Kalau anak-anak jenis suka makan pasta atau mee, mama boleh buat ikut selera anak-anak. Biasanya kalau anak kecil, mereka lebih sukakan spageti carbonara.
Apa kata mama cuba buat sendiri sos carbonara, bolehlah guna resipi yag dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar via group MAHN.
Mungkin nak beli tak ada masalah, cuma kalau makan berulang kali tu, kosnya juga besar Sebab satu tin pun harganya boleh tahan juga.
RESIPI HOMEMADE CARBONARA SOS
Jom buat sendiri sos carbonara. Yang tak pandai masak pun confirm jadi.
Cara buat sos carbonara versi SIMPLE Dan JIMAT KOS tapi rasanya memang TIP TOP macam yang famous di pasaran. Memang berbaloi pada ibu-ibu yang ada anak ramai dan nak jimat bajet. Yang nak meniaga pun boleh pakai resepi ni.
Ads
Bahan-bahan:
– Susu cair 1 tin (Nak jimat beli kat ECO)
– 1 biji bawang Holland
– 1 kiub pati ayam
Ads
– Isi ayam (nak pakai seafood atau apa-apa lauk pun boleh tapi kali ni boleh pakai mushroom shitake kering)
– Mixed Herb (kalau xde takpe tapi kalau ada memang tambah-tambahlah sedap)
– 3-4 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
– Minyak untuk menumis (kalau ada minyak zaitun lagi sedap.. tapi minyak masak pun ok)
– Air 2 tin (Sukat pakai tin susu cair.. saya lebihkan lagi sebab nak buat kuah banyak)
Cara-cara:
Tumis bawang holland yang dipotong dadu sampai naik bau, lepas tu masukkan ayam. Bila ayam dah masak masukan susu cair, kiub pati ayam, mixed herbs, garam dan air. Kacau sampai mengelegak.
Lepas tu masukkan tepung jagung (bancuh dengan air dulu yer) untuk bagi kuah pekat. Siap dah.. Bolehlah dihidang dengan spageti atau fettucini.
Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar via group MAHN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali makan lauk simple pun boleh bertambah makan nasi. Tak semestinya mesti ada kuah. Cuma untuk nak sedapkan lagi makanan tu letak sekali dengan kicap, sambal belacan atau ulam lagi berselera.
Bagi ibu bapa, pilihan ikan antara yang boleh membuka selera berbanding menu ayam. Mungkin anak-anak kalau ikan mereka akan memilih sikit kerana alasannya banyak tulang. Tapi mungkin resipi ikan ini anak akan suka kerana menggunakan ikan bersaiz besar dan tak banyak tulang.
Mungkin dah buat sekali, menu ikan rebus style Kelantan & Thailand ini akan jadi kesukaan satu keluarga. Tak percaya cubalah buat nanti.
Perkongsian resipi dari Dapur Kak Wan ini boleh anda cuba dan pastinya boleh makan bertambah nasi.
Ikan Rebus Style Kelantan & Thailand
Sedap juga ye ikan rebus style kelantan, Thailand ni. Pastu Kak Wan goreng, makan nasi cicah budu.. Tak jadi diet. Makan yang rebus ambik kuah dia pun sedap.
Resepi untuk seekor ikan aye hitam @ ikan tongkol siaz sedang.
Mula-mula letak bahan seperti:
1) 4 batang serai ketuk-ketuk
2) Nisan atau gula melaka sedikit patah-patahkan.
3) Daun limau purut 6 helai carik2kan.
4) Bawang Putih 6 ulas di ketuk.
5) Asam keping 8 keping
6) Garam kasar 1/2 sudu besar
7) Lepas tu susun ikan aye dalam periuk.
8) Letak cili api
9) Masukkan air paras2 ikan je.
10) Rebus dalam periuk tutup ye periuk. Agak-agak dah sebati ikan pun dah masak. Tadaaa siap.
Ikan boleh goreng @ di makan rebus begitu saja.
Selain ikan aye, ikan selayang atau sardin yang saiz besar pun boleh. Selamat Mencuba uolls.
