Homemade Pes Tomato Sedapkan Masakan Anak. Semua Dah Cukup Rasa!

Share

Perlu diketahui mencampurkan garam dan gula dalam makanan bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan kerana akan memberi kesan pada kesihatan dan mungkin boleh menganggu sistem buah pinggang si kecil.

Begitu juga penggunaan gula dalam makanan anak ia tak digalakkan atas beberapa faktor. Jadi bagi ibu yang mempunyai anak 6 bulan ke atas dan memikirkan untuk memasak menu makanan anak pasti akan terdetik satu perasaan iaitu kalau tak dicampurkan gula dan garam pasti tak sedap.

Sebagai alternatif untuk ibu, sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan dengan menggunakan bahan asas yang lebih selamat.

Antaranya jika ingin menyedapkan makanan anak, boleh letakkan serbuk bilis yang dibuat sendiri atau pun serbuk ayam. Bukan itu saja chicken bone broth juga antara penyedap makanan dan berkhasiat untuk anak. Ibu boleh ambil masa buat sendiri dan simpan buat stok.

Selain tiga jenis penyedap makanan itu, resipi pes tomato yang dikongsikan oleh Siti Rashidah Jasimin boleh ibu buat untuk beberapa jenis masakan anak. Cuba pelbagaikan menu anak pasti buatkan anak tak cepat bosan dan sentiasa berselera untuk makan.

Berikut antara cara-cara untuk membuat pes tomato. Selain buah tomato, antara bahan asas lain seperti lobak merah, batang saderi dan bawang.

Kegunaan untuk pes ni ialah mommy-mommy boleh buat masak
• Tomyam
• Ayam Masak Merah
• Ikan Sweet Sour
• Kuah Spaghetti

PES TOMATO

• Tomato 2 Biji
• Lobak Merah 1 Batang
• Bawang Putih 2 Ulas
• Bawang Holland 1/2 Biji
• Batang Saderi 1/2

CARA-CARA
••••••••••••
• Buang biji tomato
• Kukus carrot
• Kisar semua bahan dengan air sikit

• Masakkan sampai mendidih dan air berkurang

• Masukkan dalam ice cube tray
• Frozenkan 1 malam


• Dah siap masukkan dalam plastik

SELAMAT MENCUBA !!!

Kredit: Siti Rashidah Jasimin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN