Pada 28 Oktober 2023 lepas, telah berlangsungnya acara Project Parenting Care 2023 yang bertempat di KL Sentral, Kuala Lumpur. Tujuan acara ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada ibu ayah tentang kepentingan menjaga kesihatan serta keselamatan anak di dalam kenderaan.
Seramai 100 peserta yang mendaftar dan menghadirkan diri sejak awal pagi bagi memeriahkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna serta sesi talk bersama pakar. Paling menarik, setiap slot yang diadakan sepanjang hari mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta.
Kesemua mereka sangat aktif mengambil bahagian dalam setiap sesi kuiz dan tidak segan silu bertanya soalan kepada para panel yang ada. Memang gamat suasana dibuatnya!
Ramai Bayi Comel!
Salah satu aktiviti yang ada pada hari tersebut adalah Himpunan Bayi Comel Buckle Up yang meraikan 100 orang bayi yang memakai pakaian bertemakan kartun. Pujian harus diberikan kepada semua ibu ayah kerana sokongan dan semangat mereka membawa bayi dengan pelbagai props menarik bagi merebut kedudukan Top 5.
Ada yang mengenakan baju kartun adiwira, haiwan comel dan banyak lagi. Paling comel, ada juga ibu ayah yang turut memakai baju mengikut tema kartun. Semangat betul!
Kesedaran Tentang Keselamatan Dalam Kenderaan
Biarpun Himpunan Bayi Comel Buckle Up ini diadakan secara santai, namun tujuan asal Project Parenting Care 2023 ini tetap tidak dilupakan. Kehadiran Child Occupant Safety Trainer, Ms. May Hwong mewakili jenama car seat Joie telah membuka mata para ibu ayah untuk mengutamakan keselamatan di dalam kenderaan.
Ads
Di dalam perkongsiannya, Ms. May bercerita tentang kesukaran untuk mencari carseat terbaik untuk anak-anaknya dahulu. “Ketika mencari car seat untuk anak-anak saya dahulu, memang susah nak cari produk yang menepati standard saya. Ada yang keras, sukar dikendalikan dan meninggalkan kesan lekuk jika dipasang di atas tempat duduk dalam kereta.
Saya dirahmati dengan empat orang anak lelaki. Dua daripada mereka kembar. Ketika itu lebih sukar untuk mencari car seat terbaik. Memandangkan ahli keluarga bertambah, saya dan suami perlu menukar kereta bagi memastikan kesemua car seat boleh dimuatkan di dalamnya.“
Cari Carseat Yang Sesuai & Pasang Dengan Betul
Tambah Ms. May lagi, dia banyak membuat kajian tentang carseat dan keberkesanannya untuk menjamin keselamatan anak-anak di dalam kenderaan. Oleh itu, dia telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan jenama car seat yang berkualiti dari luar negara.
Ads
Pada ketika itu, Ms. May memasang Hasrat untuk membantu lebih ramai ibu ayah untuk mendapatkan car seat berkualiti serta menitikberatkan soal keselamatan anak ketika di dalam perjalanan menaiki kenderaan.
Ms. May turut memperkenalkan standard terbaharu iaitu ECE R129 yang jauh lebih baik kerana kualiti car seat telah dinaiktaraf serta lebih mudah untuk dikendalikan. Di dalam sesi Joie, Ms. May dan pembantunya, Ms. Farah telah menunjukkan demonstrasi untuk memasang car seat di dalam kenderaan serta cara yang betul untuk memastikan anak-anak selamat dan selesa di dalamnya.
Ibu Ayah Tunjuk Skil Buckle Up Anak!
Bukan saja cara pasang car seat perlu diberikan perhatian tetapi bagaimana kedudukan anak di dalamnya juga sangat penting supaya keselamatan lebih terjamin. Di dalam sesi game, empat orang ibu dan ayah telah dipilih untuk mencuba meletakkan anak di dalam car seat dengan cara yang betul.
Selesai setiap ibu dan ayah ini buckle up anak mereka, Ms.May dan Ms.Farah akan meneliti dan memberi tip serta teguran. Terbukti, sesi ini sangat memberi manfaat! Kesemua ibu ayah memberi tumpuan sepenuhnya untuk belajar ilmu baharu dan teruja untuk mencuba setiap tip yang diberikan.