Sumber: Dapur Kak Wan via MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila bayi sudah boleh mula makan bubur atau makanan pejal lain seawal 6 bulan, pasti ibu-ibu sangat teruja untuk memperkenalkan pelbagai menu baru kepada bayi yang baru nak belajar makan dan merasai pelbagai rasa makanan.
Jika ibu teruja, bayi lebih lagi teruja dan sentiasa tidak sabar untuk menunggu waktu makan. Ini kerana bermacam-macam menu kreatif yang ibu sediakan untuk si manja tersayang.
Mungkin permulaan bayi nak makan, ibu boleh cuba dulu sikit-sikit bubur kosong diikuti dengan puri sebelum bagi set bubur lengkap.
Bagi memudahkan kerja ibu dan memberi keseronakan kepada anak supaya tak mudah jemu, boleh cuba buat stok serbuk ayam homemade untuk menyedapkan makanan si kecil.
Berikut perkongsian dari Puan Ummi Humaira mengenai caranya buat serbuk ayam untuk ditambah dalam makanan anaknya.
Harini saya cuba buat serbuk ayam. Alhamdulillah jadi. Cuma saya lupa ambik gambar masa rebus.
Cara-caranya:
1) potong kecil ayam. Bahagian isi je tau. 2) cuci bersih la kan lepas potong kecil. 3) rebus sampai nampak gebu empuk. 4) lepastu asingkan isi ngn air rebusan. 5) tapis atau toskan. 6) pastu carikkan ayam . Tujuan nya supaya mudah nak sangai tu cepat la sikit keringnya..
7) sangai isi ayam yg di carik tu sampai nmpk garing. Kalau lambat sangat rasa, angkat la dulu, biar sejuk. Masukkan isi yang di sangai tadi dalam blender..
8) blender la sampai nampak halus sikit.. 9) sangai semula biar kering..
And last !!!!!! 10) blender lagi sekali . Jadilah halus mulus camtu.
Lepas dah halus mulus macam tu. Masuk dalam bekas kedap udara.
* saya guna blender kasar jee. Tapi pastikan blend tu tak pedas. Kalau boleh asingkan blend kita dengan blend baby.
* boleh simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller dan tahan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan. Jika nak guna taburkan atas bubur atau dalam menu masakan anak.
Jarang-jarang kita menikmati Kek Indulgence apatah lagi cuba membuatnya sendiri di rumah. Namun rupanya menyediakan kek ini tidaklah sesukar mana. Boleh cuba hasilkan sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Pn Ariana Sofia Ahmad.
Resipi langkah demi langkahnya yang lengkap buat kita merasa yakin untuk mencuba. Memang terbaik!
Kek Indulgence ni bila makan sejuk lagi sedap. Kek coklat ni dari resepi asal kek coklat moist yang ariana pernah share sebelum ni cuma diubah sikit supaya tekstur kek lebih sesuai bila diletak cream. Cara setiap orang mungkin berbeza.
Resipi Kek Indulgence – sedap macam aiskrim.
Bahan Kek:
3 biji telur gred B
1 sudu besar ovallete
2 cawan @ 220g tepung gandum
3/4 cawan @ 60g serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk esen vanila
3/4 cawan @ 135g gula halus
3/4 cawan @ 180g susu pekat manis
3/4 cawan @ 135ml minyak
3/4 cawan @ 150ml air panas
Bahan Cream putih:
150g cream cheese
300ml non dairy whipping cream@ fresh cream
2 sudu besar gula aising
Bahan Cream coklat
180g dark compound coins (beryl’s)
350g non dairy whipping cream @ fresh cream
Untuk kek, mula-mula mix gula, ovallete Dan telur hingga sebati. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Sambung mix hinggalah sebati. Tak perlu mix lama.
Lepas tu ayak serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Mix hingga sebati. Adunan memang pekat. Lepas tu masukkan minyak masak dan mix bagi sebati je. Sampai adunan jadi licin. Lepas tu masukkan air panas dan kacau guna spatula sahaja.
