baju ‘WAJIB ‘ 1 sorang dan kalau boleh bag sandang untk mudah perjalanan nnt br ada tanggunjwb bw brg sndri)
2) Anak7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggl kt sana (mama akn tentukn color & jenis baju) biasa mama akn bg yg ringan kurangkan berat nk pikul – list tu mama dh buat seminggu awal
3) Bag mestilah ‘DITANDA’ nama sebab senang untk cam beg masing2 (senang untk ank7 cari keperluan masing2 sbb bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing2 ..ada yg uzur& sebagainya)
4) Semua anak7 mestila ‘BERKASUT’ untk keselamatan & melancarkan perjalanan sepanjang travel (bnyk pegerakan semasa travel – walaupun puteri tp ke sana ke mari jugak)
5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport (sebab passport papa akan pegang dan bila smpi giliran pengenalan identiti papa akan bg ikut numbering- x perlu dah bukak bukak)
6) Keluar awal untuk ke airport sebab ank7 ramai dan masih kecik ( smpi awal xpe sebab kita x tau apa terjadi kt tengah jln )
7) Semua anak yg bawa hanset perlu memakai sling bag (kn berhati2 dan memudahkan benda berharga ada dekat ngn kita br tak tertinggal) (mama bg 1 org jer bawa sbb x nak diaorg asyik main gadjet semasa dlm hotel..1 tu pun supaya mama nk berhubung sbb bilik berasingan)
8)Bawa makanan ringan seperti biskut , coco crunch & honey star dll yg ringan untk keperluan bb supya x lapar dlm perjalanan( bb x tahan lapar dan x nak dia merengek sbb urusan airport mmg lama dan kita x tau cam mn tempat org kan)
9) Selalu pesan pada anak7 supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari ngn program travel (bg diaorg tau masa itu emas br la boleh atur kehidupan sndri)
10) Ni yg ‘LAST’ mama suka pakaikan anak7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua ‘ SAMA’ sebab senang nak ‘CAM’ anak7 jika jauh sikit dr kiter..( sebab diaorg nama jer pompuan tp sama jer cam ank lelaki..heheheh..) ( lau x travel pon mmg selalu sama..hahahah)
Inilah tips mama untk memudahkan perjalanan mama dan papa handle diaorg puteri 7 kami..
Memang teliti sungguh perancangan yang dibuat oleh ibu ini. Paling penting, suami juga memainkan peranan bagi memastikan setiap agenda yang telah dirancang dapat dilaksanakan. Anak-anak pun sudah diajar untuk berdikari dan berdisiplin bagi memudahkan perjalanan mereka sekeluarga.
Penyanyi, Syasya Rizal mengakui dirinya melalui pelbagai perubahan ketara, khususnya selepas kelahiran anak keduanya.
Menurut Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, dia kini menjadi seorang yang lebih tegas dan teliti berbanding sebelum ini.
Syasya sendiri tidak menafikan perubahan tersebut. Jika dahulu dia dikenali sebagai seorang yang agak manja, kini sikapnya berubah menjadi lebih berhati-hati, terutama dalam hal berkaitan keselamatan anak-anak.
Perubahan itu, katanya, hadir secara semula jadi seiring dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata. Malah, pengalaman membesarkan anak kedua membuka perspektif baharu dalam dirinya.
“Saya memang rasa ada perubahan. Orang yang kenal saya pun pasti perasan, dulu sebelum kahwin atau waktu anak pertama, saya agak manja.
“Tapi sekarang, dengan anak kedua ini, saya jadi lebih tegas dan lebih teliti, termasuk dari segi percakapan. Bila tengok video lama pun, memang nampak perubahan itu,” katanya.
Tambahnya lagi, sikap tersebut penting bagi memastikan kedua-dua anaknya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terjaga.
Menurutnya, naluri sebagai ibu membuatkan dia lebih peka terhadap persekitaran serta lebih berhati-hati dalam setiap tindakan dan keputusan.
“Saya jadi macam ini sebab nak pastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin. Apa yang penting, saya nak mereka sentiasa selamat,” katanya berkongsi.
Dalam kesibukan sebagai seorang penyanyi dan figura awam, Syasya tetap meletakkan keluarga sebagai keutamaan utama dalam hidupnya. Baginya, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak adalah perkara paling penting.
Perjalanan sebagai seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia secara tidak langsung membentuk keperibadian yang lebih matang dalam diri Syasya sendiri. Setiap pengalaman yang dilalui menjadi pembelajaran yang mematangkan dirinya dari hari ke hari.
Daripada seorang yang lebih santai dan manja, kini dia lebih berdisiplin dalam mengurus kehidupan seharian, terutama apabila melibatkan anak-anak. Malah, cara percakapannya juga berubah menjadi lebih tersusun dan berhati-hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teknik pernafasan bersalin membantu ibu lebih tenang ketika kontraksi dan labour. Ketahui teknik breathing paling mudah, berkesan dan sesuai diamalkan sebelum bersalin.