Biasa makan kek hokkaido yang ada filling di dalamnya, kali ini apa kata buat pula Hokkaido Cheese Tart. Caranya tak lah susah sangat, ia lebih kurang resipi cheese tart tapi ada beberapa penambahan lain.

Kalau rasa leceh nak buat kulitnya, boleh beli yang dah siap kulit cheese tart di kedai bakeri. Cuma buat je fillingnya ikut citarasa kemanisan yang anda mahu.

Tak rugi buat sendiri. Berbaloi sangat berbanding kalau nak beli yang dah siap. Ada masa santai bolehlah cuba dengan anak-anak.

Hokkaido Cheese Tart Leleh. Resipi Simple & Senang Sangat Nak Buat!

HOKKAIDO CHEESE TART

Bahan kulit :

100gm marjerin
30gm gula kastor
150gm tepung gandum
1 kuning telur gred B

Hokkaido Cheese Tart Leleh. Resipi Simple & Senang Sangat Nak Buat!

Cara buat kulit:

IKLAN

1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.

2. Masukkan kuning telur kacau sebati.

3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.

4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.

5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.

6. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit.

IKLAN

7. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.

Hokkaido Cheese Tart Leleh. Resipi Simple & Senang Sangat Nak Buat!

Bahan filling cream cheese :

250gm cream cheese/krim keju
200gm isi durian (optional)
40gm mentega
1 putih telur
1 sudu teh esen vanilla
1 kuning telur untuk sapuan
120gm dairy whipping cream
60gm gula kastor

1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.

2. Whisk@pukul di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.

IKLAN

3. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata kalau berketul boleh kacau guna mixer hingga licin.

Hokkaido Cheese Tart Leleh. Resipi Simple & Senang Sangat Nak Buat!4. Masukkan ke dalam piping bag plastik dan picit ke dalam kulit tart.

5. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan kemudian barulah sapu kuning telur.

Hokkaido Cheese Tart Leleh. Resipi Simple & Senang Sangat Nak Buat!6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°c selama 6 minit.

7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resepi & foto : Azizi Zamani

Nak dapatkan keperluan dapur yang memudahkan kerja anda, klik je di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI