Ads

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani ‘Pasang’ Impian!

Setiap anak ada cerita dan impian mereka sendiri. Ada yang mahu menjadi doktor, ada yang teringin terbang ke angkasa, malah tidak kurang juga yang bercita-cita untuk menjadi guru, polis atau anggota bomba.

Meraikan impian kecil inilah yang menjadi antara pengisian menarik Astro Home of Kids (HOK) 2026 yang kembali dengan tema “Discover Your Dreams”, membawa misi untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka minat, mengenali potensi diri dan berani membayangkan masa depan mereka.

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

Bersempena dengan sambutan Astro ke 30, Astro membawa misi penjelajahan Astro Home of Kids 2026 ke destinasi pertamanya di Queensbay Mall, Pulau Pinang bermula dari 21 hingga 23 Ogos 2026 yang lalu. Home of Kids bukan sekadar menawarkan hiburan, tetapi turut menyediakan pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen keseronokan, kreativiti dan pembelajaran untuk anak-anak serta keluarga.

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

60 Anak Kecil, 60 Impian Berbeza

Suasana di Queensbay Mall bertambah meriah dengan berlangsungnya Kids Parade March “Himpunan Cita-Cita” bersama Pa&Ma, yang menyaksikan si cilik tampil penuh gaya dan keyakinan memperagakan kerjaya impian masing-masing.

Seramai 60 kanak-kanak tadika mengambil bahagian dalam perarakan ini dengan pelbagai kostum menarik yang mencerminkan cita-cita mereka. Daripada angkasawan, doktor dan guru hinggalah pegawai polis serta anggota bomba, setiap peserta hadir dengan gaya tersendiri sambil membawa imaginasi kerjaya mereka ke pentas sebenar.

Ads

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

Walaupun nampak seperti sekadar bermain dan bergaya, aktiviti sebegini sebenarnya memberi ruang kepada anak-anak untuk mengekspresikan diri, berkongsi impian dan membina keyakinan untuk tampil di hadapan orang ramai.

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

Ads

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

Hari ini mereka mungkin hanya memakai kostum seorang doktor. Tetapi siapa tahu, bertahun-tahun dari sekarang, mereka benar-benar akan memakai kot putih itu sebagai kerjaya pilihan.

Bukan Sekadar Datang dan Bermain

Sepanjang Home of Kids, kanak-kanak dan keluarga turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan maskot, sesi Meet & Greet bersama karakter kegemaran serta stesen aktiviti yang menggalakkan kreativiti dan imaginasi.

Ads

Lebih istimewa, sempena sambutan Hari Kebangsaan, pengunjung juga berpeluang bertemu karakter popular seperti Paw Patrol, Pinkfong, CoComelon, Didi & Friends, Makania, Oga dan The Eggies.

Home of Kids Kembali Lagi, Ajak Anak-Anak Berani 'Pasang' Impian!

Menurut Christinne Lim, Chief Marketing Officer Astro, setiap kanak-kanak wajar diberi peluang untuk bermimpi besar, meneroka minat dan mengenali potensi diri.

Melalui Home of Kids, Astro mahu mencipta pengalaman bermakna yang dapat mencetuskan rasa ingin tahu, kreativiti dan keyakinan anak-anak, di samping mengeratkan hubungan keluarga melalui karakter dan cerita yang dekat dengan mereka.

Dalam meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pula, Astro turut berharap pengalaman ini dapat menyemai rasa bangga dan aspirasi dalam diri generasi muda Malaysia ketika mereka membayangkan masa depan yang ingin mereka cipta.

Perjalanan Home of Kids Belum Berakhir

Selepas Pulau Pinang, Astro Home of Kids akan meneruskan pengembaraannya ke Pavilion Damansara Heights pada 6 hingga 8 November 2026, diikuti Johor Bahru dari 4 hingga 6 Disember 2026 sebelum melabuhkan tirai di Sunway Pyramid dari 24 hingga 27 Disember 2026.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Emosi Selepas Bersalin: Watie Dedah Seribu Rasa Sukar Hampir 5 Bulan!

Emosi Selepas Bersalin Belum Reda, Watie Dedah Seribu Rasa Sukar Hampir...

Emosi selepas bersalin masih dirasai Watie Hanifiah hampir lima bulan selepas melahirkan Akira. Dia berkongsi tentang seribu rasa yang sukar dijelaskan.