Bila adunan dah sebati ambil loyang 8 inci dan lapik baking paper di bawah dan letak tepi loyang. Kalau taknak letak baking paper tepi loyang, sapu butter atau marjerin. Wrap loyang dulu sebelum dikukus supaya air kukusan tak menitik.
Kukus selama 50-60 minit @ sehingga masak.
Sementara tunggu kek masak, buat cream coklat. Cairkan dark compound coins dengan cara double boil. Bila dah cair biarkan sejuk sekejap.
Lepas tu masukkan non dairy whipping cream yang masih sejuk. Mix hingga bila diterbalikkan tak jatuh tapi jangan terlebih mix nanti keluar air @ada bubble.
Lepas tu masukkan coklat yang sejuk tadi. Kacau guna spatula sahaja sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan dalam pipping bag supaya senang nak letak atas kek. Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit supaya tak mudah cair dan senang nak lepa atas kek.
Bila kek dah masak, terbalikkan terus kek supaya kek tak mendap. Tanggalkan baking paper dan biarkan dalam 10-15 minit sebelum diterbalikkan pada kedudukan asal.
Sementara tunggu kek sejuk, buat mousse putih pulak. Mix cream cheese dan gula aising hingga sebati. Masukkan non dairy whipping cream yang sejuk dan mix hingga pekat. Sampai tekstur jadi macam ni. Lepas tu masukkan dalam pipping bag dan bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak. Letak dalam peti ais 10-15 minit.
Kek tadi potong pada 4 bahagian. Permukaan atas kek kalau ada yang tak rata bolehlah potong nipis supaya sekata. Boleh tengok video cara nak potong. Untuk susunan, mula-mula ambil 1 potongan kek, Lepas tu letak 1 pipping bag cream putih. Ratakan cream ni hingga sekata. Dalam video boleh tengok lebih jelas cara ratakan.
Ambil lapisan kek yang kedua dan letak atas. Lepas tu letak cream coklat yang beratnya sama 1 pipping bag cream putih atau sama layer. Ratakan hingga sekata.
Lapisan kek yang ketiga, ulang semula letak cream putih 1 pipping bag lagi. Lepas dah ratakan, letak kek yang terakhir@kek yang ke 4 macam dalam gambar ni.
Lapisan terakhir letak cream coklat yang ada dan sapukan nipis di bahagian atas sekali termasuklah di sekeliling kek. Tebal cream coklat bahagian atas tak perlu sama tebal dengan lapisan lain, nanti cream coklat tak cukup. Hanya sapu nipis diatas kek dan sekeliling kek.
Ratakan cream coklat ni hinggalah licin. Nak senang ratakan, celup pisau dalam air panas dan lap pisau, guna pisau panas tu untuk ratakan cream coklat ni. Dah siap masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi cream lebih kemas dan tak cair bila nak tuang coklat ganache nanti.
Untuk buat coklat ganache cairkan dark compound coins dan butter dengan cara double boil. Bila coklat dah cair, masukkan dairy whipping cream dan kacau sebati. Biarkan coklat sejuk Dalam 35-36°c sebelum curah atau tuang atas kek.
Keluarkan kek dari peti ais dan tuangkan coklat atas kek ketika coklat masih cair. Nak ratakan coklat pun kena buat ketika coklat masih cair. Jika tengah ratakan coklat dan coklat macam dah nak keras, guna pisau panas untuk ratakan. Supaya permukaan jadi licin dan kemas.
Atas kek ni saja letak white coklat yang dicairkan. Tak letak pun takpe. Sapu atau lap keliling papan dengan tisu atau Kain supaya nampak kek lebih bersih dan kemas. Masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi coklat keras.
Penyakit Buah Pinggang Kronik Tahap 4 tidak menghalang seorang ibu meneruskan kehamilan berisiko tinggi. Kisah Shaa Shidie ini menyentuh hati apabila sanggup mempertaruhkan nyawa demi melahirkan anak yang dinantikan selama empat tahun.