Ads
Peserta Bawa Balik Pelbagai Hadiah Istimewa
Untungnya semua peserta Himpunan Bayi Comel Buckle Up kerana setiap seorang membawa pulang beg istimewa. Selain goodies dari Pa&Ma, ada juga peserta yang memenangi pelbagai hadiah ketika sesi Cabutan Bertuah.
Antara hadiah yang diberikan adalah seperti beg sandang berjenama, pam susu elektrik, tiket Zoo Melaka untuk kanak-kanak, tiket masuk ke Farm In The City serta yang paling dinanti-nantikan adalah sebuah car seat jenama Joie dengan standard ECE R129!
Kalau sudah tertulis rezeki, pasti ada hadiah yang dibawa pulang. Ketika sesi bersama Ms. May juga seramai lima orang pemenang bertuah telah memenangi hadiah istimewa kerana berjaya menjawab soalan berkaitan car seat.
Tahniah kepada semua pemenang bertuah serta terima kasih tidak terhingga kerana banyak menyokong Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 11-18 September yang lalu, Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) Malaysia telah mengadakan Program “4th ANNUAL CONFERENCE : THE ARTS AND SCIENCE OF BREASTFEEDING 2nd TELECONFERENCE (TASB) 2021”. Program ini merupakan kali yang keempat pada tahun ini dan telah bersiaran secara atas talian untuk kali yang kedua menggunakan aplikasi Zoom akibat pandemik Covid-19.
Menariknya program ini adalah kerana ia melibatkan 23 penceramah hebat dan dua daripadanya merupakan panel antarabangsa. Sebanyak 23 topik berkaitan penyusuan susu ibu telah dibincangkan sebanjang webinar ini.
Antara ringkasan topik yang dibawakan oleh para penceramah adalah seperti vaksin Covid-19, cabaran pandemik, penyusuan untuk bayi pra matang/bayi kembar/bayi sumbing dan bayi istimewa dengan kelainan otot mulut. Selain itu, webinar ini turut membincangkan topik yang menjadi kegemaran ramai seperti emosi dan depresi, kanser payudara dan struktur susu ibu.
Tambah menarik, turut terdapat topik-topik yang dekat dengan hati para ibu seperti makna tangisan bayi dan bahasa bayi, panduan menulis di laman sosial, rawatan cetusan laktasi, masalah berat badan bayi, perkhidmatan kaunseling penyusuan secara online serta rawatan untuk Mastitis dan Breast Abscess.
Barisan penceramah yang terlibat sepanjang webinar berlangsung adalah seperti:
– Dr Hairin Anisa Tajudin (Pakar Pediatrik & Laktasi (IBCLC) Pusat Rawatan Adda)
– Pn Nurdiana Mohd Rasid (Pengarah HBM Breastfeeding Centre)
– Pn Nurul Shahira Ahmad Maswah (Terapis Cara Kerja)
– Assoc. Prof. Dr Karleen Gribble (Adjunct Associate Professor)
– Dr Zurraini Arabi (Pensyarah Senior Perubatan)
– En Shahir Shamshuddin (Pegawai Sains Pemakanan)
– Dr Tan May Loong (Pensyarah Senior, Timbalan Dekan Untuk Penyelidikan)
– Dr Tan Ee Ping (Konsultan Obstetrik & Ginekologi)
– Assoc. Prof. Dr Zaharah Sulaiman (Pensyarah Perubatan dan Konsultan Laktasi)
– Dr Nurjasmine Aida Jamani (Pakar Perubatan Keluarga & Pensyarah)
– Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib (Konsultan Tangisan Bayi)
– Dr Nurul Azreen Hashim (Konsultan Psikiatri & Pensyarah Senior)
– Dr Ezura Madiana Md Monoto (Pensyarah & Konsultan Perubatan Keluarga)
– Dr Ning Desiyanti Soehartojo (Konsultan Laktasi)
– Assoc. Prof. Dr Puteri Shafinaz Akmar Abdul-Rahman (Associate Professor)
– Dr Siti Norhazlin Mohd Said (Ketua Jabatan & Pakar Pergigian Pediatrik)
– Dato’ Dr Zuraidah Abd Latif (Konsultan Pediatrik & Neonatal)
– Pn Surainee Wahab (Pengarah Persatuan Nutrisi & Laktasi Malaysia (PELAKSANA))
– Dr Zilal Saari (Pensyarah Senior)
– Pn Siti Mariam Ali (Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan))
– Dr Ahmad Ridzuan Rahman (Pengasas Shahirah Wellness Centre & SWC Health Care)
– Dr Khalid Iqbal (Pakar Neonatal & Konsultan Laktasi)
– Prof Dr Zamri Radzi (Profesor)
Webinar ini mensasarkan kakitangan barisan hadapan, pemilik mahupun pekerja di pusat jagaan ibu berpantang, tukang urut ibu bersalin atau terapis serta kaunselor penyusuan dan laktasi di bawah pelbagai institusi. Ini berikutan kumpulan ini meruapakan yang paling dekat dalam berurusan dengan ibu selepas bersalin, berpantang dan menyusukan bayi. Syabas kepada BCNP di atas kejayaan webinar mereka ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah masih berbaki, jadi mama papa masih merancang apa nak buat dengan anak-anak. Jangan pening-pening sebab Astro akan adakan satu acara yang best iaitu Hello, Friends! Home of Kids untuk mama papa dan anak di Main Atrium, LaLaport Bukit Bintang City Centre. Acara ini bakal bermula dari 2 sehingga 10 Mac tau!
