Bagi yang mengikuti Instagram pelawak Achey dari kumpulan Bocey pasti cukup mengenali gelagat anak kesayangan Achey, Tiara Zinniriah yang pelbagai ragam.
Gelagat anak Achey yang bersahaja yang kelakar seperti ayahnya buat ramai yang terhibur malah ternanti-nanti video perkongsian dari Achey.
Sebelum ini Tiara pernah membawa tiang gol pada rambutnya tanpa sedar ketika bermain. Bukan itu sahaja malah Tiara juga turut ke masjid mengikuti ayahnya bersembahyang Jumaat. Semua ini membuatkan pengikut Achey ternanti-nanti ragam anak kecil itu.
Terbaru, Tiara sekali lagi beraksi selamba bila mana mengenakan ayahnya ketika bermain lompat tali atau lompat getah bersama ayahnya.
“Dia suruh abang Along record, lepas tu dia game ayah dia @tiara.zinnirah,” tulis Achey di kapsyen.
Ads
Achey yang memegang tali dihujungnya ternanti-nanti Tiara untuk melompat. Jauh tersasar, bagaimana pun anak kecil itu hanya membuat lompatan sebelum tali sahaja. Memang kelakar.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Achey amat terhibur menanti Tiara untuk melompat tali yang dipegang ayahnya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Tidak seperti kelahiran anak pertama, kali ini pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail lebih terbuka untuk berkongsi wajah bayi kedua mereka.
Menantikan wajah Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu, Neelofa nyata tidak lokek berkongsi beberapa video Abbas ketika menjalani sesi fotografi.
Wajah comel Abbas kelihatan jelas menerusi pantulan cermin yang dikongsikan olehnya.
Bukan itu sahaja, bahkan menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata ini juga dilihat turut berkongsi beberapa video dan momen Abbas di rumah.
Ada ketikanya Abbas dilihat dalam posisi meniarap begitu juga beberapa perkongsian lain ketika bermain bersama Bilal.
Ketika mengumumkan kelahiran bayi Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu, ramai yang menjangkakan Neelofa dan suami akan turut melakukan hal yang sama seperti kelahiran Muhammad Bilal bila mana mereka mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkan bayi mereka.
Berbeza kali ini, Neelofa dan Haris dilihat lebih terbuka.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu sememangnya membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia, terutamanya buat para ibu dan ayah. Tahun ini, kerajaan memperkenalkan pelbagai pelepasan cukai baharu yang memberi kelegaan besar kepada keluarga muda daripada yuran taska, perlindungan anak, sehinggalah kesihatan dan rawatan anak istimewa.
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan kos sara hidup yang meningkat, setiap inisiatif sebegini memberi makna mendalam buat ibu bapa yang berusaha memastikan kesejahteraan keluarga terus terjaga. Berikut 5 pelepasan cukai baharu yang wajib diketahui semua ibu ayah bagi tahun taksiran 2026 nanti.
Tahun Melawat Malaysia 2026 kini lebih bermakna buat seisi keluarga! Kerajaan memperkenalkan pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.
Langkah ini bukan sahaja membantu merancakkan semula industri pelancongan tempatan, tetapi juga menggalakkan keluarga mengambil peluang bercuti bersama sambil mengenali keindahan negara sendiri. Ibu ayah boleh jadikan percutian ini sebagai masa berkualiti bersama anak-anak tanpa rasa bersalah terhadap bajet keluarga.
Kesihatan anak-anak menjadi keutamaan. Mulai tahun taksiran 2026, semua jenis vaksin yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) — termasuk vaksin tambahan seperti Influenza, HPV, Rotavirus atau Chickenpox — kini boleh dituntut sebagai pelepasan cukai individu.
Ini bermakna ibu ayah tidak lagi terhad kepada vaksin tertentu sahaja, malah boleh memastikan anak menerima perlindungan imunisasi lengkap sambil mendapat manfaat cukai yang setimpal.
Berita baik untuk semua keluarga! Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful kini diperluas kepada anak-anak.
Langkah ini amat membantu ibu ayah menyediakan perlindungan kewangan menyeluruh buat seisi keluarga. Selain memberi ketenangan fikiran, ia juga membantu mengurangkan tekanan kewangan dalam jangka masa panjang.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) berumur 18 tahun ke bawah, kerajaan menambah baik sokongan melalui kenaikan pelepasan cukai daripada RM6,000 kepada RM10,000.
