“I Don’t Like When You Are Not Here”, Ini Reaksi Bella Bila Tahu Dr Sheikh Muszaphar Bakal Menunaikan Haji. Sebak!

Share

Bukti bonding yang sangat kuat antara bapa & anak, ini reaksi Bella & Tasha bila tahu Dr Sheikh Nuszaphar bakal menunaikan haji. Sebak melihatnya!

Bonding yang antara bapa dan anak tidak seperti bonding antara ibu dan anak. Ia perlu dipupuk dengan pelbagai cara. Tapi secara semula jadi, ikatan antara anak perempuan dan ayah sangat kuat.

Semalam, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaparkan video yang memaparkan reaksi kedua-dua anak perempuannya apabila diberitahu tentang pemergiannya untuk menunaikan ibadah haji selama 10 hari.

 

Ternyata bonding si ayah dengan anak sangat kuat apabila puteri-puterinya memberikan reaksi yang amat mengharukan. Anak sulung beliau, Bella, 7 tahun terus menangis mengenangkan ketiadaan si ayah dalam tempoh yang lama. “I don’t like when you are not here”, itu ungkapan yang keluar daripada mulutnya dengan tangisan yang sangat kuat dan air mata yang bercucuran.

Manakala anak kedua beliau Tasha, 5 tahun kelihatan enggan menerima kenyataan pemergian daddy selama 10 hari yang mungkin dirasakan sangat lama. Dia menyangka  hanya dua hari, tetapi rupa-rupanya tempoh sebenar ialah 10 hari.

Bagi menenangkan kedua-duanya, beliau meminta Bella dan Tasha untuk membuat pergerakan kod rahsia iaitu menepuk dada sebanyak dua kali. “Hanya tepuk dada sebanyak dua kali dan daddy akan ada dalam hati kamu.”Dia kemudian memeluk kedua-duanya.

 

Video – Reaksi anak-anak perempuan saya ketika saya beritahu yang saya akan pergi…

Saya baru mendapat berita yang saya bakal menunaikan ibadah haji tahun ini. InsyaAllah, tapi Visa & tiket penerbangan masih belum boleh dipastikan. Semoga dipermudahkan ….

Bella menangis apabila saya memberitahu yang saya akan meninggalkan mereka selama 10 hari dan Tasha kelihatan gembira.

Saya sangat  rapat (attached) dengan anak-anak saya terutama sekali anak perempuan, kerana saya sentiasa cuba untuk ada bersama mereka. Dunia saya berkisar tentang mereka dan ia amat sukar untuk saya juga. Kerana sebelum ini saya perlu meninggalkan mereka untuk ke Sinapura, reaksi mereka sama seperti ini juga.

Semoga Allah sentiasa melindungi kamu anak-anak perempuanku. Daddy akan sentiasa ada bersama dengan kamu berdua, hanya tepuk kamu dada dua kali dan daddy akan berada dalam hati kamu. Itu kod rahsia kami.

PS – Hanya saya dan ibu saya akan menunaikan haji kali ini kerana Bella akan menghadapi peperiksaan manakala anak-anak lelaki kembar saya masih terlalu kecil, InsyaAllah.

Video ini menerima pelbagai reaksi daripada para follower beliau. Namun hampir kesemuanya meluahkan rasa sedih melihat respons Bella apabila mendengar berita itu.

Sumber: Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

 

 

 

 

IKLAN