Ramai ibu ayah rasa hospital itu “safe zone” bersih, ada nurse, ada doktor. Tapi sebenarnya, dari sudut kawalan jangkitan, hospital adalah tempat paling tinggi risiko tercemar.
Sebab itu penting untuk kita faham kenapa kanak-kanak tak sesuai dibawa ke hospital untuk menziarah orang yang sakit atau tanpa keperluan, dan kenapa lantai hospital bukan tempat untuk duduk, makan atau biarkan anak bermain.
Ikuti perkongsian ini daripada penjelasan Public Health Malaysia, yang sejak dulu memang menekankan tentang keselamatan jangkitan di fasiliti kesihatan.
Gambar Sekadar Hiasan
“Lantai hospital nampak bersih, licin berkilat. Ramai rasa ok je duduk, bagi anak main, siap makan sekali atas lantai.”
Tapi dari sudut kawalan infection, cerita dia lain sikit.
1. Kenapa lantai hospital tak digalakkan untuk duduk dan makan?
Lantai adalah tempat semua kuman jatuh. Kasut pelawat, kerusi roda, troli pesakit, troli linen, tong sampah semua lalu di atas permukaan yang sama. Kadang ada darah, muntah, air kencing atau cecair badan lain tertumpah sebelum dicuci. Mata kita nampak bersih dan berkilat, tetapi baki kuman yang halus masih boleh ada.
2. Bukankah lantai hospital dibersihkan berkala setiap hari?
Ya, memang ada pembersihan berkala. Tetapi pembersihan mengurangkan kuman, bukan kosongkan seratus peratus. Pesakit dan pelawat keluar masuk tanpa henti. Setiap langkah kasut dan setiap pergerakan troli boleh bawa kuman baru ke lantai. Sebab itu di hospital, lantai jarang betul betul “clear” daripada kuman.
Ads
3. Apa masalah kalau anak duduk dan main di lantai hospital?
Anak kecil suka merangkak, baring, letak tangan di lantai kemudian masukkan tangan ke mulut atau pegang botol susu. Sistem imun mereka belum matang. Kalau terdedah kepada kuman hospital yang lebih kuat, jangkitan yang mereka dapat boleh jadi lebih teruk berbanding kalau bermain di rumah.
4. Adakah ini bermakna hospital tidak selamat?
Bukan hospital tidak selamat, tetapi hospital memang tempat berkumpulnya ramai orang sakit. Jadi peraturan kawalan jangkitan perlu lebih ketat. Elak duduk dan makan di lantai, elak biar anak merangkak di lantai wad, dan biasakan cuci atau sanitise tangan. Langkah ini diambil supaya hospital kekal selamat untuk pesakit dan pelawat.
5. Kalau tak boleh duduk dan makan di lantai, nak makan di mana?
Gambar Sekadar Hiasan
Gunakan kerusi dan meja yang disediakan di wad, di ruang menunggu, pantry atau kantin hospital. Kalau perlu makan dekat pesakit, duduk di kerusi dan letak makanan atas tray atau meja kecil. Elakkan bentang makanan atas lantai di tepi katil pesakit.
Ads
6. Apa amalan paling selamat bila berada di hospital?
Elakkan lepak dan berkumpul di lantai, jangan biar anak bermain di lantai wad, pakai kasut atau selipar, dan sentiasa jaga kebersihan tangan. Nampak macam perkara kecil, tetapi inilah yang bantu kurangkan risiko jangkitan yang tidak perlu.
7. Hospital kerajaan dan swasta sama ke dari segi risiko lantai?
Dari sudut kuman, ya hampir sama. Kedua dua menempatkan ramai pesakit dengan pelbagai jangkitan, kedua dua ada pelawat, troli dan linen kotor yang keluar masuk, dan kedua dua bergantung kepada pembersihan berkala. Tiada hospital yang boleh janji lantai sentiasa bebas kuman. Jadi, sama ada hospital kerajaan atau swasta, aturan tetap sama. Lantai bukan tempat duduk, bukan tempat main dan bukan tempat makan.
8. Penyakit apa yang kita risau boleh ada di lantai hospital?
Antara yang mungkin wujud
Ads
• Jangkitan usus seperti E. coli, Salmonella dan virus usus yang boleh sebabkan cirit birit dan muntah
• Jangkitan kulit dan luka seperti Staphylococcus aureus termasuk yang tahan antibiotik contohnya MRSA
• Jangkitan pernafasan daripada titisan batuk dan bersin yang jatuh ke permukaan kemudian berpindah ke tangan dan muka
.
Ringkasnya, lantai hospital memang kelihatan bersih dan licin, tetapi dari sudut kuman ia bukan zon selamat untuk duduk, makan dan biar anak bermain.