Pelepasan ini meliputi kos pemeriksaan, pengesanan awal, program intervensi dan rawatan pemulihan. Ia merupakan satu langkah besar ke arah memperkasakan anak-anak istimewa agar mereka mendapat peluang rawatan terbaik serta menyokong perkembangan potensi mereka sejak kecil.
Inilah berita yang paling dinantikan oleh ramai ibu bekerja! Kerajaan mengekalkan pelepasan cukai sebanyak RM3,000 untuk yuran pusat jagaan, taska, transit dan tadika, namun dengan penambahbaikan yang sangat membantu — had umur anak dinaikkan kepada 12 tahun.
Langkah ini memberi lebih ramai ibu bapa peluang menikmati manfaat tersebut, terutama bagi mereka yang masih menghantar anak ke pusat transit selepas waktu sekolah.
Secara keseluruhannya, Belanjawan 2026 benar-benar berpihak kepada ibu ayah Malaysia. Ia bukan sekadar memberi kelegaan kewangan, tetapi juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan sebenar keluarga masa kini.
Dari aspek penjagaan anak, kesihatan, pendidikan awal hingga kesejahteraan keluarga, semuanya diberi perhatian dalam belanjawan kali ini.
💡 Tip Pa&Ma:
Pastikan ibu ayah menyimpan semua resit berkaitan vaksin, yuran taska, insurans atau rawatan anak untuk memudahkan tuntutan cukai nanti. Setiap dokumen kecil itu boleh jadi penyelamat besar buat bajet keluarga!
Belanjawan 2026 kali ini bukan sekadar angka, tetapi satu harapan baharu untuk setiap keluarga agar dapat hidup lebih selesa, sihat dan bahagia bersama anak-anak tersayang. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu kesayangan Rozita Che Wan ini sememangnya sentiasa jadi perhatian ramai.
Walau tidak mengenakan solekan ke wajahnya, wajah Aaisyah lebih menyerlah.
Perkongsian tiga keping gambar Aaisyah yang sudah pun kembali ke sekolah selepas cuti penggal persekolahannya menarik perhatian ramai.
Mana tak nya, walau hanya mengenakan lip gloss nipis dan bertocang dua seperti kanak-kanak yang lain, Aaisyah tetap cantik persis ibunya.
Kongsi Che Ta menerusi Instagramnya, dek kerana teruja ke sekolah, anak kecilnya itu bangun seawal jam 5.30 pagi untuk bersiap ke sekolah.
“Anak kami school break dah habis, back to school. Hampa tau, 5.30 pagi dia dah mangkit mandi siap nak p sekolah. Excited punya pasai!
“Adoi yang ni pun, yala cuti sekolah lama kan jadi dia paling excited nak pergi sekolah,” ujar Che Ta bercerita.
Malah kata Che Ta lagi, walau pun gemar bercantik-cantik, anak kesayangannya itu tetap seperti anak kecil yang lain, yang sentiasa mengekorinya ke mana saja.
“Sama ja hampa dengan budak-budak lain, time cuti lah nak jenjalan ikut mak pak. Ada yang ikut p keja, ada yang p mandi sungai, mandi laut…ada yang main pondok pondok, ada yang main mekap mekap.
“Last holiday break dia, pantang nampak mak dia bersiap. Lagi lagi kalau shoot inai, cepat ja dia nak ikut kami hampa,” ujar ibu anak tiga ini lagi.
Pun begitu kata Che Ta lagi, walaupun minat anaknya sama seperti dirinya, kata Che Ta dia masih tahu membataskan had jika ke sekolah.
Biar hanya bersiap kemas dan cantik, namun pelajaran tetap diutamakan. Begitu kongsi Che Ta.
“Time sekolah, taklah kami letak sanggul ka apa ke ataih kepala dia tu, cukuplah tocang dua kat kepala dan liploss pemberian uncle @anaszahrin kesayangan dia tu…(tetap letak gloss ya, anak che ta kot)
“Takdak bulu mata aihh, hampa gila ka, nak kena ligan dengan kami.
“Penat bebel pepagi ni nak fahamkan netizen ni, jadi kami nak ucapkan good morning buat semua dari Aaisyah,” kongsi Che Ta lagi yang memilih sekolah antarabangsa islamik buat anak perempuannya itu.