“I Kena Sembunyi So Dia Tak Nampak.” Nad Zainal Kongsi Perasaan Sedih Bila Nak Pergi Kerja

Share

Sembunyi-sembunyi untuk pergi kerja memang biasa dilakukan oleh mommy daddy kan? Tapi dalam hati tu Tuhan sahaja yang tahu sedihnya nak tinggalkan anak pergi kerja.

Nad Zainal juga mengalami situasi ini. Semalam dia telah berkongsi video bagaimana anaknya, Fahad Ibrahim, 2 tahun atau Yem menangis apabila mendapati mommy nya ‘hilang’. Bagaimana pun Yem telah ditenangkan oleh daddy nya.

Hardest part…

Bila nak pergi kerja….

I kena sembunyi so dia tak nampak….

Perkara itu sempat dirakamkan. Tangisan anak kecil amat meruntun hati ibu-ibu. Dilema ibu antara anak dan  komitmen kerjaya serta tugas memerlukan kecekalan hati dan ketabahan.

Para follower Nad juga berkongsi hal yang sama dan memberikan tip kepada ibu muda ini agar tabah menghadapi situasi ini. ada yang memuji kecekapan suami Nad memujuk dan menjaga Yem dan tip menenangkan hati ketika melalui keadaan ini.

sumber: Instagram Nad Zainal & Fahad Ibrahim 

IKLAN