Walaupun lantai hospital nampak bersih, licin dan berkilat, hakikatnya ia bukan zon selamat terutama untuk kanak-kanak. Hospital adalah kawasan berisiko tinggi jangkitan, dan sebab itulah penting untuk jaga kebersihan serta elakkan anak kecil bermain atau makan di lantai.
Keselamatan anak bermula dengan langkah kecil termasuk cara kita duduk, bergerak dan makan ketika berada di hospital.
Sumber: Public Health Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kendong anak cara Tok Ram, “Dah macam bola ragbi Izzara dibuatnya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Kendong Anak Cara Tok Ram, “Dah Macam Bola Ragbi Izzara Dibuatnya”
Tular satu video di TikTok memaparkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Menerusi video dimuat naik akaun Alyah.hasan, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.
Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-rata terhibur melihat cara pengarah muzik itu menggendong Izzara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa Ramli kelihatan sangat bahagia sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Patung kecil berbulu, bermata besar dan berwajah pelik ini mungkin nampak seperti mainan biasa untuk si kecil, tapi siapa sangka, Labubu kini jadi fenomena seluruh dunia!
Bukan sekadar mainan, Labubu kini digilai kanak-kanak, remaja malah orang dewasa termasuk selebriti terkenal seperti Lisa BLACKPINK, Rihanna, Dua Lipa dan Kim Kardashian yang turut mempunyai koleksi peribadi Labubu mereka.
Lebih menarik, di sebalik kegilaan ini, tersembunyi kisah kejayaan seorang anak muda China, Wang Ning, yang berjaya bergelar jutawan termuda di negaranya hasil daripada perniagaan patung koleksi seperti Labubu.
Baru berusia 38 tahun, Wang Ning kini tersenarai sebagai individu ke-10 terkaya di China dengan kekayaan mencecah AS$22.7 bilion atau lebih RM107 bilion, menurut laporan Forbes.
Dari Buku Cerita ke Koleksi Rare
Labubu bukan calang-calang watak. Ia mula diperkenalkan oleh Kasing Lung, seorang artis berdarah campuran Hong Kong-Belgium, melalui siri ilustrasi The Monsters pada tahun 2015.
Pada tahun 2019, Pop Mart, syarikat milik Wang Ning, memperoleh lesen memasarkan watak Labubu, dan sejak itu, dunia mula mengenali patung comel berwajah pelik ini. Pop Mart memperkenalkan konsep blind box, iaitu kotak misteri yang tidak diketahui isinya sehingga dibuka.
Konsep ini membuatkan ramai ibu bapa dan anak-anak seronok setiap kali membuka kotak, selain ada yang menjadikannya koleksi istimewa atau pelaburan jangka panjang.
Apa Istimewanya Labubu?
Labubu dikategorikan sebagai ugly-cute, atau dalam bahasa mudah, ‘pelik tapi comel’. Ciri-ciri seperti berbulu, bermata besar dan ekspresi unik ini memang menjadi tarikan kanak-kanak. Golongan dewasa pula tertarik kerana keunikan dan nilai sentimental yang ada pada patung ini.
Tidak hairanlah, patung edisi khas Labubu pernah dilelong sehingga 1.08 juta Yuan (lebih RM700,000) di Beijing!
Kini, Labubu bukan sahaja menjadi koleksi kanak-kanak, malah sudah diangkat sebagai simbol budaya pop antarabangsa, malah mendapat kerjasama jenama mewah seperti Coach dan Louis Vuitton.
Wang Ning: Dari Kedai Kecil ke Empayar Berbilion
Wang Ning memulakan Pop Mart pada tahun 2010 sebagai sebuah kedai gaya hidup kecil di Beijing. Selepas memberi tumpuan penuh kepada perniagaan patung koleksi, terutamanya art toys, Pop Mart berkembang pesat.
Nilai saham Pop Mart melonjak lebih tiga kali ganda dalam masa setahun, menjadikan syarikat itu antara pemain utama dalam pasaran mainan koleksi dunia.
Kini, Pop Mart memiliki kedai di bandar utama dunia seperti New York, Tokyo, London, dan taman tema khas di Beijing, yang menjadi destinasi wajib untuk peminat Labubu dan koleksi Pop Mart.
Mainan & Minat Anak, Ada Potensi Besar
Fenomena Labubu membuktikan bahawa minat anak-anak terhadap patung dan permainan bukan sekadar suka-suka. Hari ini, koleksi mainan boleh jadi simbol status, pelaburan, malah sumber inspirasi kejayaan besar.
Kisah Wang Ning adalah contoh bahawa dengan kreativiti dan usaha, minat terhadap dunia kanak-kanak boleh membina empayar perniagaan bertaraf global.
Nota Pa&Ma: Ibu ayah, jangan pandang rendah minat anak-anak, walaupun sekecil mengumpul patung comel seperti Labubu. Mana tahu, inilah permulaan kepada kejayaan besar mereka suatu hari nanti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 9 Jun 2025 sekitar jam 1.10 pagi, berlaku kemalangan tragis sebuah bas sewa khas membawa pelajar UPSI dari Jertih, Kelantan ke Tanjung Malim, Perak. Bas tersebut bergesel dan terbalik selepas bertembung dengan sebuah Perodua Alza di KM53 Jalan Raya Timur‑Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik. Seramai 15 pelajar maut dan 31 cedera termasuk yang parah.
Nur Adilah Mohd Rusdi, 20, anak kelima daripada tujuh beradik, sepatutnya menaiki bas tersebut. Namun, lewat 15 minit akibat kesesakan lalu lintas dan menunggu bapanya selesai solat Isyak – dia tertinggal bas itu .
Bapa saudaranya, Mohd Nizam Husien, kebetulan singgah dan membantu menghantar Adilah – satu tindakan spontan keluarga yang akhirnya menyelamatkan nyawa beliau.
Detik Kecil yang Mengubah Segalanya
Semasa menghantar ke perhentian, Rosyidah (ibu) menerima panggilan dari pemandu bas: bas berhenti di Machang, tetapi suaminya menolak untuk hantar kerana jauh teruk.
Adilah berada dalam “seat 9”, namun malam itu tempatnya diambil oleh rakan lain – nasib tersendiri yang melanggengkan selamatnya dia .
Cemas makin nyata apabila polis menghubungi Rosyidah untuk mengesahkan senarai penumpang – ibu bapa sempat amanahkan keimbangan kawalan emosi mereka untuk mengesan keselamatan anak .
Trauma & Keluarga – Penawar Emosi
Lebih daripada sekadar kehilangan – tragedi ini mencetuskan trauma emosi mendalam:
Adilah masih trauma, enggan muncul temu bual kerana masih terkesan.
Menurut Rosyidah, sebelum menyertai rombongan, anaknya mengucapkan salam dan permintaan maaf kepada nenek kerana bimbang akan berlaku kemalangan – betapa kasih seorang cucu kepada ahli keluarga, serta penghargaan saat bersama .
Di sinilah peranan keluarga menjadi pelindung utama:
Sokongan emosi berterusan – ibubapa dan bapa saudara sentiasa ada, menjalin jaringan kasih dan ketenangan.
Trauma-informed care – memahami anak perlukan masa untuk pulih, bukan tekanan cepat sembuh.
Komunikasi terbaik – berbincang, meyakinkan, dan memberi ruang yang sesuai untuk berkongsi rasa atau berdiam diri.
Nilai Kekeluargaan – Rod Panjang dalam Perjalanan Hidup
Nasib dicipta melalui keluarga Tanpa kesedaran ibubapa dan bapa saudara yang bertindak tepat pada saat penting, arah takdir hidup Adilah mungkin berbeza.
Pentingnya komunikasi santai, bebas tekanan Dialog spontan dalam keluarga menyelamatkan nyawa – satu pengalaman nyata yang menunjukkan keluarga bukan sekadar penjaga fizikal tetapi juga pembentuk keyakinan diri.
Kedai ‘SOS keluarga’ dalam krisis Abah, ibu, bapa saudara – semua peranan ini digilap dengan baik sewaktu krisis nyata. Keintiman, sokongan dan keberanian hati menjadi pelindung terbesar.
Tip Berguna untuk Ibu Bapa/Anak
Situasi
Tindakan Kekeluargaan
Perjalanan jauh anak
Mohon Doa keluarga & pos jaga, sentiasa hubungi sewaktu perjalanan
Trauma selepas kemalangan
Adakan sesi dialog harian, dipercaya untuk berkongsi rasa
Mengharungi kecemasan
Buat kumpulan NGO keluarga, semak siapa di sebelah
Kasih Keluarga, Cahaya di Tengah Malam
Tragedi kemalangan bas di Gerik ini bukan sekadar statistik – ia menerangi sekali lagi betapa kekuatan kekeluargaan boleh mengubah nasib. Dari saat dahsyat dan kehilangan jiwa, tercetuslah nilai kasih, kesepaduan, dan empati yang terkandung dalam kekeluargaan sejati.
Sebagai ibu muda, kita belajar bahawa kuala keluarga adalah bukit bagi anak-anak – tempat mereka pulang, sembunyi, berkongsi trauma dan mendapatkan kekuatan. Terima kasih pada semua keluarga yang tidak pernah berhenti menjaga – kerana dari situlah lahirnya ketenangan jiwa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.