Paling best, ada macam-macam aktiviti menarik antaranya konsert mini bersama Pinkfong & Baby Shark, Didi & Friends dan Omar Hana. Bukan tu saja, anak-anak mesti teruja dapat beramah mesra dengan pelbagai karakter animasi terkenal. Ada Upin Ipin, Bluey, Lawak Kampus, Boboiboy dan XTY Tong Tong & Doo Doo.
Anak-anak boleh menyertai pertandingan mewarna Didi & Friends dan bermain game console simulasi memasak di booth Makania serta bermain gelongsor besar ‘Pinkfong Adventure Boat’.
Kalau nak upload foto OOTD dan selfie bersama anak-anak bolehlah bergambar di photo booth Bluey, Didi & Friends dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung pun boleh menang macam-macam hadiah ekslusif menerusi aktiviti putaran roda istimewa.
Juga ada penampilan istimewa iaitu Amir Sisi yang merupakan pemenang The Chosen One 2023 serta kemunculan peserta rancangan realiti Rioh Rimba iaitu Hawa Rizwana, Ikhmal Nour dan Putera Muhammad.
Mama papa dan anak-anak juga boleh berjumpa dengan barisan pelakon Kampung Puasa iaitu Mikael Noah dan Firman. Wafiy Ilhan (peserta The Real Men 2023) pun ada untuk memeriahkan acara di sana.
.Jadi, tunggu apa lagi? Bawalah anak-anak berseronok bersama Astro di LaLaport Kuala Lumpur bermula Sabtu ini!
Anda juga boleh menikmati pengalaman baru Astro dengan Ultra Box dan Astro GO serta tawaran eksklusif Astro dengan diskaun 30% bermula daripada hanya rm41.99/sebulan.
Untuk maklumat lanjut acara “Hello, Friends! Home of Kids”, layari astro.com.my/hello
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama menanti, akhirnya pasangan selebriti media sosial, Duriankimchi, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim dapat kembali pulang ke kampung halaman Maryam di Korea.
Menerusi Instagramnya, dan Maryam mahupun Ryzal turut berkongsi cerita balik kampung mereka yang dipenuhi dengan aktiviti bermain salji.
Ia pastinya satu perjalanan paling menarik buat anak pasangan ini, Nik You Rina yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Korea itu.
Setelah pulang ke negara ini ketika musim pandemik yang melanda dunia, inilah pertama kali keduanya dapat pulang ke Korea. Begitu juga dengan Rina yang baru berkesempatan balik kampung di usianya baru setahun dua bulan.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat Rina yang baru berkesempatan bermain salji.
Jelas Rina yang baru ‘dapat kaki’ berjalan itu nampak cukup aktif dan riang bermain dengan salji dan berjalan-jalan bersama neneknya.
Apa lagi ketika di agah bapanya dengan salji. Nampak cukup gembira Rina bersama ibu dan ayahnya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini serta pengikut setia Rina turut teruja melihat aksi comel Rina bermain salji apa lagi aksi balik kampungnya yang hanya bermain salji di sebelah rumah. Memang comel.
Kadang lepas menyusu, baby tiba-tiba meragam? Mungkin dia belum sempat sendawa! Ibu dah tahu cara paling senang nak bantu dia?Bayi yang baru lahir hingga...